Tuesday, June 30, 2009

perlukah debat Umno-Pas?

debat Umno-Pas kembali bergema setelah tidak kedengaran sejak debat Umno-Pas 23 tahun dahulu tidak menjadi. mengimbas kembali debat yang diuar-uarkan pada waktu itu, isunya tidak sama dengan isu yang nak didebatkan oleh Nik Aziz. pada ketika itu muncul isu Amanat Hj Hadi, isu sembahyang dua imam, Umno Kafir dan isu sembelihan orang Umno haram dimakan. orang yang menjuarai isu pada waktu itu ialah DS Hj Hadi Awang. semua persiapan telah diatur, ahli penal kedua-dua belah pihak telah dipilih. wak masih ingat seorang ahli panel yang dipilih bagi pihak Umno ialah Datuk Paduka Ibrahim Azmi Hasan( bekas MP Kuala Nerus). menjelang 2 hari debat nak diadakan dan RTM setuju nak buat siaran langsung melalui TV 1, Yang Di Pertuan Agong menitahkan debat dibatalkan. hampalah harapan rakyat malaysia untuk nak tengok pendebat kedua-dua belah pihak berhujah. isu debat pun hilang ditelan zaman.
kini isu debat muncul kembali, tetapi topik perdebatan kata Nik Aziz untuk nak tengok siapa sebenarnya yang menjuarai asas perjuangan bangsa dan agama...Pas atau Umno. fokus lebih kepada sikap tidak suka Nik Aziz kepada Umno yang bersekongkol dengan parti-parti lain dalam komponen BN.
wak tak pasti apakah isu ini perlu didebatkan.
kalau Nik Aziz masih berpegang dengan idealisme perjuangan Pas yang ingin mendaulatkan perjuangan bangsa dan Islam, agak melucukan apabila Nik Aziz mempertikaikan kerjasama antara Umno dengan parti lain dalam BN. Wak pun tertanya-tanya...apa yang nak didebatkan? pasai perjuangan dan arah tuju parti adalah hak masing-masing. Umno ada prinsipnya sendiri, ada perlembagaan dan halatuju parti yang telah disepakati sesama ahli. begitu juga dengan Pas, ada agenda sendiri. wak percaya semuanya adalah untuk kebaikan bangsa melayu. untuk kebaikan bangsa melayu bermakna untuk kebaikan Islam. Nik aziz perlu faham bahawa beliau tidak boleh memberi tunjuk ajar kepada parti lain selain kepada partinya sendiri. wak pun hairan, semakin tua Nik Aziz nampaknya seperti suka cari gaduh macam budak2..ajak untuk bersatu dalam kerajaan perpaduan di tolaknya idea itu walaupun idea tu datang dari partinya sendiri. dah tolak perpaduan dicadangkan pula debat...mungkin bagi beliau berdebat lebih baik dari bersatu...
wak nak cadangkan kepada Nik Aziz, beliau boleh teruskan agenda berdebat ni tapi bukan dengan Umno, berdebatlah dengan "rakan kongsi" Pas iaitu DAP atau pun dengan PKR. itu lebih afdal...debat sesama rakan kongsi ni boleh lah Pas kira untung rugi dia dalam bisnes politik ni...Umno bolehlah jadi perantara dalam debat tu.

wak: selalu berdebat dengan isteri....

