Tuesday, December 8, 2009

Nazri yang "bloody racist"

pertembungan kembali bergema antara Nazri dan Tun Mahathir apabila Datuk Seri Nazri Aziz, menteri yang jaga BTN menempelak Tun yang terus mempertahankan silibus BTN. agak menghairankan apabila 2 org yang pernah sama-sama berada dalam saf kepimpinan yang sama berbeza pandangan dalam perkara yang sama yang pernah menjadi dasar kerajaan. bagi orang biasa macam Wak, silibus BTN bukan perkara besar dan tak perlu diperbesarkan oleh 2 orang yang berada dalam "pemikiran" yang sama. biarlah pembangkang yang terus melalak diluar sana. tapi agak menghairankan apabila isu ini menjadi pertikaian sesama kita.
memang dah menjadi dasar sesuatu kerajaan mesti ada serampang berbagai mata bila sesuatu dasar itu dilaksanakan..tak terkecuali BTN kerana dalam melaksanakan dasarnya keuntungan mesti diperolehi oleh negara dan kerajaan. itu hakikat...
anggapan bahawa sislibus BTN perlu dirombak sesuai dengan konsep 1Malaysia adalah anggapan yang tidak tepat dan agak malang bagi seorang bertaraf menteri sendiri masih tidak faham dengan konsep ini. BTN dan 1Malaysia adalah dua hal yang berbeza tetapi berada dalam mangkuk yang sama..secara mudah 1Malaysia adalh atas prinsip kesepakatan dan persetujuan bersama bagi semua kaum melalui hak-hak yang telah digariskan mengikut perlembangaan negara.. BTN mempertahankan ketuanan melayu...dan itu adalah kesepakatan yang telah dicapai sejak merdeka. diimana salahnya dengan modul BTN kalau itu persetujuannya..dan salahkan BTN mempertahankan persetujuan itu...
BTN membawa keuntungan kepada negara dan sudah semestinya kerajaan juga mahu idea pelaksanaan BTN menguntungkan mereka...maksudnya ideologi kepartian yang menguntungkan...jika BTN berada di bawah Pakatan Rakyat sekalipun perkara yang sama akan berlaku dan di lakukan oleh mereka. itulah realiti politik kepartian..
tapi bila nazri menempelak Tun dengan tuduhan "bloody racist" telah menjadi isu lain dari sudut yang berbeza dengan kefahaman yang berbeza oleh masyarakat awam.. persetankan dengan silibus BTN . mari kita renungkan kembali kata-kata Nazri ini dari sudut logika penggunaan bahasa..
kata pujangga lama, "bahasa di tangan orang biasa boleh membawa kemudahan seperti wang, bahasa di tangan penyair penuh dengan harapan dan impian"..tetapi bahasa di tangan Nazri (menteri) penuh dengan kebiadaban dan keceluparan ini berkonotasi dengan sikap buruk seorang menteri BN..bagi masyarakat biasa macam Wak, Nazri telah lari dari jagat seorang manusia yang "melayu"nya telah hilang...;lebih-lebih lagi terhadap seorang bekas "bos"nya sendiri. dari sudut insan Nazri telah melukakan hati orang melayu yang menghormati orang yang lebih tua darinya..
nazri mungkin seorang Ultra kiasu..atau mungkin seorang "moody" yang sukar di baca tingkahlakunya..atau dia seorang yang benar-benar pelaku politik yang membujur lalu melintang patah..kalau itu anggapannya, Nazri sebenarnya telah menjadi seorang yang stream of conciousness nya telah rosak..
apa yang di lakukan oleh nazri menunjukkan seolah-olah Nazri seperti itik yang baru belajar berenang dalam politik dan nazri amat bertuah kerana telah berjaya menjadi seorang pemimpin politik walaupun sikapnya ke anak-anakan.
wak: nazri perlu banyak belajar adap dan tata susila bangsa melayu..

Thursday, December 3, 2009

Antara realiti dan kenyataan.Pas di mana..?..

