Tuesday, December 8, 2009

Nazri yang "bloody racist"

pertembungan kembali bergema antara Nazri dan Tun Mahathir apabila Datuk Seri Nazri Aziz, menteri yang jaga BTN menempelak Tun yang terus mempertahankan silibus BTN. agak menghairankan apabila 2 org yang pernah sama-sama berada dalam saf kepimpinan yang sama berbeza pandangan dalam perkara yang sama yang pernah menjadi dasar kerajaan. bagi orang biasa macam Wak, silibus BTN bukan perkara besar dan tak perlu diperbesarkan oleh 2 orang yang berada dalam "pemikiran" yang sama. biarlah pembangkang yang terus melalak diluar sana. tapi agak menghairankan apabila isu ini menjadi pertikaian sesama kita.
memang dah menjadi dasar sesuatu kerajaan mesti ada serampang berbagai mata bila sesuatu dasar itu dilaksanakan..tak terkecuali BTN kerana dalam melaksanakan dasarnya keuntungan mesti diperolehi oleh negara dan kerajaan. itu hakikat...
anggapan bahawa sislibus BTN perlu dirombak sesuai dengan konsep 1Malaysia adalah anggapan yang tidak tepat dan agak malang bagi seorang bertaraf menteri sendiri masih tidak faham dengan konsep ini. BTN dan 1Malaysia adalah dua hal yang berbeza tetapi berada dalam mangkuk yang sama..secara mudah 1Malaysia adalh atas prinsip kesepakatan dan persetujuan bersama bagi semua kaum melalui hak-hak yang telah digariskan mengikut perlembangaan negara.. BTN mempertahankan ketuanan melayu...dan itu adalah kesepakatan yang telah dicapai sejak merdeka. diimana salahnya dengan modul BTN kalau itu persetujuannya..dan salahkan BTN mempertahankan persetujuan itu...
BTN membawa keuntungan kepada negara dan sudah semestinya kerajaan juga mahu idea pelaksanaan BTN menguntungkan mereka...maksudnya ideologi kepartian yang menguntungkan...jika BTN berada di bawah Pakatan Rakyat sekalipun perkara yang sama akan berlaku dan di lakukan oleh mereka. itulah realiti politik kepartian..
tapi bila nazri menempelak Tun dengan tuduhan "bloody racist" telah menjadi isu lain dari sudut yang berbeza dengan kefahaman yang berbeza oleh masyarakat awam.. persetankan dengan silibus BTN . mari kita renungkan kembali kata-kata Nazri ini dari sudut logika penggunaan bahasa..
kata pujangga lama, "bahasa di tangan orang biasa boleh membawa kemudahan seperti wang, bahasa di tangan penyair penuh dengan harapan dan impian"..tetapi bahasa di tangan Nazri (menteri) penuh dengan kebiadaban dan keceluparan ini berkonotasi dengan sikap buruk seorang menteri BN..bagi masyarakat biasa macam Wak, Nazri telah lari dari jagat seorang manusia yang "melayu"nya telah hilang...;lebih-lebih lagi terhadap seorang bekas "bos"nya sendiri. dari sudut insan Nazri telah melukakan hati orang melayu yang menghormati orang yang lebih tua darinya..
nazri mungkin seorang Ultra kiasu..atau mungkin seorang "moody" yang sukar di baca tingkahlakunya..atau dia seorang yang benar-benar pelaku politik yang membujur lalu melintang patah..kalau itu anggapannya, Nazri sebenarnya telah menjadi seorang yang stream of conciousness nya telah rosak..
apa yang di lakukan oleh nazri menunjukkan seolah-olah Nazri seperti itik yang baru belajar berenang dalam politik dan nazri amat bertuah kerana telah berjaya menjadi seorang pemimpin politik walaupun sikapnya ke anak-anakan.
wak: nazri perlu banyak belajar adap dan tata susila bangsa melayu..

Thursday, December 3, 2009

Antara realiti dan kenyataan.Pas di mana..?..

Isu papan tanda YAB Ustaz Azizan Abdul Razak di beberapa lokasi dirosakan ,di anggap perbuatan sabotaj oleh beberapa pemimpin Pas negeri...
Di fahamkan beberapa pemimpin Pas peringkat negeri di lihat memberi reaksi dan dalam satu kenyataan dari YB. Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas Pusat ,ketika di hubungi “mendakwa ianya di lakukan oleh orang –orang umno “
Pemimpin negeri menuding jari kepada pihak Umno atas perbuatan tersebut,kerana mereka berpendapat keupayaan kerajaan negeri dapat mentadbir negeri dengan baik dan diterima rakyat.Segala kemelut dalam negeri dapat di tangani dengan baik tidak seperti semasa BN memerintah.
Pas sengaja memutar belit isu ini bagi menutup kelemahan yang cukup ketara atas dasar mahu menyembunyi isu sebenar..Pas tidak dapat merealisasikan manifesto 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'sebagaimana yang di sebut 'kami akan mengamalkan urustakbir negeri yang baik di mana keadilan,pertanggungjawaban dan integriti merupakan ciri-ciri pentadbiran kami".Wak melihat banyak isu yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti pemimpin Pas samada di peringkat pusat maupun peringkat negeri.Cth kemelut yang berlaku antara kumpulan Erdogen dengan kumpulan Presiden Pas yang dilihat telah menjejaskan reputasi parti pas yang di anggap parti yang memperjuangkan Islam Addin...begitu juga dengan isu di Kelantan ,meletakan kepentingan keluarga di depan ...dengan jelas ia amat bertentangan dengan motto 'Menuju Negara Berkebajikan sebagaimana yang di sebut perkara 2 Pengurusan Berhemah ( Pruden )Kekayaan Negara..Dalamnya di sebut ,'merapatkan jurang kekayaan antara miskin dan kaya dalam semua kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan'..Adakah ini telah di lakukan oleh MB Kelantan ?..Wak percaya dalam Pakatan Rakyat(PR) sendiri sudah nampak keretakan yang semuanya perlukan penjelasan kepada rakyat terutama kepada penyokong yang ekxtrem perjuangan pas...Pas juga tidak lagi mampu menjawab ,apabila rakan PR bercakap dan menyentuh soal-soal Agama Islam terutama soal Hukum ..Mengapa Pas sanggup membelakangkan hukum ALLAH..semata-mata untuk menjaga kepentingan politik dan PR..Mengapa yang haram di halalkan dan yang halal di haramkan...
Wak bercakap atas apa yang wak lihat dan sesungguhnya itulah realiti sebenar Pas sekarang...
Dalam satu ceramah yang di sampaikan oleh Mat Sabu di sebuah Madrasah di Tambak Bunga beliau mengakui bahawa pergolakan dalam Pas amat membimbangkan dan beliau sendiri mengakui bahawa antara Presiden Pas dan Musyidul Am Pas sudah tidak sependapat..
Sekiranya semua ini di rangkumkan jelas bahawa isu gambar dan papan kenyataan yang di bina dengan kos ribuan ringgit dari kerajaan negeri adalah angkara sabotaj dari pihak Umno dan BN ..tidak relevan dan tidak dapat diterima oleh rakyat yang dahagakan satu bentuk pentadbiran yang telus dan baik dari kerajaan PR...apapun Pas telah melangkaui satu bentuk reformasi dan ianya perlu diterjemahkan agar rakyat sedar bahawa sebagai sebuah parti ,ia sama dengan parti2 yang lain ...tidak lari dari segala kekalutan dan wacana pemikiran baru...dan seandainya ode baru tidak di perjelaskan akan timbul berbagai persepsi ...dan pas perlu muhasabah diri ....

Wak:Yang betoi tu betoi juga,yang tak betoi tu tak betoi juga...yang mana satu nak dipilih..

Tuesday, December 1, 2009

Antara Doktrinasi dan Indoktrinasi Cheng Peng.?...

Sejarah tidak pernah hilang, di dunia tercatat sebuah negara yang merdeka dengan melalui berbagai senario politik yang berbeza ..wak teringat cerita ayah wak yang melalui 3 zaman pemerintahan ..zaman Inggeris,zaman Jepun,zaman Bintang 3 dan zaman selepas kemerdekaan..
wak mengalir air mata mengenangkan betapa susah dan azabnya hidup di waktu itu..semasa Inggeris datang ke Tanah Melayu rakyat di sogok dengan berbagai agenda politik ,ujudnya Malayan Union yang mana menzahirkan agenda supaya rakyat bangkit menentang Pemimpin Melayu ..Zaman Jepun rakyat menerima perubahan dengan lebih melihat kepada penentangan untuk merebut kuasa dan rakyat di tindas..sesiapa yang menjadi tali barut Inggeris akan disiksa begitu juga dengan komunis...tetapi wak lebih fokos kepada idealisma yang di bawa oleh komunisme..bayangkan sesiapa yang di syaki menjadi tali barut Jepun akan di siksa..ada yang di gantung dan di hayun dengan memberi minuman bertin-tin .. dan di tekan perut dengan papan sehingga memancut keluar air melalui mulut,hidung dan telinga..dan ada pula yang di paksa mengorek lubang yang akhirnya menjadi kubur sendiri apabila kepala di pancung..

Itulah senario politik Malaysia ketika zaman penjajahan dahulu...zalim
Tetapi apa yang nak wak utarakan adalah kisah Cheng Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua ,Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya (PKM) yang sekarang berada di Negara Gajah Putih Thailand,bercadang untuk kembali ke Malaysia ..

Dalam majlis ulang tahun genabnya 20 tahun Perjanjian Damai Haadyai ,02 Disember 1989,beliau berhasrat untuk kembali ke Malaysia ke tanah tumpah darahnya di Setiawan .Kononya nak bertemu dengan keluarganya...Tapi yang jelas semasa di wawancara beliau tidak sedikitpun merasa bersalah dengan apa yang di buat semasa menjadi pemimpin PKM..rakyat cukup menderita,anak-anak di bunuh dan di tanam hidup-hidup,asas perjuangan rakyat di ubah kononnya nak jadikan negara ,sebuah negara komunisme yang menterjemahkan perjuangan mereka untuk membela nasib rakyat..hakikatnya amalan yang di dukung oleh komunisme hanya satu sandiwara dan jauh sama sekali untuk meletakan rakyat sebagai asas pembela oleh PKM..

Dalam ucapan di majlis ulang tahun beliau berkata "kami sebagai sosialis tetap berdiri teguh membela rakyat yang tertindas.kami menentang penguasaan orang asing dan menghapuskan eksploitasi ekonomi,menentang kezaliman dan ketidakadilan di bawah apa bentuk pun dan kami telah menentang penjajahan Inggeris dan pencerobohan Jepun.Usaha kami dalam proses mendirikan satu negara demokratik ini telah di kecewakan oleh pihak berkuasa dengan cara yang kejam dan seksaan rohani dan batin."

wak melihat sikap beliau yang angkuh dengan idealisme yang tidak lagi releven masa kini cuba di bangkitkan ,supaya ada suara dari pihak tertentu merasa simpati dan akan menyokong beliau.. secara tak langsung akan mengiktiraf beliau sebagai pejuang dan pembela rakyat ..

Malaysia tidak pernah mengamalkan sikap perkauman,kehidupan rakyat ,aman ,ekonomi seimbang,rakyat bebas beragama dan bebas melahirkan pendapat ..walaupun ada agenda untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan ,hakikatnya suatu ketika ianya menjadi wadah dan penyambung asas perjuangan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris.Bagaimana Tunku dan beberapa rakan pemimpin MCA Tan Cheng Lock dan MIC duduk semeja mencari jalan ,natijah kemelut politik negara dan kemerdekaan daripada Inggeris.Ketika itu PKM di mana?????..PKM masih meneruskan agenda yang sia-sia menentang kerajaan,membunuh,menyiksa,dan menzahirkan kronologi bahawa perjuangan mereka perlu di iktiraf..Itulah Cheng Peng dan PKM...rakyat cukup menderita dan biarlah di simpan dalam lipatan sejarah...