Sunday, June 28, 2009

Tun M Masih Menari Ronggeng

wak pernah menonton teater Ronggeng Rokiah di Istana Budaya yang pernah dipentaskan di sana 2 tahun lalu. dalam teater itu Rokiah(lakunan Safura) amat memikat pengunjung kelab saban malam. Rokiah seperti biasa akan menari mengikut rentak ronggeng bersama-sama dengan pengunjung kelab tersebut. Rokiah menjadi rebutan pemuda kaberet disitu. rentak tari Rokiah memang mengasyikkan..sambil menari Rokiah akan menyindir dengan sindiran tajam sambil meliuk lentukkan badannya yang solid itu kepada pengunjung yang tidak disukainya. wak bukan bermaksud nak ulas dengan mendalam tentang Rokiah dengan ronggengnya tetapi wak nak sentuh tentang Tun M yang petang tadi pulang ke Kedah rasmi majlis Mubarak di Alor setar.
nada Tun masih sama seperti semasa Tun Abdullah jadi PM. Tun cakap apa yang dia rasa tak betul. isu pemimpin rasuah masih dalam kabinet turut disentuh Tun. marah Tun pada menantu Pak Lah pun masih tak hilang... Khairy pun turut kena tempias juga. ulasan Tun sama seperti ulasannya semasa PM Najib umum barisan kabinet baru. "pemimpin yang amal rasuah masih dilantik dalam kabinet". wak tak pasti ucapan Tun itu ditujukan pada siapa.semasa di umumkan barisan kabinet oleh PM Najib, wak pun teliti juga nama-nama yang bertuah tu tetapi apa yang menghairankan wak, kebanyakkan nama yang diumumkan itu adalah nama yang pernah ada dalam kabinet Tun dulu. yang baru cuma dua tiga kerat saja termasuklah anak Tun Datuk Mukhriz. wak pun tak pasti apakah nama yang Tun sebut pasai amal rasuah tu orang lama atau orang baru. Wak fikir kalau orang lama tak patut sebab mereka pernah ada dalam kabinet Tun tetapi kalau orang baru wak takut nama Datuk Mukhriz pun ada dalam senarai yang Tun hentam. Wallahhualam..
apa pun wak harap Datuk Najib perlu ambil ikhtibar dari apa yang Tun bangkitkan, wak tengok dah banyak kali Tun dok ungkit benda yang sama, wak bimbang nanti bila Tun hilang sabaq Tun akan buat "road show" macam zaman Pak Lah ari tu untuk hentam kerajaan Dato Najib. apa susahnya nak tukaq menteri atau Tim Menteri yang Tun maksudkan..ini pun untuk kebaikan Umno dan kerajaan juga...lebih bimbnag lagi kalau isu ni pembangkang jadi modal depa dalam kempen di Manik Urai...kerajaan rasuah la, kerajaan tak telus la, tak dak integriti la dan pembangkang pun pandai putar belit kenyataan Tun. Depa boleh kata bukti dia Tun yang kata sendiri kerajaan sekarang kerajaan rasuah. naya kita....
sapa yang tak percaya kalau Tun yang cakap, berulang-ulang pulak tu. Datuk Najib kena ambik ini sebagai isyarat awai dari Tun dan wak percaya Tun tak akan berhenti cakap selagi pemimpin yang amal rasuah ni tak dikeluarkan dari kabinet.
Tun juga masih pertahankan pendirian dia tentang jambatan bengkok Johor-Singapura. Tun nak di teruskan juga. mungkin ramai yang masih ingat bunga-bunga perselisihan faham Tun M dengan Tun Abdullah bermula dari isu jambatan bengkok. kita tak mau peristiwa ini berulang kembali..wak percaya Tun berpandangan jauh..Tun lihat jambatan ini akan menguntungkan negara sebab tu dia sokong jambatan bengkok di teruskan..pasai apa Singapura nak kata kita jangan ambik kira sangat sebab depa cerdik macam "otak yahudi". macam P.Ramlee kata kat ahmad Nisfu dalam filem madu 3 "otak pembelit no 1".

Wak: tak sabaq nak tunggu respon Datuk Najib

komunis dan umno

kenyataan Dato Nik Aziz Nik Mat yang menyamakan Umno dengan Komunis menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan masyarakat. ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang melenting. sudah semestinya yang bersetuju itu orang Pas atau PR manakala yang tak bersetuju rata-ratanya orang umno. wak tak hairan dengan kenyataan Nik Aziz ini . dari dulu beliau tidak pernah bersetuju dengan umno. dulu dia kata umno macam yahudi, sekarang macam komunis pula. wak tak hairan sebab Nik Aziz bukan ngaji sejarah negara, beliau sejak kecil mengaji pondok, lepas tu sambung mengaji di India dan Pakistan. mana sempat dia nak buka buku sejarah tanah air dia sendiri. wak tau dia bukan faham sangat dengan rentetan peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas merdeka. balik dari belajar luar negara dia terus buka kitab mengajar oeang mengaji. dalam kitab bukan ada cerita sejarah negara..yang ada pasai ilmu tauhid, feqah, usul fiqh, balagah, nusus dan bab dosa dan pahala. bab lain Nik Aziz tak tau, sb tu lah kerja dia jadi MB harap kat penasihat dia saja(kata anak dia, Nik Abduh))..nama anak dia pun dia ambik dari nama tokoh reformis mesir iaitu sheikh Mohamad Abduh. maknanya dia lebih faham sejarah negara lain dari negara sendiri.
wak sebenarnya malas nak ulas pasai sejarah dan ideologi komunis, budak sekolah rendah pun tau tau komunis tu siapa tu komunis..tak manis wak nak cerita pasai komunis kat seorang MB..wak rasa kita tak patut layan orang yang buta sejarah ni. kalau kita layan kita pun turut termasuk dalam golongan orang yang buta sejarah macam MB sorang ni. biarkan lah dia. dia cuma nak lepas geram saja kat Umno. orang Umno yang cerdik ni kena diam diri. biar wak sorang saja yang latah sebab wak memang waklatah.
komunis ni tuan guru, orang yang tak ada agama, mereka tak percaya kat tuhan, ideologi depa ni berasaskan marxisme walaupun memang mereka berjuang menentang penjajahan tetapi mereka ingin mengwujudkan negara komunis di tanah melayu bersesuaian dengan persidangan afro asia di India. sebab tu mereka berjuang bermatian. sebab tu juga mereka menyusupkan ideologi depa ke dalam AWAS (Angkatan Wanita Sedar) Api (Angkatan Pemuda Insaf), AMPAJA(all Malayan people anti japanies army) dan kesatuan sekerja pada waktu tu. itulah penerangan ringkas dari wak pasai komunis tuan guru ...
macam mana tuan guru dan samakan komunis dengan Umno.. tuan guru kata itu cuma perumpamaan seperti perumpamaan "seperti rusa masuk kampong"..perumpamaan tu tak betul sama sekali tuan guru. mana ada perumpamaan Umno macam komunis. ilmu mantik mana yang tuan guru pakai. itu la tuan guru banyak sangat dok cakap bahasa arab sampai bahasa melayu pun tuan guru tak arif. wak cadangkan supaya tuan guru tak usah lah bercakap terlalu banyak takut nanti bila cakap terlalu banyak ni "kebodohan" tuan guru lagi terserlah. wak nasihatkan tuan guru sebelum tuan guru tutup mata belajarlah sejarah negara, sejarah Umno lepas tu baru komen pasai komunis dan Umno..
Wak: banyak berfikir lebih baik daripada berfikir banyak...renungkan.