Isu papan tanda YAB Ustaz Azizan Abdul Razak di beberapa lokasi dirosakan ,di anggap perbuatan sabotaj oleh beberapa pemimpin Pas negeri...
Di fahamkan beberapa pemimpin Pas peringkat negeri di lihat memberi reaksi dan dalam satu kenyataan dari YB. Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas Pusat ,ketika di hubungi “mendakwa ianya di lakukan oleh orang –orang umno “
Pemimpin negeri menuding jari kepada pihak Umno atas perbuatan tersebut,kerana mereka berpendapat keupayaan kerajaan negeri dapat mentadbir negeri dengan baik dan diterima rakyat.Segala kemelut dalam negeri dapat di tangani dengan baik tidak seperti semasa BN memerintah.
Pas sengaja memutar belit isu ini bagi menutup kelemahan yang cukup ketara atas dasar mahu menyembunyi isu sebenar..Pas tidak dapat merealisasikan manifesto 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'sebagaimana yang di sebut 'kami akan mengamalkan urustakbir negeri yang baik di mana keadilan,pertanggungjawaban dan integriti merupakan ciri-ciri pentadbiran kami".Wak melihat banyak isu yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti pemimpin Pas samada di peringkat pusat maupun peringkat negeri.Cth kemelut yang berlaku antara kumpulan Erdogen dengan kumpulan Presiden Pas yang dilihat telah menjejaskan reputasi parti pas yang di anggap parti yang memperjuangkan Islam Addin...begitu juga dengan isu di Kelantan ,meletakan kepentingan keluarga di depan ...dengan jelas ia amat bertentangan dengan motto 'Menuju Negara Berkebajikan sebagaimana yang di sebut perkara 2 Pengurusan Berhemah ( Pruden )Kekayaan Negara..Dalamnya di sebut ,'merapatkan jurang kekayaan antara miskin dan kaya dalam semua kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan'..Adakah ini telah di lakukan oleh MB Kelantan ?..Wak percaya dalam Pakatan Rakyat(PR) sendiri sudah nampak keretakan yang semuanya perlukan penjelasan kepada rakyat terutama kepada penyokong yang ekxtrem perjuangan pas...Pas juga tidak lagi mampu menjawab ,apabila rakan PR bercakap dan menyentuh soal-soal Agama Islam terutama soal Hukum ..Mengapa Pas sanggup membelakangkan hukum ALLAH..semata-mata untuk menjaga kepentingan politik dan PR..Mengapa yang haram di halalkan dan yang halal di haramkan...
Wak bercakap atas apa yang wak lihat dan sesungguhnya itulah realiti sebenar Pas sekarang...
Dalam satu ceramah yang di sampaikan oleh Mat Sabu di sebuah Madrasah di Tambak Bunga beliau mengakui bahawa pergolakan dalam Pas amat membimbangkan dan beliau sendiri mengakui bahawa antara Presiden Pas dan Musyidul Am Pas sudah tidak sependapat..
Sekiranya semua ini di rangkumkan jelas bahawa isu gambar dan papan kenyataan yang di bina dengan kos ribuan ringgit dari kerajaan negeri adalah angkara sabotaj dari pihak Umno dan BN ..tidak relevan dan tidak dapat diterima oleh rakyat yang dahagakan satu bentuk pentadbiran yang telus dan baik dari kerajaan PR...apapun Pas telah melangkaui satu bentuk reformasi dan ianya perlu diterjemahkan agar rakyat sedar bahawa sebagai sebuah parti ,ia sama dengan parti2 yang lain ...tidak lari dari segala kekalutan dan wacana pemikiran baru...dan seandainya ode baru tidak di perjelaskan akan timbul berbagai persepsi ...dan pas perlu muhasabah diri ....

Wak:Yang betoi tu betoi juga,yang tak betoi tu tak betoi juga...yang mana satu nak dipilih..

Tuesday, December 1, 2009

Antara Doktrinasi dan Indoktrinasi Cheng Peng.?...

Sejarah tidak pernah hilang, di dunia tercatat sebuah negara yang merdeka dengan melalui berbagai senario politik yang berbeza ..wak teringat cerita ayah wak yang melalui 3 zaman pemerintahan ..zaman Inggeris,zaman Jepun,zaman Bintang 3 dan zaman selepas kemerdekaan..
wak mengalir air mata mengenangkan betapa susah dan azabnya hidup di waktu itu..semasa Inggeris datang ke Tanah Melayu rakyat di sogok dengan berbagai agenda politik ,ujudnya Malayan Union yang mana menzahirkan agenda supaya rakyat bangkit menentang Pemimpin Melayu ..Zaman Jepun rakyat menerima perubahan dengan lebih melihat kepada penentangan untuk merebut kuasa dan rakyat di tindas..sesiapa yang menjadi tali barut Inggeris akan disiksa begitu juga dengan komunis...tetapi wak lebih fokos kepada idealisma yang di bawa oleh komunisme..bayangkan sesiapa yang di syaki menjadi tali barut Jepun akan di siksa..ada yang di gantung dan di hayun dengan memberi minuman bertin-tin .. dan di tekan perut dengan papan sehingga memancut keluar air melalui mulut,hidung dan telinga..dan ada pula yang di paksa mengorek lubang yang akhirnya menjadi kubur sendiri apabila kepala di pancung..