Natijahnya rakyat tidak sanggup melihat wajah Cheng Peng lagi di bumi Malaysia ,meskipun ada ura-ura pihak tertentu menyokong usaha beliau untuk kembali ke Malaysia.Rakyat mahu kerajaan menoleh kebelakang sejenak ,bagaimana nasib keluarga anggota yang berjuang menentang komunis dahulu adakah mereka dapat pembelaan yang cukup,itu yang lebih penting daripada bercakap tentang Cheng Peng dan PKM...rakyat begitu kecewa , jangan ada pihak yang membuka buku ,bercakap mengenainya lagi...Noktah kata rakyat ,bahawa Cheng Peng tidak harus diberi pertimbangan kembali ke Malaysia..


Wak.Bapa wak pun kena penangan Komunis..
















































Monday, November 30, 2009

PAS DAN REALITI KEPARTIAN

kemelut yang melanda parti PAS sejak akhir2 ini memberi petanda bahawa parti yg mereka melabelkan sebagai parti ISLAM itu berada dalam kondisi yang semakin goyah. semua ini menampakkan kecenderungan dan arah tuju parti ini kepada kemelut yang berpanjangan. bermula dengan cadangan nik aziz supaya diadakan EGM parti yg akhirnya diganti dengan Seminar Politik kemudiannya timbul kemelut dalam PMBK sehingga tersingkirnya menantu Nik Aziz, Ariffahmi sebagai CEO, isu bai'ah yang mempertaruhkan isteri demi pilihanraya, timbul pulak isu siapa pengganti Nik Aziz untuk menerajui kelantan...dan akhirnya isu doa laknat nik aziz berkaitan royalti minyak.
wak percaya apa yang berlaku ini memberi konotasi yang jelas bahawa pas telah menuju kepada ke indoktrinasian politik yang sebenar. pas bukan lagi dilihat sebagai "badan" yang berjuang memperkembangkan syiar islam sebagai wadah perjuangan mereka sejak dahulu. dari mula penubuhan pas dan dengan arus perjuangan yang dibawa kita seolah-olah di momokkan dengan kefahaman bahawa pas hanya memperkudakan prinsip parti sebagai jalan menuju syariat islam. tetapi dengan kemelut yang berlaku sekarang telah membuka wajah sebenar politik pas. jika dahulu kita diselindungkan oleh pemimpin pas yang mengeksploitasi parti untuk kepentingan politik mereka tetapi dengan realiti sekarang dan tingkat pemahaman rakyat yang semakin tinggi dalam ilmu berpolitik, pas telah mula dilihat tidak mampu lagi berselindung disebalik tabir politik yang dibawa oleh mereka.

bagi wak, pas telah kembali kepada realiti yang sepatutnya perlu ada dalam sesebuah parti politik dan pas mula menerima tempiasnya..ini bermakna pas hanyalah sebuah parti politik yang penuh dengan persepsi, jatuh menjatuh, adu domba, team dan kelangsungan politik berasaskan puak dan keluarga(dalam isu ariffahmi).

masyarakat perlu diberi pemahaman bahawa kemelut yang berlaku dalam pas sekarang membuktikan bahawa pas tak lebih hanyalah sebuah parti politik yang memperjuangkan kepentingan yang seharusnya ada dalam sebuah parti politik. pas bukan badan agama mahu pun badan dakwah yang mempertahankan islam sebagai addin...

wak: politik adalah kemungkinan dan kecelaruan

Monday, November 23, 2009

Realistikkah kerajaan Kedah sekarang...

Saban hari kita dengar berbagai isu di lontarkan ..dr isu banjir yang melanda di utara sehingga ke pantai timur..tika rakyat merintih minta diberi perhatian bencana yang menimpa..tika rakyat di dedah dengan berbagai isu untuk direnung dan dibicara...terpikir wak kerajaan kedah masih berdiam diri ..apa yg kerajaan buat kita pun menanti.. di Daerah Pdg Terap rakyat termanggu-manggu menanti tindakan kerajaan Negeri..begitu juga di Daerah Kubang Pasu rakyat ternanti-nanti apakah tindakan kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengatasi banjir di masa depan...
Apa yg berlaku kerajaan negeri masih membicarakan soal ..bagaimana Kota Siputih dapat di ambil seandainya PRK berlaku...Bagi wak sikap kerajaan negeri yg memfokoskan kedudukan Kota Siputih yg di pegang oleh BN oleh YB Dato Abu Hassan Sharif..di sifatkan sebagai membelakangkan kebajikan dan kepentingan rakyat..wak fikir kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menterjemahkan apa yg di katakan "Kedah Sejahtera"..apa ertinya seandainya rakyat yg perlukan bantuan di masa susah ,perlukan makanan, perlukan selimut dan perlukan perhatian..kerajaan leka bercakap soal nak merampas kerusi Kota Siputih ..bercakap bagaimana nak mengekalkan kerajaan ..
dari tinjauan wak di kesemua kawasan yg wak lawati rakyat amat sedih melihat sikap kerajaan negeri yg tidak memperdulikan langsung mangsa-mangsa banjir..di mana exco yg di pertanggungjawabkan bagi melihat permasalahan rakyat..mengapa nak merujuk kepada kerajaan BN..kalau dahulu sebelum memerintah ..mengapa cakap "kita akan bela nasib rakyat,kita akan lakukan perubahan,kita akan jalankan pentadbiran kerajaan negeri dengan telus tiada korupsi,tiada penyelewengan,tiada unsur-unsur pilih kasih,sebaliknya kita lakukan dengan seadil dan sama rata untuk semua kaum...di mana janji ini...apa telah berlaku...
Bg wak ia seperti orang belum kahwin bila cinta ia sanggup mati ,sanggup lautan api direnangi..sanggup apa sahaja tapi bila dah dapat semua janji tinggal janji...bg wak orang yg berjanji begitu dalam Al Quran sendiri sudah tercatat sebagai munafiq tak percaya pergilah merujuk kepada ustaz2 ,jgn pula rujuk pada ustaz dr PR ..nauzubillah...sedarlah kerajaan negeri buatlah sesuatu ... lihatlah bagaimana keadilan nak ditegakan, sekiranya negeri kotor dengan tumbuhnya bagai cendawan rumah2 urut,pusat hiburan spt BALI-BALI COFFEE yg sudah sekian lama tidak dapat di benteras hatta PBT sendiri..bagaimana nak pikat pelancong jika tempat pelancongan tidak terpelihara..bagaimana nak tingkat ekonomi bangsa , jika kerajaan tidak memikirkan bagi menarik pelabur datang berniaga dan membuka peluang kepada peniaga kecil ...semua ini perlu pendekatan yg realistik supaya rakyat boleh menjana ekonomi dan meningkat taraf soaial..jangan asyek meneroka tanah hutan ..mengenakan cukai itu dan ini yg membebankan rakyat...tetapi itulah realiti yg kerajaan PR skg, tak mampu menangani permasalahan rakyat..hatta untuk menegakkan janji..PRU 12 dahulu..
Banyak yg wak fikirkan pasai kerajaan perpaduan Kedah ni..nanti wak akan utarakan satu persatu..di edisi seterusnya...
Jangan jadikan rakyat seperti "Si luncai yg terjun dengan labu-labunya ke sungai"semata-mata nakkan perubahan dan darjat rakyat di ubah ,sedang realitinya rakyat masih lagi di takuk lama..
Wak...'Jangan tinggal daku..kata P Ramlee...harapan rakyat mesti di galas...janji mesti dikota...seperti KOTANYA si Hang Tuah kepada Sultannya..

Tuesday, November 10, 2009

Masih relevan lagikah PAS bila Bai'ah menjadi sandaran ?

Apa dah jadi dgn Pas..Lepas satu isu ,satu isu timbul ..lebih menggerunkan dan perlu pandangan dan kupasan ..Isu Bai'ah ini bukan satu perkara yg boleh di pandang ringan ia melibatkan maruah dan martabat seseorang..dalam satu kenyataan Khalid Samad AP Shah Alam,bahawa seseorang yg menyertai Pas perlu melafaz Bai'ah dan sekiranya seseorang itu keluar parti atau menderhaka kepada parti ,maka gugur talak tiga kepadanya keatas isteri...
Bagi wak dan ramai sependapat dengan wak bahawa tindakan ini memberi kesan kepada isteri dan dalm hukum Allah sekali pun ,telah di jelaskan untuk meruntuhkan sesebuah masjid ,perlu di lihat pelbagai sudut ,begitu juga dengan berpoligami..
Dimana letaknya kredibiliti sebagai pemimpin dan bagaimana rakyat nak menilai sekiranya Bai'ah di jadikan sandaran kepada kepimpinan Pas ..Jelas bahawa Pas sudah terdesak untuk menidakan hak dan kepentingan ahli Pas dan ini merupakan langkah menyekat kebebasan ahli untuk bersuara dan menyatakan pendirian...
Wak melihat Pas secara senyap menyembunyikan sesuatu tindakan bagi tujuan sokongan ahli tidak berbelah bagi kepada parti..sama seperti kumpulan arqam Asaari ..mereka cuba ekploit hak dan kebebasan bagi mengekang pengaruh luar terhadap ahli mereka..kalau ini di jadikan pegangan selama ini perjuangan Pas sudah lari dari landasan sebenar..
Wak melihat tokoh Pas yang lalu perjuangan mereka tidaklah terlalu extrem sehingga mengongkong kebebasan ahli untuk menyatakan pendirian ..yang jelas pimpinan Pas sudah merasai bahawa kelemahan dan kredibiliti pimpinan Pas sudah tidak dapat di lindungi lagi kerana rakyat sudah mengetahui..berbalik kepada Presiden Pas aruah ustaz Fazil Noor sendiri pernah menyatakan bahawa perjuangan Pas berteraskan Islam dan Al Quran mengapa pimpinan Pas skg tidak jadikan ini sebagai sandaran untuk memantapkan parti...Ini mungkin kenyataan yg di buat di seminar Pas ...ahli penal telah mendedahkan kemerosotan sokongan terhadap Pas sebanyak hampir 70% LEBIH ..MENGAPA INI BERLAKU..
Alasannya Pas tidak lagi dilihat menjadi satu parti yang boleh membantu membentuk pemerintahan berteraskan Islam...sebab pengabungan dengan Pakatan dari DAP dan PKR dilihat tidak lagi relevan ..perbezaan ideologi dan prinsip..sanggupkah Pas korbankan prinsip tersebut....dan rakyat tidak setuju Pas korbankan prinsip parti semata-mata untuk menjaga kepentingan semua...atas alasan ini PRK Bagan Pinang menjadi ukurannya.. Bg wak dalam Islam wanita di letak pada satu martabah yang tinggi...isteri Rasulullah Saidatina Aisyah merupakan pembantu bagi Rasulullah mengembangkan syiar islam...pengorbanan Aisyah cukup besar...mengapa ini tidak dijadikan asas perjuangan Pas ....Wak anggap pimpinan pas yang ada sekarang meletakan asas perjuangan semata-mata kepada parti dengan tidak mengambil kira tindakan mereka itu akan merosakan mertabat dan kedudukan wanita dalam islam...


Wak : Kalau nak jadi perjuangan berteraskan Islam, jangan letakan wanita di hairaki yang randah..