Wednesday, June 24, 2009

keutuhan bangsa...siapa peneraju?

setelah episod sedih kegagalan idea kerajaan perpaduan yang diidam-idamkan oleh ramai pihak telah berkubur kini status quo bangsa melayu berjalan seperti biasa. macam dulu juga..orang melayu yerus membawa haluan masing-masing mengikut ideologi politik yang dipegang. perpecahan agak ketara yang bermula pada era 1980an tidak dapat dirungkaikan apabila berakhir idea kerajaan perpaduan. cumanya mungkin sekarang ini sudah tidak kedengaran lagi isu sembahyang dua imam, daging sembelihan orang UMNO haram di makan, pasangan yang di nikahkan oleh imam UMNO akan dinikahkan semula, boikot kenduri kahwin orang UMNO dan yang masih diperkatakan sehingga sekarang mungkin undi Pas masuk syurga, UMNO sama seperti yahudi dan negara Malaysia adalah negara sekular.
wak bukan sengaja untuk mengungkit sejarah silam tetapi inilah realiti yang telah berlaku dalam senario politik bangsa Melayu. bila bercakap tentang politik, melayulah juaranya, mereka boleh berbincang dari pagi sampai malam walaupun topik perbincangan belum tentu membawa faedah kepada mereka atau bangsa sendiri. memang benar Baron d Montesquiue berkata bahawa politik adalah sesuatu yang hidup dan ia perlu terus di hidupkan oleh pelaku-pelaku politik. tetapi orang melayu semua nak jadi aktor politik sehingga apa yang diperkatakan tentang politik jawapannya masih samar samar.
wak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, politik penuh dengan persepsi. ini bermakna jika wujud persepsi baik ianya akan menjadi baik begitu pulak sebaliknya. nak bincang tentang persepsi dalam politik memang satu topik yang luas dan boleh diulas dari pelbagai sudut.
wak nak fokus kepada tajuk wak kali ini...keutuhan bangsa. siapa yang akan menjadi peneraju selepas kegagalan kerajaan perpaduan. UMNO, PAS atau siapa?
peneraju adalah yang mengetuai atau yang memimpin. soalnya siapa? sukar bagi wak untuk memberi jawapan yang boleh memuaskan semua. bila wak kata UMNO, pembaca akan buat kesimpulan wak adalah orang Umno.begitu juga sebaliknya bila wak kata PAS sebagai peneraju. orang akan kata wak ni orang Pas. inilah persepsi... mungkin ada yang melihat mengapa tidak NGO's sbagai peneraju. wak bukan sinikal tetapi bagi wak badan nak jadi peneraju mesti badan yang ada kuasa. sekuat dan sebesar mana NGO's mereka tidak ada kuasa. sukar bagi mereka menjadi peneraju. ini pandangan wak...kerana nak mengutuhkan bangsa ia perlu meliputi semua aspek kehidupan orang melayu termasuk ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kesihatan dan sbagainya.
bagi wak yang patut menjadi peneraju adalah yang memegang tampok kuasa. buat masa sekarang yang memegang kuasa adalah UMNO melalui BN. merekalah yang harus menjadi peneraju. kita perlu memberi kepercayaan kepada UMNO kerana mereka yang menang dalam perebutan kuasa melalui pilihanraya. beri peluaang kepada pemimpin kita merangka, menyusun, mereka bentuk apa-apa gagasan yang boleh mengutuhkan bangsa Melayu. kita sebagai rakyat biasa pun ada peranan juga. kalau mereka peneraju kita lah penggeraknya. kita perlu turut serta mengembling usaha ke arah itu. kalau Pas dah tersekat untuk menertai kerajaan perpaduan, apa boleh kita buat, Pas juga perlu akur dan kalau sudah tidak berjaya bersama Umno untuk menjadi peneraju, mereka boleh menjadi penggerak dan peserta kepada keutuhan bangsa. tetapi sanggupkah mereka untuk bersama-sama orang Melayu lain berganding bahu sebagai peserta kepada peneraju sekarang untuk sama-sama mengukuhkan bangsa melayu.. tak tercapai akal wak untuk mengulas kesanggupan Pas dalam hal ini. mungkin pembaca ada ulasannya.....wak tunggu..