Itulah senario politik Malaysia ketika zaman penjajahan dahulu...zalim
Tetapi apa yang nak wak utarakan adalah kisah Cheng Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua ,Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya (PKM) yang sekarang berada di Negara Gajah Putih Thailand,bercadang untuk kembali ke Malaysia ..

Dalam majlis ulang tahun genabnya 20 tahun Perjanjian Damai Haadyai ,02 Disember 1989,beliau berhasrat untuk kembali ke Malaysia ke tanah tumpah darahnya di Setiawan .Kononya nak bertemu dengan keluarganya...Tapi yang jelas semasa di wawancara beliau tidak sedikitpun merasa bersalah dengan apa yang di buat semasa menjadi pemimpin PKM..rakyat cukup menderita,anak-anak di bunuh dan di tanam hidup-hidup,asas perjuangan rakyat di ubah kononnya nak jadikan negara ,sebuah negara komunisme yang menterjemahkan perjuangan mereka untuk membela nasib rakyat..hakikatnya amalan yang di dukung oleh komunisme hanya satu sandiwara dan jauh sama sekali untuk meletakan rakyat sebagai asas pembela oleh PKM..

Dalam ucapan di majlis ulang tahun beliau berkata "kami sebagai sosialis tetap berdiri teguh membela rakyat yang tertindas.kami menentang penguasaan orang asing dan menghapuskan eksploitasi ekonomi,menentang kezaliman dan ketidakadilan di bawah apa bentuk pun dan kami telah menentang penjajahan Inggeris dan pencerobohan Jepun.Usaha kami dalam proses mendirikan satu negara demokratik ini telah di kecewakan oleh pihak berkuasa dengan cara yang kejam dan seksaan rohani dan batin."

wak melihat sikap beliau yang angkuh dengan idealisme yang tidak lagi releven masa kini cuba di bangkitkan ,supaya ada suara dari pihak tertentu merasa simpati dan akan menyokong beliau.. secara tak langsung akan mengiktiraf beliau sebagai pejuang dan pembela rakyat ..

Malaysia tidak pernah mengamalkan sikap perkauman,kehidupan rakyat ,aman ,ekonomi seimbang,rakyat bebas beragama dan bebas melahirkan pendapat ..walaupun ada agenda untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan ,hakikatnya suatu ketika ianya menjadi wadah dan penyambung asas perjuangan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris.Bagaimana Tunku dan beberapa rakan pemimpin MCA Tan Cheng Lock dan MIC duduk semeja mencari jalan ,natijah kemelut politik negara dan kemerdekaan daripada Inggeris.Ketika itu PKM di mana?????..PKM masih meneruskan agenda yang sia-sia menentang kerajaan,membunuh,menyiksa,dan menzahirkan kronologi bahawa perjuangan mereka perlu di iktiraf..Itulah Cheng Peng dan PKM...rakyat cukup menderita dan biarlah di simpan dalam lipatan sejarah...

Natijahnya rakyat tidak sanggup melihat wajah Cheng Peng lagi di bumi Malaysia ,meskipun ada ura-ura pihak tertentu menyokong usaha beliau untuk kembali ke Malaysia.Rakyat mahu kerajaan menoleh kebelakang sejenak ,bagaimana nasib keluarga anggota yang berjuang menentang komunis dahulu adakah mereka dapat pembelaan yang cukup,itu yang lebih penting daripada bercakap tentang Cheng Peng dan PKM...rakyat begitu kecewa , jangan ada pihak yang membuka buku ,bercakap mengenainya lagi...Noktah kata rakyat ,bahawa Cheng Peng tidak harus diberi pertimbangan kembali ke Malaysia..


Wak.Bapa wak pun kena penangan Komunis..