Thursday, October 29, 2009

Masih adakah penyelesaian dalam Pakatan Rakyat...

Akhirnya apa yg di canangkan Dato'Nik Aziz Nik Mat,Musyidul Am Pas bg menyelesaikan kemelut dalaman parti Pas melalui satu Muktamar Khas tak kesampaian...dan menurut apa yg di fahamkan akan adakan satu Seminar Khas yg akan di adakan pd 07 November 09,di Markas Tarbiyyahdi Gombak..
Keputusan ini di buat dalam satu mesyuarat khas semalam yg mana telah meluluskan beberapa keputusan penting yg antara lain akan membawa isu kekalutan dalaman Pas ke satu Seminar khas..dan lebih menarik lagi masalah dalam parti di larang ,ahli dan pimpinan Pas membincang dan diperdebatkan di media dan awam...Satu lg keputusan yg diambil ialah menyeret Pas Selangor kelembaga disiplin parti berhubung kenyataan terbuka Dato'Dr.Hassan Ali berhubung penjualan arak dan teguran terhadap jawatankuasa khas DUN Selangor yg menjalankan siasatan awam kes penyalahgunaan dana ..
Apa yg menerik perhatian wak..Pas cuba menyembunyikan pergolakan dalaman parti meski pun umum tahu bahawa Nik Aziz memang marah kpd DS Hj Hadi Awang krn memberi laluan kepada S/u Agong Mustapha Ali,Nasaruddin Mat Isadan Dato'Dr.Hassan Ali utk membuat kenyataan yg bertetangan dgn keputusan parti ..sebagai Presiden Hj.Hadi Awang tidak bertindak atas apa yg di buat oleh mrk sebaliknya berdiam diri dan ini membuat Nik Aziz marah..
Wak melihat bhw barisan kepimpinan Pas agak goyah masing-masing cuba mengelak kenyataan berhubung kekalahan yg teruk di Bagan Pinang...Pasjg dalam senyap mengakui bahawa kebangkitan rakyat tidak boleh di tahan ..rakyat mahu apa yg di janji dlm manifesto Pas dan PR di tunaikan ..tetapi apa yg berlaku saban hari Pas cuba mengelak dan isu yg menyentuh sensitiviti masyarakat Islam pun tidak di jawab... dimana arah perjuangan Pas yg di katakan nak membela nasib rakyat..kepimpinan atau saf baru sudah dibtk..tp rakyat masih menunggu apa yg nak di buat..keretakan yg berlaku dalam Pas juga berlaku dalam PKR..PKR telah mengambil langkah drastik kekalutan di Sabah di rombak dengan mengantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah..keadaan ini menimbulkan kemarahan pimpinan PKR Sabah sehingga berlaku perletakan jawatan Dr Jefrry Kitingan dan beberapa org lagi...PKR terus bergolak dengan MB Selangor mengarahkan YB Pelabuhan Klang segera meletak jawatan kerana dilihat tidak menjalankan kewajipan sebagai YB di P Klang..begitu juga di Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamad Hashim di ganti dengan Dr Mansor Othman sebagai pengerusi perhubungan negeri ..
Wak melihat antara pergolakan dua parti Pas dan PKR jelas tidak menampakkan keserasian lagi..masing-masing ada masalah...tapi rakyat melihat bahawa dalam pimpinan Pakatan pun berlaku perpecahan bagaimana mrk nak membawa rakyat utk sama-sama berjuang atas saf yg dinamakan pembela rakyat..wak pun tak faham ...kalau dalam BN krisis yg melanda di selesai dengan semangat I Malaysia mangapa Pas dan PR cuba cari haluan sendiri dan berselindung...
Itu yg membuat rakyat menolak PRK di Bagan Pinang..Apa yg wak nak utarakan PR usah mencari kelemahan orang lain bagi mengabui mata rakyat kononnya PR baik..kalau itu di jadikan ukuran bagaimana pula Pakatan Rakyat di Perak ...mengapa tak mahu menerima hakikat bhw kerajaan Perak sekarang sebenarnya di perintah oleh BN..mengapa nak derhaka kepada raja...mengapa nak lawan undang-undang...jadilah wakil rakyat yang berhemah dan berbudi pekerti baik...bagaimana rakyat nak jadikan wakil rakyat sebagai ikon..sedangkan perangai YB macam tu..wakil rakyat adalah amanah rakyat..rakyat bagi mandat,bagi kuasa supaya harapan rakyat dapat di panjangkan ...kalau ini perangai sudah berubah dan undang-undang menjadi undang-undang rimba...rakyat perlu kaji dan menarik balik kuasa dan amanah...
Wak rasa kalau keadaan begini berterusan wak sarankan eloklah perbincangan nak adakan kerajaan perpaduan dengan umno di lihat kembali...PKR biarlah dengan PKR tak kemana pun...DAP pun sama ...wak masih ingat kata -kata Pengerusi DAP Karpal Singh "kalau nak tubuh negera Islam langkah manyat beliau dahulu"..beremang bulu roma wak...bukan apa wak masih melihat kalibat DAP sama mcm PPP di Singapura bagaimana bila sudah terpisah dgn Malaysia wak melihat kehidupan rakyat yang miskin sudah tidak dipedulikan bangsa melayu dahulunya menjadi bangsa yg di hormati ,majoriti skrg sudah jadi minoriti...tanh rezab melayu di ambil..dibina flet di muat semua bangsa ...azan pun tidak kedengaran lagi...rakyat tidak dibenar berpersatuan,perpolitik..apatah lagi kehidupan sudah tidak sempurna..masalah sosial bertambah...orang yg berIQ tinggi dibenar berkeluarga ramai ,.sebaliknya pula hanya dibenarkan tiga org saja.Mahukah rakyat Malaysia jadi seperti rakyat Singapura...kalau jawapan tidak DAP harus di singkirkan dan Pas perlu mencari haluan sendiri...kalau dahulu pemimpin Pas boleh duduk semeja dgn pemimpin Umno ...mengapa skrg tidak...yang penting agenda Bangsa Melayu Islam...
Wak:Carik-carik bulu ayam..lama-lama bercantum jua...
Dialog.."Ni kepala pak dia..Ni kepala pak dia...siapa berani pijak.."
Ooi..ini kepala pak dia..ni kepala pak dia..kepala pak kau mana?
Kepala pak aku tak ada...
Toing ....kena tumbok..

Wednesday, October 28, 2009

Pas cakap tak serupa bikin..

Amboi marah padam Dato'Nik Aziz,Musyidul Am Pas Pusat (MB Kelantan),bila di tanya masalah dlman yg melanda Pas .Menurut beliau untk menyelesaikan kemelut yg melanda Pas ini EGM khas perlu diadakan.Berbeza dengan umno,mca n mic yg mana mrk menurut beliau utk melakukan tranformasi dan laluan kpd pemimpin baru dan yg tidak berdisiplin dlm parti.Itu katanya..
Tp dlm Pas kita nak selesai "dua tiga kerat pemimpin yg bermasalah" dn tidak sehaluan dgn prinsip dan agenda parti ,bkn masalah disiplin atau rasuah dsbg...
Wak melihat Nik Aziz kecewa dlm muktamar Pas yg lalu calon tajaan beliau semua tewas ,spt Hussam Musa .Bgnya kumpulan yg mahu tonjolkan kerjasama umno utk tubuh kerajaan perpaduan di lihat tidak bertanggungjawap dlm melaksanakan amanah dan prinsip parti...apa tidaknya apa yg di buat seolah2 tdk mendpt kerjasama...presiden sendiri tdk memberi reaksi langsung apabila isu berhubung penjualan arak di Selangor tercetus...balik-balik isu kerajaan perpaduan yg nak di perbincangkan...inilah yg merisaukan Nik Aziz yg pro kpd Anwar Ibrahim Pkr..beliau begitu kecewa dgn perkembangan terbaru ini..tambahnya yg mengutarakan isu tersebut yg di lihat pro umno spt Mustapha Ali setiausaha agong pas,Nasiruddin Mat Isa,Hassan Ali n Hadi Awang ...
Dlm blog tok guru beliau memuji kerajaan kdh krn dpt mentadbir dgn baik ...menurutnya organisasi kedah baik...wak nk bg tau ..itu pandangan luaran Nik Aziz ,realitinya kedah tidak lg dpt menyembunyikan masalah yg timbul sebagai cth isu sampah,isu wujudnya pusat-pusat hiburan haram yg membekal perkhidmatan pekhidmatan urut dsbgnya..ini realiti dan ada bukti..begitu juga dengan pusat perjudian spt pusat snoker dan perjualan ekor haram...tumbuh bagai cendawan...
mcm mana dikatakan kerajaan kdh baik...wak rasa kalau pas benar-benar nak serab nilai-nilai makruf nahi mungkar..kes-kes penyelewengan balak yg masih di siasat tdk akan berlaku dan di fahamkan yg terlibat pun adalah org kanan MB...rakyat tahu semua ini..
Baru lalu wak berkesembatan bertemu dgn ramai golongan pak tani ,dlm satu majlis yg di anjurkan oleh UKM ..mrk membuat kajian masalah sebenar pak tani....apa yg di suarakan wak rasa cukup menggambarkan bhw kerajaan kdh skrg hidup segan mati tak mahu...menurut salah seorang ...nada marah kepada exco pertanian kdh kerana apa yg di suarakan oleh pak tani tidak di beri perhatian .."masalah pendekatan baru bg selesai masalah siput gondang emas..penyakit padi..
dan langkah untk meringan kos input golongan pak tani...exco dia ,kena pikiaqla..ni dak bila kita suara...sampai skrg ...tak buat apa pun"...yg kita tahu melalui bajet 2010 kerajaan bagi byk insentif kpd pak tani ... ada simpanan hari tua....
Wak: Bkn apa terkenang dialog Do'Re'Me...
Katanya.:"Makan hati .. laaaa....
Tu pun tak syukor dpt mkn hati...
Tu org sebelah hari2 mkn tulang...
Mau mkn tulang....
"Biar rakyat menilai apa yg berlaku sebenarnya...."

Wednesday, October 21, 2009

Masih ada lagikah cahaya , kelab penyokong Pas...