membingkas bangsaku

sekali lagi maruah bangsa telah digadaikan ...wak begitu sedih dengan keputusan Pas yang akur dengan kehendak pakatan..maruah bangsa begitu tidak bernilai dan murah dimata orang politik. wak percaya isi hati Hj Hadi amat murni untuk melihat bangsa melayu bersatu...tp niat terkorban oleh cita-cita politik. wak harap orang melayu dapat memahami situasi politik sekarang. mungkin keadaan tidak mengizinkan lagi untuk melihat bangsa melayu bersatu...janganlah gundah gulana dan berhiba. anggaplah ini dugaan dan cubaan kepada bangsa kita..memang agak sukar untuk mencapai kebahgiaan hidup, bukan mudah nak menjalin untaian kasih sesama bangsa, semuanya perlu kepada kesabaran, kesungguhan dan keikhlasan...kadang-kadang kenyataan terlalu kuat.... mengatasi segala impian. biarlah impian itu terus menjadi impian tetapi dengan kekuatan dan leluhur bangsa wak harap impian itu tidak akan berkubur begitu sahaja. kita cuma menangguh bukan memusnahkan terus harapan ini. harapan tanpa tujuan bak hidup tak berhaluan, hidup tanpa harapan bak madu dalam saringan..bingkas bangun bangsa ku..berdoalah semoga esok masih ada sinar di ujung ufuk yang akan menyimbah cahaya terang benderang kepada bangsa melayu. bingkas bangsaku kita rubah apa yang tersurat ini. walaupun jalan penuh berliku, redahlah dengan semangat yang kental dan jitu...lambat laun terpancar juga sinar harapan untuk kita bersatu. biarlah hari kita kecewa tetapi harapan wak sebelum menutup mata melayu dapat berganding bahu semula.anggaplah ini baru langkah pertama walaupun tersungkur tapi belum menyembah bumi. bingkas bangun bangsaku jangan bersedih dengan apa yang berlaku...
kalau hari ini kita sesama makan hati, hentikanlah tuduh menuduh menuding jari, suatu hari nanti kita pasti bertaut kembali..bidalan lalu carik carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. apa diharap padi seberang entah berisi entahkan tidak, apa diharap kasihnya orang entah sudi entahkan tidak..janganlah merajuk terlalu lama kelak merugi diri sendiri, jika hari ini tidak dapat bersama, mungkin esok kembali bersemi...bingkaslah bangsaku, mentari masih menyinari, awan gelap kan segera pergi ...kita pasti bertaut kembali.

maaf jika wak agak emosional...sebab tu lah wak tak nak latah, kalau wak latah wak akan sedih.

Monday, June 22, 2009

Parti menguasai kerajaan atau dikotomi politik - pentadbiran?

sekarang adalah musim persidangan UMNO peringkat cawangan di seluruh negara...apa yang wak perhatikan banyak cawangan yang wak ikut serta mengusulkan supaya parti menguasai kerajaan. ahli di cawangan pun nampaknya sudah advance dengan situasi politik semasa...isu parti menguasai kerajaan pun pernah dibangkitkan pada tahun lalu sama ada di peringkat perwakilan agong bahagian ataupun di perhimpunan agong pusat..kalau tak silap wak ada wakil dari Penang iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir bangkitkan perkara ini...banyak ahli umno hendak supaya parti menguasai kerajaan...maknanya UMNO menguasai lerajaan...
wak tak begitu faham sangat tentang istilah parti mengusai kerajaan bagaimana yang dikehendaki oleh ahli UMNO..
apa yang wak faham..isu ini bukanlah isu baru...ianya pernah dibangkitkan disekitar tahun 1980an dulu..banyak perbicangan dibuat sama ada oleh ahli politik mahu pun ahli akademik pada waktu. banyak pihak minta supaya umno menguasai kerajaan walaupun pada waktu iotu UMNO begitu kuat mendominasi politik negara selepas pilihanraya umum 1986....sehinggalah perdana menteri pada waktu itu Dr. mahathir Mohamad membuat ulasan iaitu "biarlah parti dan kerajaan berjalan seiringan"...kenyataan Dr.Mahathir terus mematikan isu tersebut.
hari ini selepas pilihanraya umum ke 12 timbul lagi isu ini...takkala UMNO menerima tamparan hebat dalam pilihanraya baru-baru ini...
wak nak jelaskan sedikit apa yang wak faham tentang parti menguasai kerajaan ini.... ianya juga pernah menjadi perdebatan hebat di eropah pada awal abad yang ke 18 dulu...sehinggalah seorang ahli politik terkenal pada waktu itu iaitu wax weber memperkenalkan apa yang di panggil "dikotomi politik - pentadbiran"....
beliau menggariskan beberapa kebaikan dan keburukan tentang dikotomi politik pentadbiran ini...wak akan perincikan kemudian isu ini kerana wak ada urusan lain yang perlu di lakukan....tunggulah...

pakatan tolak kerajaan perpaduan

pertemuan antara Pas dan Pakatan Rakyat hari ini (Isnin 21 Jun 2009)menolak idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas. Wak memang dah dijangka Pakatan akan menolak idea ini kerana beberapa faktor yang boleh dianalisis secara mudah... antaranya kepentingan pakatan akan tergugat, tidak memberi keuntungan politik kepada pakatan, boleh menjejaskan masa depan politik pakatan untuk berhadapan dengan BN, hnya memberi ruang kepada Pas melebarkan pengaruhnya di dalam kerajaan, dikhuatiri akan memantapkan kembali imej UMNO dan BN dikalangan rakyat. ini adalah antara hipotesis yang boleh dilihat jika kerajaan perpaduan dilaksanakan. pakatan rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun tetap dengan "egonomik" politik mereka yang lebih menjurus kepada kepentingan politik peribadi sejak tahun 1999 lagi. asas ini lah yang menghalang idea kerajaan perpaduan dikongsi bersama oleh Pakatan. Nik Aziz pulak masih dengan dendam lama yang terkesumat sejak terkeluarnya Pas dari BN pada tahun 1978 dan ditambah pula dengan penahanan anaknya dalam ISA selama lebih 2 tahun di Kamunting menguatkan lagi rasa bencinya kepada kerajaan BN. jika mengambilkira BN tidak sehaluan dengan ideologi Pas sebagai faktor Nik Aziz menolak idea ini ia adalah alasan yang masih boleh dipertikaikan...malah ideologi DAP dengan Pas umpama langit dengan bumi...memang tidak ada jalan mudah bagi meralisasikan idea kerajaan perpaduan tetapi wak percaya jika dibuat dengan niaat yang ikhlas demi bangsa Melayu lambat laun ianya akan dapat direalisasikan juga....insyaallah.

Saturday, June 20, 2009

Terminologi Kerajaan Perpaduan..dimana?

walaupun PAS tidak memperincikan gagasan kerajaan perpaduan sama ada dari segi konsep mahu pun strategi pelaksanaannya tetapi ia menjadi perbincangan yang hangat dikalangan pemimpin dan ahli parti yang terlibat. belum pun pembentangan skima dan strategi dibuat oleh PAS, menambah kecelaruan lagi apabila pas memberi syarat baru kepada UMNO iaitu kerajaan perpaduan mesti dilibatkan juga dengan parti pembangkang yang lain termasuk PKR dan DAP. kita tinggalkan syarat baru yang dibuat oleh pas, wak tumpukan perbincangan kita berkaitan model apa yang nak di bawa oleh pas tentang kerajaan perpaduan ini. kebimbangan wak ialah pas sendiri masih samar tentang apakah bentuk model yang nak ditampilkan. mungkin pas sendiri masih tercari-cari bentuk kerajaan perpaduan ini.

wak nak imbaskan kembali apakah ada di dunia ini satu bentuk kerajaan perpaduan yang pernah wujud. jika diambil kira istilah "perpaduan" agak sukar untuk kita mengkategorikan tentang kerajaan perpaduan yang pernah berlaku kerana kebanyakan kerajaan yang pernah dibentuk dalam sejarah politik moden antara parti ialah apabila tidak ada parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan. antaranya seperti di Thailand, Israel, India dan Nepal. tetapi kerajaan gabungan seperti ini tidak bertahan lama. jika di ambil kira pembentukan kerajaan islam madinah pada zaman nabi dengan memasukkan penyertaan kaum yahudi dalam kerajaan sebagai salah satu bentuk kerajaaan perpaduan agak sukar juga ditafsirkan kerana kemasukan mereka tidak berasaskan parti tetapi berpandukan kepada perlembagaan/piagam madinah.


wak nak berbalik kepada kerajaan perpaduan cadangan PAS, presiden PAS berkata kewujudan kerajaan perpaduan bukan bermakna Pas akan masuk BN. berpandukan kenyataan ini, Pas hendak mengwujudkan kerajaan perpaduan tetapi dalam masa yang sama Pas masih lagi terus menjadi parti pembangkang. hakikatnya bagaimana nak mengwujudkan kerajaan perpaduan jika Pas ingin terus menjadi pembangkang? kalau ini yang dikehendaki oleh Pas maka ia sama seperti apa yang berlaku di negara lain yang di sebutkan tadi iaitu pembentukan sesebuah kerajaan kerana majoriti tidak mencukupi. ini kerana parti pembangkang yang menyertai kerajaan masih lagi berfungsi sebagai pembangkang walaupun berada dalam kerajaan. persoalan yang wak ingin bangkitkan ialah mampukah Pas mempertahankan dasar partinya sekali pun mereka berada dalam kerajaan perpaduan. sekali lagi ditegaskan kerajaan sebegini tidak bertahan lama.
jika perpaduan menjadi fokus utama kenapa Pas inginkan kerajaan perpaduan, ianya boleh dilakukan melalui kesepakatan, persefahaman dan perkongsian bijak{smart partnership) dengan didokong oleh semangat ingin melihat kesepaduan sesama Melayu dicapai. tetapi bolehkah parti lain dalam komponen BN merestui hasrat ini. lupakan dulu apa kata mereka kerana sehingga kini mereka sendiri tidak pernah berkata apa-apa....hanya Tun Mahathir yang agak gusar tentang perkara ini iaitu nanti apa pulak perasaan parti komponen lain.... kesepakatan dan persefahaman tidak sukar untuk dicapai jika perpaduan melayu menjadi sandaran kedua-dua parti utama melayu ini. lebih-lebih lagi akar umbi memberi reaksi yang positif walaupun terdapat percanggahan di peringkat tertinggi Pas. ini bermakna akar umbi lebih memahami bahawa perpaduan menjadi tunjang utama sesuatu bangsa untuk maju. pemimpin yang menentang idea ini perlu menurunkan sedikit keegoan mereka supaya menerima hakikat sesuatu yang baik itu perlu disegerakan. wak pun sependapat dengan akar umbi kerana wak percaya dalam menongkah arus kemajuan sekarang ini agenda perpaduan perlu diutamakan dulu.
wak akan berhenti di sini buat sementara, wak akan ulas lagi terminologi kerajaaan perpaduan ini dalam blog wak.......