Ibarat bagi betis nak paha bagi paha akan minta pula kepala..itulah DAP yang di sifat sebagai rakan yang kononnya banyak membantu Pakatan memenangkan setiap PRK...wak melihat DAP mcm nyanyian tradisi melayu ..lompat sikatak lompat..lompat tinggi-tinggi..cepat DAP, cepat..nanti boleh minta lagi..apa yang wak nak utarakan satu kenyataan baru lalu yang mana Tan Keng Liang ketua pemuda Gerakan kedah dalam satu kenyataan mendakwa Pas nak jadikan kelab penyokong Pas sebagai sayap parti tersebut..beliau mendakwa seandainya Pas benar-benar nak menyerabkan penyokong bukan Islam dlm Pas ..Pas perlu memberi keahlian penuh kepada anggota kelab penyokong Pas..dan bkn bertaraf kelas kedua...
Disini wak nak menarik perhatian umum..Pakatan Pembangkang sebenarnya sudah bimbang arus kebangkitan rakyat krn telah menolak calon Pas di Bagan Pinang ..dan baru ini satu kenyataan beramaran bahawa tahap sokongan pengundi bkn melayu akan menurun lagi seandainya tuntutan dari rakan pakatan tidak di lihat dengan serius oleh Pas..
Ini merupakan isyarat awal bhw Pakatan pembangkang khas Pas tidak boleh lagi mengharapkan kebergantungan kepada rakan yang derhaka...wak nasihatlah Pas kalau nak perjuang Islam dan mendapat sokongan ...jgn anggap UMNO sebagai musuh...sejarah tak pernah hilang...Pas lahir dari Umno...drp Hj.Ahmad Faud Hassan 1951-1953,Dr.Burhanuddin Md Noor yang di kenakan tahanan ISA 1956 - 1969,Tan Sri Mohd Asri Muda,1969 - 1982,Hj Yusof Rawa 1982 - 1989 dan wak melihat penggabungan sebagai rakan BN pd 1974 adalah untuk mencari kata sepakat bahawa agama ,bangsa dan Negara sebagai titik tolak kepada asas yang sealiran dgn perjuangan Pas... bagaimana pemimpin mrk walaupun keluar dari umno namun mrk masih menganggap umnolah pejuang bangsa melayu ...wak terbaca dlm satu artikal terbitan 1974 bagaiamana Asri Muda dlm satu kenyataan "kita ibarat anak yang lahir dari perut ibu..walau ke mana kita bergerak ...ibu yang mengandongkan kita tak harus kita sisihkan...kerana kita tahu ..apa agamanya,apa bangsanya dan siapa bapanya..."
Sebab itu Parti Angkatan Sabirullah (PAS) di gunapakai..tetapi skg pemimpin mrk sudah bijak sehingga Parti Islam sudah jadi Parti Islam Se Melaysia...yang membuka pintu kpd rakan untuk sama-sama mencari jalan untuk menimbulkan tidak tenteram ,tidak aman dlm negara ..wak rasa kenyataan ketua pemuda Gerakan menarik ..isyarat awal bhw DAP jelas tidak boleh lagi bersekongkol untuk menyokong setiap tindak tanduk Pas..sehingga menolak kepentingan DAP sebagai rakan...
wak: Bkn apa..jangn pilih jln kelam,nanti terjun longkang...eeeee..busukkkkk...

Sunday, July 19, 2009

akan berakhirkah delima melayu...

pada tahun 1960an Tun Dr mahathir telah menulis tentang delima melayu dgn pandangan yang sinis terhadap keupayaan melayu dlm bidang ekonomi..melayu di lihat masih tdk mampu mengurus ekonomi dlm skala yg lebih besar tetapi itu isu pada tahun 60an...tetapi momentum berkenaan delima melayu tidak pernah hilang walaupun era skrg adalah era globalisasi dan delima melayu masih lg menjadi igauan msyrkt melayu..terutamanya dlm politik negara... melayu menjadi juara apabila bercakap tentang politik sehinga apa yd di perkatakan kita sndri tdk tahu hujung pangkalnya...itulah melayu...politik dh menjadi sajian sarapan pagi org melayu...terlalu banyak penilaian dibuat sehingga tdk ada kesimpulan dari setiap perbincangan... itulah melayu..memang ada baiknya org melayu mengambil berat hal-hal politik negara krn politik adalah tunjang kekuatan bangsa tetapi jika pengartikulasian politik hanya berligar tentang politik adu domba dan politik picisan dan lari dari perbincangan politik pembangunan maka kita tdk akan kemana..pengartikulasian menjadi sia2..itulah melayu...tidak ada kuansekuen politik yang mantap dibawa untuk perbincangan...wak tgok cuma ada dua aliran dlm penulisan blog di negara kita, pihak yg sokong BN akn terus menerus mengkritik pihak pembangkang manakala pihak yg menyokong pembangkang akn menghentam BN itulah hakikat politik melayu...tuduhan dan kecaman wak lihat bkn berasas fakta bg kedua2 belah pihak tetapi lebih kpd emosi dn niat utk menghentam semata-mata...itulah melayu..dan delima melayu akan terus menghantui melayu

wak: tk pandai politik picisan

Friday, July 17, 2009

manik urai belum terurai

kalah tetap kalah walaupun dengan satu undi, yg wak hairan kekalahan BN disambut dengan perasaan gembira oleh orang BN. katanya BN berjaya kurangkan majoriti. tp kalah tetap kalah.. keputusan pilihanraya kecil tidak boleh di jadikan kayu pengukur untuk menilai prestasi sebenar pola aliran pengundi dan ia juga tidak menggambarkan keseluruhan kawasan DUN atau parlimen. suasananya berbeza antara pilihanraya kecil dengan pilihanraya umum. BN tidak boleh tidur lena dgn keputusan di manik urai..kalah tetap kalah... masalahnya org BN terutamnya UMNO cepat merasa selesa.. digula-gulakn oleh para pemimpin..."kita menang moral, kita berjya kurangkn majoriti"tp kalah tetap kalah. Pas ambil langkah bijak, walaupun menang tetap akan buat post mortem..inilah strateginya.. tp UMNO? wak tak dengar pun para pemimpin UMNO kata nak buat post mortem, yg wak tengok dlm suratkhabar pemimpin melaungkn kegembiraan "kita menang moral" buat apa menang moral tp kerusi melyang lg kat PAS. yg menang moral BN yg dapat kerusi Pas... kelakarnya UMNO...masih syok sendiri..kita kena ingat...ini pilihanraya kecil. sepatutnya dalam sejarah pilihanraya kecil sblm pilihanraya umum 2008 BN tk pernah kalah kecuali d telok pasu dulu, sb kelebihan ada pada BN tp selepas pilihanraya umum 2008 hnya Batang Ai sj kita menang...kaw lain kita tk dapat rampas kembali kerusi..mcmana kita boleh kata kita menang moral...manik urai bkn kubu kuat Pas dn BN menang thn 2004...sepatutnya BN blh ambik kesempatan untuk ambil balik kerusi ini dlm PRK. tp kita hanya "menang Moral" apa pun kalah tetap kalah...sikap menggula-gulakn ahli parti sebegini oleh pemimpin BN perlu di hentikan...realiti kalah tetap kalah dn sepatutnya pemimpin BN ajak ahli Umno utamnya berusaha untuk pulih kembali UMNO supaya kita menang di Manik Urai dan kawasan lain yg kalah dalam pilihanraya umum akan datang...

wak: tak seronok BN kalah d manik urai

Wednesday, July 8, 2009

suka dan duka PPSMI

wak memang dah jangka PPSMI akan dimasuhkan juga akhirnya oleh kerajaan. wak jangkakan ini kerana orang kuat kementerian pelajaran skrg adalah dari Johor termasuk Tim Menterinya. Umno Johor sejak tahun pertama pelaksanaannya telah menentang PPSMI. saban tahun juga konvensyen UMNO Johor membantah pelaksanaannya...malah setiap tahun wakil Umno Johor bangkitkan isu ini dalam perhimpunan Agong Umno termasuk Dr Fuad Zarkashi sendiri pernah jadi pembahasnya..atas alasan mempertahankan jati diri bangsa dan bimbang kedaulatan bahasa melayu terhapus..apa pun alasan tetap alasan walaupun terlalu dangkal...wak tak dapat nak zahirkan perasaan wak bila PPSMI dihapuskan, kalau Tun Dr M beliau "sedih" tapi wak tak de perasaan nak digambarkan... maka bergembiralah penentang-penentang PPSMI seperti Gapena dan Dong Ziong..termasuk parti pembangkang... wak tak nak ulas tentang parti pembangkang kerana dah tabii orang pembangkang akan membangkang apa saja dasar kerajaan yang boleh menguntungkan mereka bila penentangan mereka itu berjaya.
apa yang menghairankan wak ialah pertubuhan yang menggelarkan diri mereka Gapena, mereka ni orang "penulis" org seni...org seni ni biasanya sensitif, penuh emosi, banyak bermain dengan perasaan...BILA MASA PULAK DEPA NI JADI PEJUANG BAHASA. depa pun bukan mewakili semua orang melayu, depa hanya mewakili sekelumit ahli Gapena saja. mcm mana depa boleh kata depa pejuang bahasa.. bahasa melayu tu hak depa saja ka...kita orang biasa yang tak dok dalam Gapena tak boleh jadi pejuang bahasa la.. wak nak bagi tau kat orang Gapena, semua orang melayu adalah pejuang bahasa ibunda mereka, bukan depa saja...malah orang luar bandar mcm wak ni lah yg bahasa harian cakap melayu total adalah pejuang bahasa.. mereka org bandar, org ibukota yang semestinya perbualan seharian depa cakap melayu campur orang putih..standard konon...depa pulak bukan orang biasa, ada professor, ilmuan, teknokrat, ahli falsafah dsbnya..mcm mana pulak dengan anak2 depa yg belajar di ibu kota...depa boleh hantar ank depa tuisyen bhs inggeris tmpt yg mahal..kita org kampong ni 'pi mai pi mai tang tu jugak'
wak tak boleh terima alasan PPSMI boleh kikis jati diri bangsa dan bhs melayu boleh pupus..alasan tak logik..bukankah 'ular menyusur akar tak kan hilang bisanya' Gapena kena faham istilah PPSMI (pengajaran dan Pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris). ini hanyalah salah satu sistem bila kita faham istilah pengajaran dan pembelajaran...maknanya hanya proses belajar..lain halnya kalau kerajaan mewajibkan semua rakyat malaysia bertutur dalam bahasa inggeris sebagai bahasa harian..ini baru boleh meghakis jati diri dan kedaulatan bahasa melayu. itupun hanya sekelumit dari proses pembelajaran, dalam sains dan matematik sahaja.
banyak kajian dibuat oleh NGO's termasuk Pembina dimana hasil kajian menunjukkan prestasi pelajar menurun dalam bhs inggeris, sains dan matematik sejak PPSMI..wak tak tahu adakah kemeterian mengambilkira kajian ini dalam membuat keputusan. kalau ya mengapa kajian oleh PAGE sebuah NGO's yang mendapati berlaku peningkatan dalam mata pelajaran terebut dikalangan pelajar...wak pun jadi bingung mana satu yang betul..
bagi wak soal petunjuk prestasi ini hanyalah teknikal sahaja.. ini cuma sistem, boleh dibaiki dari segi pengajaran dan pedagoginya. di negara barat sains dan matematik di ajar berdasarkan kaedah "konstruktivisme" yang lari dari konsep pengajaran secara biasa yang diamalkan oleh sistem pemgajaran kita sekarang. kita perlu berubah cara pengajaran kita sebagaimana yang diamalkan oleh barat..baru berkesan PPSMI..kementerian sepatutnya memperkenalkan sistem ini. PPSMI akan berjaya dan sistem akan berjalan dengan lancar..

apa pun keputusan telah dibuat..tidak ada apa yang boleh merubahnya lagi .. kita tgoklah nanti dengan mutu pencapaian pelajar dalam sains dan matematik selepas PPSMI dimansuhkan...

wak: sekolah atap saja....

Saturday, July 4, 2009

apa disebalik cadangan wacana pemuda Pas

Sejuk hati wak bila lihat gambar ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nashruddin Hasan Tantawi bersalam dengan Naib Ketua pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dalam akhbar baru-baru ini. Ketua Pemuda Pas itu jumpa Datuk Razali untuk jemput nak buat wacana dengan pemuda Umno..bagi wak ini satu idea yang baik dan tajuknya juga mengikut wak agak sensasi sikit iaitu "Benarkah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam" wacana ini akan dikupas secara ilmiah oleh kedua-dua pihak. maknanya akan ada huraian yang merujuk kepada buku-buku, pendapat tokoh-tokoh serta di selang selikan dengan teori-teori oleh kedua-dua pihak. perkara yang membingungkan wak ialah mengapa tajuk ini diberikan oleh pemuda Pas? jika Pas benar-benar ikhlas untuk merungkai apa yang terkusut difikiran mereka, sebenarnya sejak dulu lagi PAS melaungkan slogan yang bukan-bukan kepada Umno.. apa hak Pas untuk menetapkan tajuk yang seperti ingin menjerat leher Umno, walaupun sememangnya Umno sejak dulu lagi memperjuangkan Islam di negara ini. . mengapa persetujuan tajuk tidak dibawa dalam perbicangan oleh sekretariat yang bakal ditubuhkan nanti.. bila pemuda Pas menetapkan tajuk yang sebegitu rupa bererti dalam akal fikiran pemuda Pas serta ahli Pas keseluruhannya menganggap UMNO tidak perjuang Islam. bila agaknya orang-orang PAS hendak mengubah persepsi mereka bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam..wak sendiri pun tidak tahu.
wak boleh terima jika wacana ini diadakan hanya untuk bercambah fikiran, menukar-nukar pandangan serta mencari titik pertemuan ke arah kesepaduan daripada untuk berbincang tentang arah tuju perjuangan parti lain. bagaimana kalau tajuk itu ditukar kepada " PAS telah jauh terpesong dari konsep memperjuangkan Islam apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR" atau tajuk berikut "benarkah Pas telah menuju ke arah parti sekular apabila menyertai Pakatan Rakyat"
apabila PAS membawa tajuk itu untuk diwacanakan bermakna hanya perbincangan berkaitan dengan Umno sahaja yang menjadi fokus perbincangan. apakah akan rela ahli Umno melihat partinya menjadi fokus perbincangan suatu tajuk yang sudah semestinya tidak benar sama sekali.
mengapa Pemuda PAS tidak membawa tajuk "siapa yang memperjuangkan Islam di negara ini, PAS atau Umno" tajuk ini agak terbuka dan boleh diperbincangkan secara timbal balas antara panel PAS dan Umno. begitu juga dengan cadangan pemuda Pas yang wacana ini mesti di buka untuk tontonan umum...wak percaya pemuda Umno bukanlah takut untuk berwacana dengan Pas tetapi kadang-kadang niat untuk berwacana oleh Pas juga perlu diambilkira oleh pemuda Umno..
Wak percaya, secara realistiknya wacana ilmu cadangan Pas ini tidak membawa apa-apa makna besar kepada kedua-dua pihak dan ianya juga tidak banyak mengubah asas perjuangan parti yang didokong selama ini. tajuk yang diberi juga bukan tajuk yang sesuai untuk mengadakan wacana. tajuk seperti itu hanya sesuai untuk dibawa masuk dalam debat atau pun pertandingan perbahasan. pemuda Pas perlu memahami makna wacana yang sebenarnya sebelum mengadakan majlis ini. memang, wacana sesuai untuk dibuat dalam bentuk majlis ilmu dan melalui wacana kita berbincang, bertukar pandangan, mengkaji, meneliti dan melahirkan pandangan yang bernas serta membina. bagi wak tajuk yang sesuai dengan majlis yang dipanggil wacana ini ialah "Wacana Minda Budaya Melayu: memantapkan politik umat Islam dalam dunia kontemporari".

wak: niat selalunya tidak disertai dengan tindakan tetapi tindakan disertai dengan niat. pemuda Umno perlu berhati-hati disebalik niat pemuda Pas ini....

gerhana bulan di Kedah

keputusan DAP keluar daripada Pakatan Rakyat Negeri Kedah menjadi bualan politik yang agak hangat di negeri jelapang padi ini. alasan agak sensitif iaitu babi. wak sangkakan isu babi ni berkaitan selsema babi yang melanda negara ketika ini...rupa-rupanya sebab kerajaan negeri pindah tempat sembelih babi di Taman Berjaya, Alor Setaq. dengar kata tempat tu tanah kerajaan, depa dah operasi dah lama dah...bila pindah DAP tak puashati. notis singkat sangat katanya. dulu masa zaman BN perintah pun ada usaha nak pindah tempat sembelih babi ni tapi rakan komponan bantah...tak jadi pindah..
wak tak nak sentuh sangat sebab -akibat keretakan hubungan PAS-DAP ni..dalam pentadbiran tak gugat sangat kerajaan negeri sebab tak dak wakil DAP jadi exco...DAP pun ada satu kerusi saja...itu pun boleh wak katakan sebagai kerusi tradisi DAP di Kota Darul Aman. YB Lee Guan Aik kata dia dah jadi wakil bebas dalam dewan...wak agak hairan macamana boleh jadi wakil bebas kalau beliau masih wakil rakyat DAP..kalau Guan Aik dah keluar dari DAP baru boleh dia jadi wakil bebas. ini masih dalam DAP...dia kena jadi wakil DAP la. wak ingat ini hanya lakunan dari DAP saja. kita tengok la nanti apa kata DAP pusat..DAP Kedah nak tunggu Ustaz Azizan p pujuk depa agaknya...bila kena pujuk baru saham DAP naik dan orang China tak marah kat DAP.
betui juga mcm Pengerusi DAP Kedah Thomas Su kata , kerajaan Negeri dok kata kedah untuk semua...tapi Su kata cakap tak serupa bikin...wak sebagai pemerhati nak tengok sejauhmana "dua beradik" ni gaduh...susahlah bila duduk satu rumah sorang makan babi sorang lagi tak makan babi..mana boleh dok sekali..yang makan babi dia kena keluar la dari rumah tu...mana boleh buat macam di Indonesia, dalam satu keluarga ada yang Islam ada yang kristian...dok sekali. ini Kedah, negeri "Tok Guru" tentu dia nak orang ikut macam dia...walau pun orang tu bukan Islam.
wak nak jadi tukang sorak saja ........

Tuesday, June 30, 2009

perlukah debat Umno-Pas?

debat Umno-Pas kembali bergema setelah tidak kedengaran sejak debat Umno-Pas 23 tahun dahulu tidak menjadi. mengimbas kembali debat yang diuar-uarkan pada waktu itu, isunya tidak sama dengan isu yang nak didebatkan oleh Nik Aziz. pada ketika itu muncul isu Amanat Hj Hadi, isu sembahyang dua imam, Umno Kafir dan isu sembelihan orang Umno haram dimakan. orang yang menjuarai isu pada waktu itu ialah DS Hj Hadi Awang. semua persiapan telah diatur, ahli penal kedua-dua belah pihak telah dipilih. wak masih ingat seorang ahli panel yang dipilih bagi pihak Umno ialah Datuk Paduka Ibrahim Azmi Hasan( bekas MP Kuala Nerus). menjelang 2 hari debat nak diadakan dan RTM setuju nak buat siaran langsung melalui TV 1, Yang Di Pertuan Agong menitahkan debat dibatalkan. hampalah harapan rakyat malaysia untuk nak tengok pendebat kedua-dua belah pihak berhujah. isu debat pun hilang ditelan zaman.
kini isu debat muncul kembali, tetapi topik perdebatan kata Nik Aziz untuk nak tengok siapa sebenarnya yang menjuarai asas perjuangan bangsa dan agama...Pas atau Umno. fokus lebih kepada sikap tidak suka Nik Aziz kepada Umno yang bersekongkol dengan parti-parti lain dalam komponen BN.
wak tak pasti apakah isu ini perlu didebatkan.
kalau Nik Aziz masih berpegang dengan idealisme perjuangan Pas yang ingin mendaulatkan perjuangan bangsa dan Islam, agak melucukan apabila Nik Aziz mempertikaikan kerjasama antara Umno dengan parti lain dalam BN. Wak pun tertanya-tanya...apa yang nak didebatkan? pasai perjuangan dan arah tuju parti adalah hak masing-masing. Umno ada prinsipnya sendiri, ada perlembagaan dan halatuju parti yang telah disepakati sesama ahli. begitu juga dengan Pas, ada agenda sendiri. wak percaya semuanya adalah untuk kebaikan bangsa melayu. untuk kebaikan bangsa melayu bermakna untuk kebaikan Islam. Nik aziz perlu faham bahawa beliau tidak boleh memberi tunjuk ajar kepada parti lain selain kepada partinya sendiri. wak pun hairan, semakin tua Nik Aziz nampaknya seperti suka cari gaduh macam budak2..ajak untuk bersatu dalam kerajaan perpaduan di tolaknya idea itu walaupun idea tu datang dari partinya sendiri. dah tolak perpaduan dicadangkan pula debat...mungkin bagi beliau berdebat lebih baik dari bersatu...
wak nak cadangkan kepada Nik Aziz, beliau boleh teruskan agenda berdebat ni tapi bukan dengan Umno, berdebatlah dengan "rakan kongsi" Pas iaitu DAP atau pun dengan PKR. itu lebih afdal...debat sesama rakan kongsi ni boleh lah Pas kira untung rugi dia dalam bisnes politik ni...Umno bolehlah jadi perantara dalam debat tu.

wak: selalu berdebat dengan isteri....

Sunday, June 28, 2009

Tun M Masih Menari Ronggeng

wak pernah menonton teater Ronggeng Rokiah di Istana Budaya yang pernah dipentaskan di sana 2 tahun lalu. dalam teater itu Rokiah(lakunan Safura) amat memikat pengunjung kelab saban malam. Rokiah seperti biasa akan menari mengikut rentak ronggeng bersama-sama dengan pengunjung kelab tersebut. Rokiah menjadi rebutan pemuda kaberet disitu. rentak tari Rokiah memang mengasyikkan..sambil menari Rokiah akan menyindir dengan sindiran tajam sambil meliuk lentukkan badannya yang solid itu kepada pengunjung yang tidak disukainya. wak bukan bermaksud nak ulas dengan mendalam tentang Rokiah dengan ronggengnya tetapi wak nak sentuh tentang Tun M yang petang tadi pulang ke Kedah rasmi majlis Mubarak di Alor setar.
nada Tun masih sama seperti semasa Tun Abdullah jadi PM. Tun cakap apa yang dia rasa tak betul. isu pemimpin rasuah masih dalam kabinet turut disentuh Tun. marah Tun pada menantu Pak Lah pun masih tak hilang... Khairy pun turut kena tempias juga. ulasan Tun sama seperti ulasannya semasa PM Najib umum barisan kabinet baru. "pemimpin yang amal rasuah masih dilantik dalam kabinet". wak tak pasti ucapan Tun itu ditujukan pada siapa.semasa di umumkan barisan kabinet oleh PM Najib, wak pun teliti juga nama-nama yang bertuah tu tetapi apa yang menghairankan wak, kebanyakkan nama yang diumumkan itu adalah nama yang pernah ada dalam kabinet Tun dulu. yang baru cuma dua tiga kerat saja termasuklah anak Tun Datuk Mukhriz. wak pun tak pasti apakah nama yang Tun sebut pasai amal rasuah tu orang lama atau orang baru. Wak fikir kalau orang lama tak patut sebab mereka pernah ada dalam kabinet Tun tetapi kalau orang baru wak takut nama Datuk Mukhriz pun ada dalam senarai yang Tun hentam. Wallahhualam..
apa pun wak harap Datuk Najib perlu ambil ikhtibar dari apa yang Tun bangkitkan, wak tengok dah banyak kali Tun dok ungkit benda yang sama, wak bimbang nanti bila Tun hilang sabaq Tun akan buat "road show" macam zaman Pak Lah ari tu untuk hentam kerajaan Dato Najib. apa susahnya nak tukaq menteri atau Tim Menteri yang Tun maksudkan..ini pun untuk kebaikan Umno dan kerajaan juga...lebih bimbnag lagi kalau isu ni pembangkang jadi modal depa dalam kempen di Manik Urai...kerajaan rasuah la, kerajaan tak telus la, tak dak integriti la dan pembangkang pun pandai putar belit kenyataan Tun. Depa boleh kata bukti dia Tun yang kata sendiri kerajaan sekarang kerajaan rasuah. naya kita....
sapa yang tak percaya kalau Tun yang cakap, berulang-ulang pulak tu. Datuk Najib kena ambik ini sebagai isyarat awai dari Tun dan wak percaya Tun tak akan berhenti cakap selagi pemimpin yang amal rasuah ni tak dikeluarkan dari kabinet.
Tun juga masih pertahankan pendirian dia tentang jambatan bengkok Johor-Singapura. Tun nak di teruskan juga. mungkin ramai yang masih ingat bunga-bunga perselisihan faham Tun M dengan Tun Abdullah bermula dari isu jambatan bengkok. kita tak mau peristiwa ini berulang kembali..wak percaya Tun berpandangan jauh..Tun lihat jambatan ini akan menguntungkan negara sebab tu dia sokong jambatan bengkok di teruskan..pasai apa Singapura nak kata kita jangan ambik kira sangat sebab depa cerdik macam "otak yahudi". macam P.Ramlee kata kat ahmad Nisfu dalam filem madu 3 "otak pembelit no 1".