Tuesday, June 16, 2009

UMNO dan bina negara

Politik kita mula jadi rapuh dan benteng pertahanan politik mula runtuh. Ada orang kata UMNO tidak lagi dilihat sebagai parti keramat yang mempertahankan kepentingan Melayu. Apabila negara sudah maju dan matang, nilai ukuran pun berbeza,

Berdepan dengan realiti! Kalau kita harap prestasi dalam ekonomi boleh menjadi penyelesai masalah, ia menyimpang jauh dari realiti. Kita sudah berjaya meletak negara di mata dunia. Tetapi kini tuntutan sudah berubah. Jika kita tak sedar dengan pertukaran tuntutan ini, kita akan ketinggalan.

Tugas paling mencabar ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yang kita cakap. Persepsi yang mereka cipta telah dianggap oleh rakyat sebagai realiti. Golongan muda, terutamanya mahu melihat sesuatu yang berlainan dari kita. Mereka mahu melihat imej kita bersih dan tidak dikaitkan dengan skandal dan rasuah. Jika kita tercemar sedikit pun, walaupun kita diterima parti, rakyat menolak. Penerimaan parti mestilah selari dengan kehendak rakyat. UMNO berdepan dengan jurang antara parti dan rakyat sehinggakan pada satu tahap, sekiranya seseorang pegawai kerajaan didapati tidak elok, kerajaan dan parti yang dipersalahkan. UMNO mesti terima hakikat ia mempunyai masalah dalaman. Parti ini masih lena dan tidak mahu perbetulkan kredibiliti dan integriti. Slogan yang digunakan pada zaman Datuk Onn dulu iaitu UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, tidak boleh lagi digunakan sekarang. Rakyat tak fikir UMNO sudah sedar atau insaf. Jadi kita kena betulkan keadaan. Jika tidak, PRU akan datang akan jadi hambatan yang merugikan kita. Kita mengalami banyak kekalahan dalam PRU yang lalu kerana kita letak orang yang rakyat tak mahu.
Kita letakkan orang pilihan parti dan bukan rakyat. Kita melihat orang UMNO sekarang tidak terfikir UMNO boleh hilang kuasa satu hari nanti. Mereka masih merasakan berada dalam zon selesa. Sindrom penafian inilah yang merugikan kita. Bila kita ada sindrom ini apa-apa laporan negatif yang kita perolehi, kita tak mahu percaya. Kita hanya mahu percaya yang elok sahaja. Kita ini sudah jatuh, tetapi masih belum sedar. .
Kita harap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita ada peluang membetulkan persepsi ini. Tapi masanya tak banyak. Dia kena buat cepat. Strategi ekonomi kita sudah ada dan kita juga mesti dilihat mempunyai strategi politik

Institusi Raja adalah sesuatu yang seharusnya tidak boleh disentuh kerana ia adalah lambang kenegaraaan dan sejarah negara ini. Seharusnya ia tidak dilihat sebagai proses politik dalam sistem raja berpelembagaan. Sekarang ini kita melihat adab dan adat sudah terpisah menyebabkan ada golongan tidak menghormati sistem ini

Mereka tidak ada kerapatan dan keakraban dengan tradisi dan sejarah. Di Amerika, kerajaan negara itu menanamkan semangat sayangkan negara sejak kecil menerusi pelbagai kaedah, antaranya menggunakan filem sebagai propaganda.