Wak: tak sabaq nak tunggu respon Datuk Najib

komunis dan umno

kenyataan Dato Nik Aziz Nik Mat yang menyamakan Umno dengan Komunis menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan masyarakat. ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang melenting. sudah semestinya yang bersetuju itu orang Pas atau PR manakala yang tak bersetuju rata-ratanya orang umno. wak tak hairan dengan kenyataan Nik Aziz ini . dari dulu beliau tidak pernah bersetuju dengan umno. dulu dia kata umno macam yahudi, sekarang macam komunis pula. wak tak hairan sebab Nik Aziz bukan ngaji sejarah negara, beliau sejak kecil mengaji pondok, lepas tu sambung mengaji di India dan Pakistan. mana sempat dia nak buka buku sejarah tanah air dia sendiri. wak tau dia bukan faham sangat dengan rentetan peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas merdeka. balik dari belajar luar negara dia terus buka kitab mengajar oeang mengaji. dalam kitab bukan ada cerita sejarah negara..yang ada pasai ilmu tauhid, feqah, usul fiqh, balagah, nusus dan bab dosa dan pahala. bab lain Nik Aziz tak tau, sb tu lah kerja dia jadi MB harap kat penasihat dia saja(kata anak dia, Nik Abduh))..nama anak dia pun dia ambik dari nama tokoh reformis mesir iaitu sheikh Mohamad Abduh. maknanya dia lebih faham sejarah negara lain dari negara sendiri.
wak sebenarnya malas nak ulas pasai sejarah dan ideologi komunis, budak sekolah rendah pun tau tau komunis tu siapa tu komunis..tak manis wak nak cerita pasai komunis kat seorang MB..wak rasa kita tak patut layan orang yang buta sejarah ni. kalau kita layan kita pun turut termasuk dalam golongan orang yang buta sejarah macam MB sorang ni. biarkan lah dia. dia cuma nak lepas geram saja kat Umno. orang Umno yang cerdik ni kena diam diri. biar wak sorang saja yang latah sebab wak memang waklatah.
komunis ni tuan guru, orang yang tak ada agama, mereka tak percaya kat tuhan, ideologi depa ni berasaskan marxisme walaupun memang mereka berjuang menentang penjajahan tetapi mereka ingin mengwujudkan negara komunis di tanah melayu bersesuaian dengan persidangan afro asia di India. sebab tu mereka berjuang bermatian. sebab tu juga mereka menyusupkan ideologi depa ke dalam AWAS (Angkatan Wanita Sedar) Api (Angkatan Pemuda Insaf), AMPAJA(all Malayan people anti japanies army) dan kesatuan sekerja pada waktu tu. itulah penerangan ringkas dari wak pasai komunis tuan guru ...
macam mana tuan guru dan samakan komunis dengan Umno.. tuan guru kata itu cuma perumpamaan seperti perumpamaan "seperti rusa masuk kampong"..perumpamaan tu tak betul sama sekali tuan guru. mana ada perumpamaan Umno macam komunis. ilmu mantik mana yang tuan guru pakai. itu la tuan guru banyak sangat dok cakap bahasa arab sampai bahasa melayu pun tuan guru tak arif. wak cadangkan supaya tuan guru tak usah lah bercakap terlalu banyak takut nanti bila cakap terlalu banyak ni "kebodohan" tuan guru lagi terserlah. wak nasihatkan tuan guru sebelum tuan guru tutup mata belajarlah sejarah negara, sejarah Umno lepas tu baru komen pasai komunis dan Umno..
Wak: banyak berfikir lebih baik daripada berfikir banyak...renungkan.

Wednesday, June 24, 2009

keutuhan bangsa...siapa peneraju?

setelah episod sedih kegagalan idea kerajaan perpaduan yang diidam-idamkan oleh ramai pihak telah berkubur kini status quo bangsa melayu berjalan seperti biasa. macam dulu juga..orang melayu yerus membawa haluan masing-masing mengikut ideologi politik yang dipegang. perpecahan agak ketara yang bermula pada era 1980an tidak dapat dirungkaikan apabila berakhir idea kerajaan perpaduan. cumanya mungkin sekarang ini sudah tidak kedengaran lagi isu sembahyang dua imam, daging sembelihan orang UMNO haram di makan, pasangan yang di nikahkan oleh imam UMNO akan dinikahkan semula, boikot kenduri kahwin orang UMNO dan yang masih diperkatakan sehingga sekarang mungkin undi Pas masuk syurga, UMNO sama seperti yahudi dan negara Malaysia adalah negara sekular.
wak bukan sengaja untuk mengungkit sejarah silam tetapi inilah realiti yang telah berlaku dalam senario politik bangsa Melayu. bila bercakap tentang politik, melayulah juaranya, mereka boleh berbincang dari pagi sampai malam walaupun topik perbincangan belum tentu membawa faedah kepada mereka atau bangsa sendiri. memang benar Baron d Montesquiue berkata bahawa politik adalah sesuatu yang hidup dan ia perlu terus di hidupkan oleh pelaku-pelaku politik. tetapi orang melayu semua nak jadi aktor politik sehingga apa yang diperkatakan tentang politik jawapannya masih samar samar.
wak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, politik penuh dengan persepsi. ini bermakna jika wujud persepsi baik ianya akan menjadi baik begitu pulak sebaliknya. nak bincang tentang persepsi dalam politik memang satu topik yang luas dan boleh diulas dari pelbagai sudut.
wak nak fokus kepada tajuk wak kali ini...keutuhan bangsa. siapa yang akan menjadi peneraju selepas kegagalan kerajaan perpaduan. UMNO, PAS atau siapa?
peneraju adalah yang mengetuai atau yang memimpin. soalnya siapa? sukar bagi wak untuk memberi jawapan yang boleh memuaskan semua. bila wak kata UMNO, pembaca akan buat kesimpulan wak adalah orang Umno.begitu juga sebaliknya bila wak kata PAS sebagai peneraju. orang akan kata wak ni orang Pas. inilah persepsi... mungkin ada yang melihat mengapa tidak NGO's sbagai peneraju. wak bukan sinikal tetapi bagi wak badan nak jadi peneraju mesti badan yang ada kuasa. sekuat dan sebesar mana NGO's mereka tidak ada kuasa. sukar bagi mereka menjadi peneraju. ini pandangan wak...kerana nak mengutuhkan bangsa ia perlu meliputi semua aspek kehidupan orang melayu termasuk ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kesihatan dan sbagainya.
bagi wak yang patut menjadi peneraju adalah yang memegang tampok kuasa. buat masa sekarang yang memegang kuasa adalah UMNO melalui BN. merekalah yang harus menjadi peneraju. kita perlu memberi kepercayaan kepada UMNO kerana mereka yang menang dalam perebutan kuasa melalui pilihanraya. beri peluaang kepada pemimpin kita merangka, menyusun, mereka bentuk apa-apa gagasan yang boleh mengutuhkan bangsa Melayu. kita sebagai rakyat biasa pun ada peranan juga. kalau mereka peneraju kita lah penggeraknya. kita perlu turut serta mengembling usaha ke arah itu. kalau Pas dah tersekat untuk menertai kerajaan perpaduan, apa boleh kita buat, Pas juga perlu akur dan kalau sudah tidak berjaya bersama Umno untuk menjadi peneraju, mereka boleh menjadi penggerak dan peserta kepada keutuhan bangsa. tetapi sanggupkah mereka untuk bersama-sama orang Melayu lain berganding bahu sebagai peserta kepada peneraju sekarang untuk sama-sama mengukuhkan bangsa melayu.. tak tercapai akal wak untuk mengulas kesanggupan Pas dalam hal ini. mungkin pembaca ada ulasannya.....wak tunggu..

membingkas bangsaku

sekali lagi maruah bangsa telah digadaikan ...wak begitu sedih dengan keputusan Pas yang akur dengan kehendak pakatan..maruah bangsa begitu tidak bernilai dan murah dimata orang politik. wak percaya isi hati Hj Hadi amat murni untuk melihat bangsa melayu bersatu...tp niat terkorban oleh cita-cita politik. wak harap orang melayu dapat memahami situasi politik sekarang. mungkin keadaan tidak mengizinkan lagi untuk melihat bangsa melayu bersatu...janganlah gundah gulana dan berhiba. anggaplah ini dugaan dan cubaan kepada bangsa kita..memang agak sukar untuk mencapai kebahgiaan hidup, bukan mudah nak menjalin untaian kasih sesama bangsa, semuanya perlu kepada kesabaran, kesungguhan dan keikhlasan...kadang-kadang kenyataan terlalu kuat.... mengatasi segala impian. biarlah impian itu terus menjadi impian tetapi dengan kekuatan dan leluhur bangsa wak harap impian itu tidak akan berkubur begitu sahaja. kita cuma menangguh bukan memusnahkan terus harapan ini. harapan tanpa tujuan bak hidup tak berhaluan, hidup tanpa harapan bak madu dalam saringan..bingkas bangun bangsa ku..berdoalah semoga esok masih ada sinar di ujung ufuk yang akan menyimbah cahaya terang benderang kepada bangsa melayu. bingkas bangsaku kita rubah apa yang tersurat ini. walaupun jalan penuh berliku, redahlah dengan semangat yang kental dan jitu...lambat laun terpancar juga sinar harapan untuk kita bersatu. biarlah hari kita kecewa tetapi harapan wak sebelum menutup mata melayu dapat berganding bahu semula.anggaplah ini baru langkah pertama walaupun tersungkur tapi belum menyembah bumi. bingkas bangun bangsaku jangan bersedih dengan apa yang berlaku...
kalau hari ini kita sesama makan hati, hentikanlah tuduh menuduh menuding jari, suatu hari nanti kita pasti bertaut kembali..bidalan lalu carik carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. apa diharap padi seberang entah berisi entahkan tidak, apa diharap kasihnya orang entah sudi entahkan tidak..janganlah merajuk terlalu lama kelak merugi diri sendiri, jika hari ini tidak dapat bersama, mungkin esok kembali bersemi...bingkaslah bangsaku, mentari masih menyinari, awan gelap kan segera pergi ...kita pasti bertaut kembali.

maaf jika wak agak emosional...sebab tu lah wak tak nak latah, kalau wak latah wak akan sedih.