Kita pula tidak mahu menulis sejarah dengan betul kerana mahu menjaga hati orang. Kita kena ajar perkara sebenar supaya orang tahu menghayati. Sesetengah orang ingat negara ini timbul begitu sahaja. Dalam politik sekarang, Pemuda UMNO tidak dapat menghayati golongan muda. Mereka perlu ingat, menjelang PRU akan datang, kita akan mempunyai dua juta pengundi baru. Golongan ini harus didekati dan difahami. Ada pemimpin pula bila sudah menjadi YB, gaya berjalan pun dah berubah. Satu macam aja. Kekuatan UMNO selama ini terletak kepada kreativiti. Gunakanlah kreativiti. UMNO lebih bersifat Malaysia daripada parti-parti komponen BN yang lain. Parti komponen BN yang lain memang tak relevan. Mereka tidak buat apa-apa untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu terutama di kawasan di mana undi mereka menjadi undi penentu.
Jika berlaku kesilapan, mereka asyik menyalahkan UMNO sahaja, walhal mereka yang lebih banyak hilang kerusi. Jika UMNO tidak membuat pendekatan baru, saya takut nanti UMNO akan diheret oleh parti komponen ke kancah kejatuhan. UMNO terlalu defensive . Dalam keadaan sekarang kita kena offensive. Parti komponen semakin menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ada kesepakatan dan kesetiaan. Bagi saya, seharusnya ada mekanisma, di mana parti yang bermasalah patut digantung Apa yang jelas ialah UMNO memerlukan perubahan yang radikal bagi mendapat penerimaaan rakyat, dan rakan kongsi dalam BN juga perlu berubah. Selain dari perubahan bentuk dan struktur, kita juga harus memerangi persepsi terhadap UMNO oleh rakyat jelata. Kita mesti memulihkan UMNO supaya jurang di antara UMNO dan rakyat tidak terus melebar. Kita harus memaparkan wibawa dan integiriti untuk menjadikan rakyat percaya kepada kita. .
Yang paling penting, orang UMNO sendiri mesti yakin terhadap parti mereka sendiri. Mereka mesti ada sikap kasih dan setia. Di mana kita perlu tegas, kita perlu dilihat tegas. Jika kita berdiam diri kita akan kehilangan kekuatan dan harapan orang Melayu.
Kita kena buat semua orang faham secara bersama. Saya khuatir, ada golongan yang cuba menyamakan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia . Golongan ini melihat 1Malaysia seolah-olah merombak sejarah dan persetujuan-persetujuan yang terkandung di dalam perlembagaan. 1Malaysia bertujuan melahirkan bangsa yang bersatupadu berdasarkan kemajmukannya. Malaysian Malaysia pula adalah satu konsep yang bertujuan mengembalikan Malayan Union bahawa rakyat Malaysia tidak beza dan mempunyai hak yang sama. Kita bukan kata tak boleh, tapi kita kena terima hakikat sejarah Malaysia ada keindukannya. Kita tidak boleh menolak kehadiran orang Melayu sebagai bangsa Induk

petikan dari agenda daily memerlukan pengertian yang mendalam berkaitan semua aspek yang membelenggu pemikiran masyarakat sekarang terutamanya apabila menyentuh hala tuju UMNO dan 1malaysia.
penilaian yang konstraktive mesti menjurus kepada kekuatan bangsa. masyarakat perlu mempunyai wadah dalam membangunkan bangsa dan wadah yang diperlukan mestilah yang mempunyai asas atau fundamental yang kukuh. kalau tidak pembinaan bangsa akan terbantut. selain umno adakah alternatif lain yang boleh kita harapkan untuk memimpin bangsa mencapai tahap ketamadunan yang tinggi.
1malaysia bukan ilusi, tetapi ia menjadi satu stigma baru kepada masyarakat untuk menstrukturkan semula hegemoni bangsa agar kuat dan kukuh. 1malaysia perlu dilihat dalam ruang lingkup yang luas dan bukan hanya dari perspektif dan untuk kepentingan berasaskan satu-satu kaum sahaja.
1malaysia adalah kesepakatan bersama berdasarkan kontrak sosial tanpa menidakkan apa yang termaktub dalam perlembagaan. 1malaysia juga perlu kepada persefahaman yang telah dimeterai antara kaum dan apa yang penting persetujuan antara kaum sejak dahulu tidak terhapus melelui 1malaysia. 1malaysia perlu dilihat sebagai satu aliran pemikiran serta konsep yang di gagaskan untuk melengkapkan institusi masyarakat. memang ia bukan satu asimilasi budaya antara kaum kerana 1malaysia akan diterjemahkan seperti contoh kaum cina masih boleh bercheong sam manakala india masih bersari dan melayu berbaju kurung......1malaysia adalah adunan ketiga-tiga tradisi ini. begitu juga dalam hal bahasa ibunda masing-masing semuanya akan dimantapkan dalam satu 1malaysia.....artikel ini akan disambung lagi......

Friday, June 12, 2009

Utopia sebuah Bahagian UMNO?

pilihanraya umum ke 12 telah berlalu lebih setahun. umum mengetahui UMNO mengalami kekalahan yang teruk dengan kehilangan 4 negeri, gagal mengambil semula negeri Kelantan dan kalah semua kawasan parlimen wilayah persekutuan. umum juga mengetahui bagaimana UMNO seperti hilang arah dan fokus selepas kekalahan ini. masing-masing membuat andaian dan persepsi tentang kekalahan UMNO. banyak menuding jari kepada pengundi China dan India yang menyokong pembangkang. walau pun ada, terlalu sedikit orang UMNO yang menyalahkan diri sendiri. banyak juga cadangan untuk memulihkan UMNO tetapi sehingga kini tidak ada pun cadangan yang benar-benar konkrik di bawa ke pengetahuan ahli UMNO.

apa yang jelas situasi di bahagian-bahagian UMNO sekarng nmpk seperti tidak ada malapetaka yang berlaku pada 8 mac 2008 yang lalu. inilah sikap ahli dan pemimpin UMNO peringkat bahagian. memang tidak di nafikan adnya pergerakan politik yang berlaku di bahagian-bahagian tetapi bentuk pergerakan bukannya menjurus kepada bagaimana nk memulihkan UMNO tetapi banyak berkisar kepada siapa yang akan bertanding dalam pemilihan akan datang, siapa yang patut naik dan siapa pulak yang perlu di sekat serta di singkirkan. inilah budaya yang menjadi amalan dalam umno sejak dulu. apa yang menghairankan mereka tidak mengambil iktibar dari kekalahan teruk dalam pilihanraya lalu.