Monday, June 22, 2009

Parti menguasai kerajaan atau dikotomi politik - pentadbiran?

sekarang adalah musim persidangan UMNO peringkat cawangan di seluruh negara...apa yang wak perhatikan banyak cawangan yang wak ikut serta mengusulkan supaya parti menguasai kerajaan. ahli di cawangan pun nampaknya sudah advance dengan situasi politik semasa...isu parti menguasai kerajaan pun pernah dibangkitkan pada tahun lalu sama ada di peringkat perwakilan agong bahagian ataupun di perhimpunan agong pusat..kalau tak silap wak ada wakil dari Penang iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir bangkitkan perkara ini...banyak ahli umno hendak supaya parti menguasai kerajaan...maknanya UMNO menguasai lerajaan...
wak tak begitu faham sangat tentang istilah parti mengusai kerajaan bagaimana yang dikehendaki oleh ahli UMNO..
apa yang wak faham..isu ini bukanlah isu baru...ianya pernah dibangkitkan disekitar tahun 1980an dulu..banyak perbicangan dibuat sama ada oleh ahli politik mahu pun ahli akademik pada waktu. banyak pihak minta supaya umno menguasai kerajaan walaupun pada waktu iotu UMNO begitu kuat mendominasi politik negara selepas pilihanraya umum 1986....sehinggalah perdana menteri pada waktu itu Dr. mahathir Mohamad membuat ulasan iaitu "biarlah parti dan kerajaan berjalan seiringan"...kenyataan Dr.Mahathir terus mematikan isu tersebut.
hari ini selepas pilihanraya umum ke 12 timbul lagi isu ini...takkala UMNO menerima tamparan hebat dalam pilihanraya baru-baru ini...
wak nak jelaskan sedikit apa yang wak faham tentang parti menguasai kerajaan ini.... ianya juga pernah menjadi perdebatan hebat di eropah pada awal abad yang ke 18 dulu...sehinggalah seorang ahli politik terkenal pada waktu itu iaitu wax weber memperkenalkan apa yang di panggil "dikotomi politik - pentadbiran"....
beliau menggariskan beberapa kebaikan dan keburukan tentang dikotomi politik pentadbiran ini...wak akan perincikan kemudian isu ini kerana wak ada urusan lain yang perlu di lakukan....tunggulah...

pakatan tolak kerajaan perpaduan

pertemuan antara Pas dan Pakatan Rakyat hari ini (Isnin 21 Jun 2009)menolak idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas. Wak memang dah dijangka Pakatan akan menolak idea ini kerana beberapa faktor yang boleh dianalisis secara mudah... antaranya kepentingan pakatan akan tergugat, tidak memberi keuntungan politik kepada pakatan, boleh menjejaskan masa depan politik pakatan untuk berhadapan dengan BN, hnya memberi ruang kepada Pas melebarkan pengaruhnya di dalam kerajaan, dikhuatiri akan memantapkan kembali imej UMNO dan BN dikalangan rakyat. ini adalah antara hipotesis yang boleh dilihat jika kerajaan perpaduan dilaksanakan. pakatan rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun tetap dengan "egonomik" politik mereka yang lebih menjurus kepada kepentingan politik peribadi sejak tahun 1999 lagi. asas ini lah yang menghalang idea kerajaan perpaduan dikongsi bersama oleh Pakatan. Nik Aziz pulak masih dengan dendam lama yang terkesumat sejak terkeluarnya Pas dari BN pada tahun 1978 dan ditambah pula dengan penahanan anaknya dalam ISA selama lebih 2 tahun di Kamunting menguatkan lagi rasa bencinya kepada kerajaan BN. jika mengambilkira BN tidak sehaluan dengan ideologi Pas sebagai faktor Nik Aziz menolak idea ini ia adalah alasan yang masih boleh dipertikaikan...malah ideologi DAP dengan Pas umpama langit dengan bumi...memang tidak ada jalan mudah bagi meralisasikan idea kerajaan perpaduan tetapi wak percaya jika dibuat dengan niaat yang ikhlas demi bangsa Melayu lambat laun ianya akan dapat direalisasikan juga....insyaallah.

Saturday, June 20, 2009

Terminologi Kerajaan Perpaduan..dimana?

walaupun PAS tidak memperincikan gagasan kerajaan perpaduan sama ada dari segi konsep mahu pun strategi pelaksanaannya tetapi ia menjadi perbincangan yang hangat dikalangan pemimpin dan ahli parti yang terlibat. belum pun pembentangan skima dan strategi dibuat oleh PAS, menambah kecelaruan lagi apabila pas memberi syarat baru kepada UMNO iaitu kerajaan perpaduan mesti dilibatkan juga dengan parti pembangkang yang lain termasuk PKR dan DAP. kita tinggalkan syarat baru yang dibuat oleh pas, wak tumpukan perbincangan kita berkaitan model apa yang nak di bawa oleh pas tentang kerajaan perpaduan ini. kebimbangan wak ialah pas sendiri masih samar tentang apakah bentuk model yang nak ditampilkan. mungkin pas sendiri masih tercari-cari bentuk kerajaan perpaduan ini.

wak nak imbaskan kembali apakah ada di dunia ini satu bentuk kerajaan perpaduan yang pernah wujud. jika diambil kira istilah "perpaduan" agak sukar untuk kita mengkategorikan tentang kerajaan perpaduan yang pernah berlaku kerana kebanyakan kerajaan yang pernah dibentuk dalam sejarah politik moden antara parti ialah apabila tidak ada parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan. antaranya seperti di Thailand, Israel, India dan Nepal. tetapi kerajaan gabungan seperti ini tidak bertahan lama. jika di ambil kira pembentukan kerajaan islam madinah pada zaman nabi dengan memasukkan penyertaan kaum yahudi dalam kerajaan sebagai salah satu bentuk kerajaaan perpaduan agak sukar juga ditafsirkan kerana kemasukan mereka tidak berasaskan parti tetapi berpandukan kepada perlembagaan/piagam madinah.


wak nak berbalik kepada kerajaan perpaduan cadangan PAS, presiden PAS berkata kewujudan kerajaan perpaduan bukan bermakna Pas akan masuk BN. berpandukan kenyataan ini, Pas hendak mengwujudkan kerajaan perpaduan tetapi dalam masa yang sama Pas masih lagi terus menjadi parti pembangkang. hakikatnya bagaimana nak mengwujudkan kerajaan perpaduan jika Pas ingin terus menjadi pembangkang? kalau ini yang dikehendaki oleh Pas maka ia sama seperti apa yang berlaku di negara lain yang di sebutkan tadi iaitu pembentukan sesebuah kerajaan kerana majoriti tidak mencukupi. ini kerana parti pembangkang yang menyertai kerajaan masih lagi berfungsi sebagai pembangkang walaupun berada dalam kerajaan. persoalan yang wak ingin bangkitkan ialah mampukah Pas mempertahankan dasar partinya sekali pun mereka berada dalam kerajaan perpaduan. sekali lagi ditegaskan kerajaan sebegini tidak bertahan lama.
jika perpaduan menjadi fokus utama kenapa Pas inginkan kerajaan perpaduan, ianya boleh dilakukan melalui kesepakatan, persefahaman dan perkongsian bijak{smart partnership) dengan didokong oleh semangat ingin melihat kesepaduan sesama Melayu dicapai. tetapi bolehkah parti lain dalam komponen BN merestui hasrat ini. lupakan dulu apa kata mereka kerana sehingga kini mereka sendiri tidak pernah berkata apa-apa....hanya Tun Mahathir yang agak gusar tentang perkara ini iaitu nanti apa pulak perasaan parti komponen lain.... kesepakatan dan persefahaman tidak sukar untuk dicapai jika perpaduan melayu menjadi sandaran kedua-dua parti utama melayu ini. lebih-lebih lagi akar umbi memberi reaksi yang positif walaupun terdapat percanggahan di peringkat tertinggi Pas. ini bermakna akar umbi lebih memahami bahawa perpaduan menjadi tunjang utama sesuatu bangsa untuk maju. pemimpin yang menentang idea ini perlu menurunkan sedikit keegoan mereka supaya menerima hakikat sesuatu yang baik itu perlu disegerakan. wak pun sependapat dengan akar umbi kerana wak percaya dalam menongkah arus kemajuan sekarang ini agenda perpaduan perlu diutamakan dulu.
wak akan berhenti di sini buat sementara, wak akan ulas lagi terminologi kerajaaan perpaduan ini dalam blog wak.......

Tuesday, June 16, 2009

UMNO dan bina negara

Politik kita mula jadi rapuh dan benteng pertahanan politik mula runtuh. Ada orang kata UMNO tidak lagi dilihat sebagai parti keramat yang mempertahankan kepentingan Melayu. Apabila negara sudah maju dan matang, nilai ukuran pun berbeza,

Berdepan dengan realiti! Kalau kita harap prestasi dalam ekonomi boleh menjadi penyelesai masalah, ia menyimpang jauh dari realiti. Kita sudah berjaya meletak negara di mata dunia. Tetapi kini tuntutan sudah berubah. Jika kita tak sedar dengan pertukaran tuntutan ini, kita akan ketinggalan.

Tugas paling mencabar ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yang kita cakap. Persepsi yang mereka cipta telah dianggap oleh rakyat sebagai realiti. Golongan muda, terutamanya mahu melihat sesuatu yang berlainan dari kita. Mereka mahu melihat imej kita bersih dan tidak dikaitkan dengan skandal dan rasuah. Jika kita tercemar sedikit pun, walaupun kita diterima parti, rakyat menolak. Penerimaan parti mestilah selari dengan kehendak rakyat. UMNO berdepan dengan jurang antara parti dan rakyat sehinggakan pada satu tahap, sekiranya seseorang pegawai kerajaan didapati tidak elok, kerajaan dan parti yang dipersalahkan. UMNO mesti terima hakikat ia mempunyai masalah dalaman. Parti ini masih lena dan tidak mahu perbetulkan kredibiliti dan integriti. Slogan yang digunakan pada zaman Datuk Onn dulu iaitu UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, tidak boleh lagi digunakan sekarang. Rakyat tak fikir UMNO sudah sedar atau insaf. Jadi kita kena betulkan keadaan. Jika tidak, PRU akan datang akan jadi hambatan yang merugikan kita. Kita mengalami banyak kekalahan dalam PRU yang lalu kerana kita letak orang yang rakyat tak mahu.
Kita letakkan orang pilihan parti dan bukan rakyat. Kita melihat orang UMNO sekarang tidak terfikir UMNO boleh hilang kuasa satu hari nanti. Mereka masih merasakan berada dalam zon selesa. Sindrom penafian inilah yang merugikan kita. Bila kita ada sindrom ini apa-apa laporan negatif yang kita perolehi, kita tak mahu percaya. Kita hanya mahu percaya yang elok sahaja. Kita ini sudah jatuh, tetapi masih belum sedar. .
Kita harap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita ada peluang membetulkan persepsi ini. Tapi masanya tak banyak. Dia kena buat cepat. Strategi ekonomi kita sudah ada dan kita juga mesti dilihat mempunyai strategi politik

Institusi Raja adalah sesuatu yang seharusnya tidak boleh disentuh kerana ia adalah lambang kenegaraaan dan sejarah negara ini. Seharusnya ia tidak dilihat sebagai proses politik dalam sistem raja berpelembagaan. Sekarang ini kita melihat adab dan adat sudah terpisah menyebabkan ada golongan tidak menghormati sistem ini

Mereka tidak ada kerapatan dan keakraban dengan tradisi dan sejarah. Di Amerika, kerajaan negara itu menanamkan semangat sayangkan negara sejak kecil menerusi pelbagai kaedah, antaranya menggunakan filem sebagai propaganda.