senario sekarang masih sama:

1. cawangan yang tidak memihak kepada ketua bahagian dalam pemilihan dulu akan di kuarantinkan dari sebarang program, bantuan atau projek pembangunan.
2. ketua dan timbalan yang bukan dari satu team akan mengadakan program secara berasingan. program anjuran ketua, timbalan tidak akan hadir begitulah sebaliknya.
3. budaya buruk memburuk antara team masih berleluasa
4. tidak ada program yang boleh membantu cawangan, menarik ahli baru dan program memantapkan ahli sedia ada untuk terus menyokong umno.
5. ketua bahagian sibuk dengan urusan mencari projek untuk diri sendiri
6. tidak ada program khusus kepada masyarakat terutama yang atas pagar atau penyokong pembangkang
7. orang-orang kepercayaan ketua (penasihat dan orang tengah) yang berada dikeliling ketua terdiri daripada orang2 yang bermasalah(skandal, rasuah, penting diri) menjadi buah mulut di kalangan akar umbi. menimbulkan rasa benci dan meluat ahli cawangan.
8. wakil rakyat yang tidak ada jawatan dalam bahagian akan dipinggirkan dan ada yang langsung
tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat d kawasan.

inilah senario yang berlaku di kebanyakkan bahagian. bagaimana kita nak mengwujudkan satu utopia bahagian umno yang diidamkan dalam menghadapi pilihanraya akan datang.....wak nak supaya ahli umno beri komen tentang apa yang wak tulis ini....

Thursday, June 11, 2009

BI wajib lulus

cadangan menteri pelajaran Tan Sri Mahyuddin Yasin supaya pelajar SPM perlu wajib lulus BI mendapat reaksi pelbagai daripada khalayak. mungkin Tan Sri melihat model ini dengan mengambilkira sistem yang diamalkan sejak dahulu lagi di Singapura. sistem memang baik jika dilihat dari perspektif pembelajaran...sama seperti PPSMI jika disorot dari sudut PEMBELAJARAN.
walaubagaimanapun sistem yang baik tidak semestinya menghasilkan impak yang baik. sistem perlu dilihat secara menyeluruh termasuklah persediaan mental dan fizikal para pelajar, guru, pentadbir sekolah dan ibubapa serta pedagogi pendidikan. pedagogi perlu di ubah, guru perlu lari dari sistem lama yang mengajar secara standard sedia ada atau secara konvensional....pendekatan perlu diubah, perlu kepada pendekatan "konstrukturisme" yang digunapakai oleh kebanyakan negara maju...waklatah tak mau nak ulas panjang...wak nak tunggu respon dari yang lebih berpengalaman dalam pendidikan di negara kita.

Manhaj politik dan pembangunan fiqh Islami

Sudah menjadi ketetapan ilmiah dan sejarah bahawa politik Islam merupakan suatu manhaj yang jitu, padu dan berkesan dalam proses pembangunan umat. Sarjana politik mengatakan siasah itu adalah pusat kegiatan hidup manusia dan masyarakat. Dalam sejarah Islam, politik telah merangka berbagai prasarana yang memungkinkan berlakunya perkembangan fiqh. Sebab itu umat Islam sentiasa mendapat tenaga hayat yang sangat baik dan mantap melalui gabungan padu antara golongan umara dan ulama. Mereka berjaya menghidangkan umat Islam dan tamadunnya dengan kesegaran hukum fiqh yang berkhasiat tinggi, sehingga menimbulkan selera yang baik kepada masyarakat untuk menikmati keenakan hukum fiqh tanpa jemu-jemu, terutama sebagai undang-undang yang dapat menyelesaikan permasalahan umat. Ini dapat dilihat melalui peranan fiqh yang membuka ruang kepada para ulama untuk melakukan ijitahad berterusan. Dengan kata lain proses ijtihad tidak pernah berhenti dalam berbagai situasi politik Islam yang subur, malah ia menyediakan ruang sokongan dan dokongan yang memberansangkan sebagaimana yang dicatitkan dalam zaman Khulafa al-Rasyidin, Umawiyyin dan Abbasiyyin (terutama diperingkat awal, sebelum zaman kelemahannya).
tetapi politik di dalam negara pada hari ini menyaksikan berlakunya pertembungan di medan pemikiran antara golongan yang menganggap bahawa manhaj mereka melebihi golongan yang lain. pelbagai nas dan dalil diberikan oleh kedua-dua pihak yang memperjuangkan ideologi masing-masing. dalam melahirkan hamlah sepadu kedua-dua golongan ini, masyarakat akhirnya menjadi medan terakhir dalam merealisasikan hasrat masing-masing....wak latah menanti reaksi pembaca.......

Assalammualaikum.

Salam pengenalan dari meja waklatah .
Kepada sahabat di luar sana dengan wujudnya blog khas apa-apa pendapat dan pandangan ,bagi medan ini wak rasa sokongan sahabat-sahabat amat di perlukan .
Objektif blog ini di perkenalkan untuk menyampaikan mesej yang tepat dan relevan ,dan menangani dakyah dan isu yang boleh menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.
Wak asal dari kampong,anak bendang.
Setakat itu pengenalan dari Waklatah.