Kita pula tidak mahu menulis sejarah dengan betul kerana mahu menjaga hati orang. Kita kena ajar perkara sebenar supaya orang tahu menghayati. Sesetengah orang ingat negara ini timbul begitu sahaja. Dalam politik sekarang, Pemuda UMNO tidak dapat menghayati golongan muda. Mereka perlu ingat, menjelang PRU akan datang, kita akan mempunyai dua juta pengundi baru. Golongan ini harus didekati dan difahami. Ada pemimpin pula bila sudah menjadi YB, gaya berjalan pun dah berubah. Satu macam aja. Kekuatan UMNO selama ini terletak kepada kreativiti. Gunakanlah kreativiti. UMNO lebih bersifat Malaysia daripada parti-parti komponen BN yang lain. Parti komponen BN yang lain memang tak relevan. Mereka tidak buat apa-apa untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu terutama di kawasan di mana undi mereka menjadi undi penentu.
Jika berlaku kesilapan, mereka asyik menyalahkan UMNO sahaja, walhal mereka yang lebih banyak hilang kerusi. Jika UMNO tidak membuat pendekatan baru, saya takut nanti UMNO akan diheret oleh parti komponen ke kancah kejatuhan. UMNO terlalu defensive . Dalam keadaan sekarang kita kena offensive. Parti komponen semakin menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ada kesepakatan dan kesetiaan. Bagi saya, seharusnya ada mekanisma, di mana parti yang bermasalah patut digantung Apa yang jelas ialah UMNO memerlukan perubahan yang radikal bagi mendapat penerimaaan rakyat, dan rakan kongsi dalam BN juga perlu berubah. Selain dari perubahan bentuk dan struktur, kita juga harus memerangi persepsi terhadap UMNO oleh rakyat jelata. Kita mesti memulihkan UMNO supaya jurang di antara UMNO dan rakyat tidak terus melebar. Kita harus memaparkan wibawa dan integiriti untuk menjadikan rakyat percaya kepada kita. .
Yang paling penting, orang UMNO sendiri mesti yakin terhadap parti mereka sendiri. Mereka mesti ada sikap kasih dan setia. Di mana kita perlu tegas, kita perlu dilihat tegas. Jika kita berdiam diri kita akan kehilangan kekuatan dan harapan orang Melayu.
Kita kena buat semua orang faham secara bersama. Saya khuatir, ada golongan yang cuba menyamakan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia . Golongan ini melihat 1Malaysia seolah-olah merombak sejarah dan persetujuan-persetujuan yang terkandung di dalam perlembagaan. 1Malaysia bertujuan melahirkan bangsa yang bersatupadu berdasarkan kemajmukannya. Malaysian Malaysia pula adalah satu konsep yang bertujuan mengembalikan Malayan Union bahawa rakyat Malaysia tidak beza dan mempunyai hak yang sama. Kita bukan kata tak boleh, tapi kita kena terima hakikat sejarah Malaysia ada keindukannya. Kita tidak boleh menolak kehadiran orang Melayu sebagai bangsa Induk

petikan dari agenda daily memerlukan pengertian yang mendalam berkaitan semua aspek yang membelenggu pemikiran masyarakat sekarang terutamanya apabila menyentuh hala tuju UMNO dan 1malaysia.
penilaian yang konstraktive mesti menjurus kepada kekuatan bangsa. masyarakat perlu mempunyai wadah dalam membangunkan bangsa dan wadah yang diperlukan mestilah yang mempunyai asas atau fundamental yang kukuh. kalau tidak pembinaan bangsa akan terbantut. selain umno adakah alternatif lain yang boleh kita harapkan untuk memimpin bangsa mencapai tahap ketamadunan yang tinggi.
1malaysia bukan ilusi, tetapi ia menjadi satu stigma baru kepada masyarakat untuk menstrukturkan semula hegemoni bangsa agar kuat dan kukuh. 1malaysia perlu dilihat dalam ruang lingkup yang luas dan bukan hanya dari perspektif dan untuk kepentingan berasaskan satu-satu kaum sahaja.
1malaysia adalah kesepakatan bersama berdasarkan kontrak sosial tanpa menidakkan apa yang termaktub dalam perlembagaan. 1malaysia juga perlu kepada persefahaman yang telah dimeterai antara kaum dan apa yang penting persetujuan antara kaum sejak dahulu tidak terhapus melelui 1malaysia. 1malaysia perlu dilihat sebagai satu aliran pemikiran serta konsep yang di gagaskan untuk melengkapkan institusi masyarakat. memang ia bukan satu asimilasi budaya antara kaum kerana 1malaysia akan diterjemahkan seperti contoh kaum cina masih boleh bercheong sam manakala india masih bersari dan melayu berbaju kurung......1malaysia adalah adunan ketiga-tiga tradisi ini. begitu juga dalam hal bahasa ibunda masing-masing semuanya akan dimantapkan dalam satu 1malaysia.....artikel ini akan disambung lagi......

Friday, June 12, 2009

Utopia sebuah Bahagian UMNO?

pilihanraya umum ke 12 telah berlalu lebih setahun. umum mengetahui UMNO mengalami kekalahan yang teruk dengan kehilangan 4 negeri, gagal mengambil semula negeri Kelantan dan kalah semua kawasan parlimen wilayah persekutuan. umum juga mengetahui bagaimana UMNO seperti hilang arah dan fokus selepas kekalahan ini. masing-masing membuat andaian dan persepsi tentang kekalahan UMNO. banyak menuding jari kepada pengundi China dan India yang menyokong pembangkang. walau pun ada, terlalu sedikit orang UMNO yang menyalahkan diri sendiri. banyak juga cadangan untuk memulihkan UMNO tetapi sehingga kini tidak ada pun cadangan yang benar-benar konkrik di bawa ke pengetahuan ahli UMNO.

apa yang jelas situasi di bahagian-bahagian UMNO sekarng nmpk seperti tidak ada malapetaka yang berlaku pada 8 mac 2008 yang lalu. inilah sikap ahli dan pemimpin UMNO peringkat bahagian. memang tidak di nafikan adnya pergerakan politik yang berlaku di bahagian-bahagian tetapi bentuk pergerakan bukannya menjurus kepada bagaimana nk memulihkan UMNO tetapi banyak berkisar kepada siapa yang akan bertanding dalam pemilihan akan datang, siapa yang patut naik dan siapa pulak yang perlu di sekat serta di singkirkan. inilah budaya yang menjadi amalan dalam umno sejak dulu. apa yang menghairankan mereka tidak mengambil iktibar dari kekalahan teruk dalam pilihanraya lalu.

senario sekarang masih sama:

1. cawangan yang tidak memihak kepada ketua bahagian dalam pemilihan dulu akan di kuarantinkan dari sebarang program, bantuan atau projek pembangunan.
2. ketua dan timbalan yang bukan dari satu team akan mengadakan program secara berasingan. program anjuran ketua, timbalan tidak akan hadir begitulah sebaliknya.
3. budaya buruk memburuk antara team masih berleluasa
4. tidak ada program yang boleh membantu cawangan, menarik ahli baru dan program memantapkan ahli sedia ada untuk terus menyokong umno.
5. ketua bahagian sibuk dengan urusan mencari projek untuk diri sendiri
6. tidak ada program khusus kepada masyarakat terutama yang atas pagar atau penyokong pembangkang
7. orang-orang kepercayaan ketua (penasihat dan orang tengah) yang berada dikeliling ketua terdiri daripada orang2 yang bermasalah(skandal, rasuah, penting diri) menjadi buah mulut di kalangan akar umbi. menimbulkan rasa benci dan meluat ahli cawangan.
8. wakil rakyat yang tidak ada jawatan dalam bahagian akan dipinggirkan dan ada yang langsung
tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat d kawasan.

inilah senario yang berlaku di kebanyakkan bahagian. bagaimana kita nak mengwujudkan satu utopia bahagian umno yang diidamkan dalam menghadapi pilihanraya akan datang.....wak nak supaya ahli umno beri komen tentang apa yang wak tulis ini....

Thursday, June 11, 2009

BI wajib lulus

cadangan menteri pelajaran Tan Sri Mahyuddin Yasin supaya pelajar SPM perlu wajib lulus BI mendapat reaksi pelbagai daripada khalayak. mungkin Tan Sri melihat model ini dengan mengambilkira sistem yang diamalkan sejak dahulu lagi di Singapura. sistem memang baik jika dilihat dari perspektif pembelajaran...sama seperti PPSMI jika disorot dari sudut PEMBELAJARAN.
walaubagaimanapun sistem yang baik tidak semestinya menghasilkan impak yang baik. sistem perlu dilihat secara menyeluruh termasuklah persediaan mental dan fizikal para pelajar, guru, pentadbir sekolah dan ibubapa serta pedagogi pendidikan. pedagogi perlu di ubah, guru perlu lari dari sistem lama yang mengajar secara standard sedia ada atau secara konvensional....pendekatan perlu diubah, perlu kepada pendekatan "konstrukturisme" yang digunapakai oleh kebanyakan negara maju...waklatah tak mau nak ulas panjang...wak nak tunggu respon dari yang lebih berpengalaman dalam pendidikan di negara kita.

Manhaj politik dan pembangunan fiqh Islami

Sudah menjadi ketetapan ilmiah dan sejarah bahawa politik Islam merupakan suatu manhaj yang jitu, padu dan berkesan dalam proses pembangunan umat. Sarjana politik mengatakan siasah itu adalah pusat kegiatan hidup manusia dan masyarakat. Dalam sejarah Islam, politik telah merangka berbagai prasarana yang memungkinkan berlakunya perkembangan fiqh. Sebab itu umat Islam sentiasa mendapat tenaga hayat yang sangat baik dan mantap melalui gabungan padu antara golongan umara dan ulama. Mereka berjaya menghidangkan umat Islam dan tamadunnya dengan kesegaran hukum fiqh yang berkhasiat tinggi, sehingga menimbulkan selera yang baik kepada masyarakat untuk menikmati keenakan hukum fiqh tanpa jemu-jemu, terutama sebagai undang-undang yang dapat menyelesaikan permasalahan umat. Ini dapat dilihat melalui peranan fiqh yang membuka ruang kepada para ulama untuk melakukan ijitahad berterusan. Dengan kata lain proses ijtihad tidak pernah berhenti dalam berbagai situasi politik Islam yang subur, malah ia menyediakan ruang sokongan dan dokongan yang memberansangkan sebagaimana yang dicatitkan dalam zaman Khulafa al-Rasyidin, Umawiyyin dan Abbasiyyin (terutama diperingkat awal, sebelum zaman kelemahannya).
tetapi politik di dalam negara pada hari ini menyaksikan berlakunya pertembungan di medan pemikiran antara golongan yang menganggap bahawa manhaj mereka melebihi golongan yang lain. pelbagai nas dan dalil diberikan oleh kedua-dua pihak yang memperjuangkan ideologi masing-masing. dalam melahirkan hamlah sepadu kedua-dua golongan ini, masyarakat akhirnya menjadi medan terakhir dalam merealisasikan hasrat masing-masing....wak latah menanti reaksi pembaca.......

Assalammualaikum.

Salam pengenalan dari meja waklatah .
Kepada sahabat di luar sana dengan wujudnya blog khas apa-apa pendapat dan pandangan ,bagi medan ini wak rasa sokongan sahabat-sahabat amat di perlukan .
Objektif blog ini di perkenalkan untuk menyampaikan mesej yang tepat dan relevan ,dan menangani dakyah dan isu yang boleh menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.
Wak asal dari kampong,anak bendang.
Setakat itu pengenalan dari Waklatah.