Saturday, January 30, 2010

PAS DI PERALAT

kenyataan Datuk Azizan MB Kedah dalam Harian Sinar yang menjawab dakwaan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah bahawa kerajaan negeri tidak membawa apa2 pembangunan sejak memerintah Kedah agak melucukan. malah MB Kedah itu sebenarnya tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Dato shafie Afdal sebaliknya mendakwa BN dan Umno telah memperalatkan agensi kerajaan untuk menentang kerajaan Pakatan Rakyat. pepatah melayu lama pernah berkata "kita boleh menipu seorang dalam satu masa, tetapi kita tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa". wak agak sedih bila seorang ketua kerajaan negeri yang sepatutnya menjaga kredibiliti pegawai kerajaan di negerinya telah membuat tuduhan yang agak liar dan boleh mengguris hati pihak berkenaan.


setahu wak kakitangan kerajaan sangat komited dalam tugas mereka, yang menjadi hambatan kepada kemajuan dalam sesebuah negeri ialah kerana sikap kerajaan negeri itu sendiri yang seolah-olah tidak memberi sepenuh komitmen kepada arus pembangunan negeri. keasyikan bermain politik melekakan tuntutan membangunkan negeri. sementelahan pula kurang kearifan tentang konsep pembangunan juga menjadi penghalang kepada usaha memajukan rakyat. itulah realiti politik di Kedah sekarang ini.


wak sebenarnya bercadang untuk mengulas tentang pembangunan negeri kedah sejak Pakatan rakyat ambilalih kerajaan negeri tetapi memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Dato Shafie bahawa tak ada pembangunan yang dilaksanakan jadi tak ada isu sangat untuk di bahaskan. jadi wak nak ulas sikit berkenaan dengan dakwaan Ust Azizan yang BN/Umno peralat agensi kerajaan untuk kepentingan BN. wak rasa kalau ada pun itu satu tindakan yang baik...peralat untuk kebaikan dan kemajuan..tetapi yang menyedihkan wak ialah Pas juga selama ini telah diperalatkan oleh parti-parti yang sewaktu dengannya...lihat saja di perak, semasa pakatan memerintah, walaupun MB Perak dari Pas tetapi yg memerintah sebenarnya ialah DAP. bila Pakatan jatuh, yg paling lantang mengkritik raja ialah orang2 Pas hingga ada yang berbaring di jalan menghalang kenderaan raja muda ialah orang Pas, yang memaki hamun sultan adalah orang Pas...
wak sedih bila Pas sanggup memperagakan diri demi kepentingan politik orang lain..dimana pendirian yang sebenar pas..berceramah merata tempat ,bercakap mengenai kepentingan melayu islam tetapi pentas pas menjadi medan untuk DAP bercakap dan memaki pemimpin islam ..itukah yang dikatakan rakan Pakatan Rakyat yang dilihat boleh tidur sebantal dengan pas ...wak rasa kadanglaka tidur sebantal pun tapi mimpi lain-lain..itu hakikat yang perlu di renung oleh pas supaya soal-soal agama jangan dibiarkan oleh DAP bercakap sewenang-wenangnya..wak pernah mendengar ceramah pas di Alor Ibus yang mana ADUN Teja (Perak) menggunakan ayat-ayat Al Quran dan mentafsir kalimah Allah ..itu pun penyokong pas mengiakan tafsiran tersebut walaupun segala tafsiran yang di buat tidak tepat..jika ini pas sanggup biarkan dimana nilai harga diri pas untuk menegakan agama Allah ...sesungguhnya wak berpendapat pas perlu mencari haluan sendiri demi maruah ,harga diri dan jangan nanti pas dianggap parti yang tidak lagi releven untuk memperjuangkan maruah bangsa melayu,islam ..
wak:menanti masih adakah pemimpin pas yang berani kedepan sebagai pembela maruah islam dan melayu..

Tuesday, January 26, 2010

Program "Umno Juara Rakyat" Kedah: Holistik atau Retorik

Program "Umno Juara Rakyat" peringkat negeri Kedah akan dilancarkan pada pada 8 Feb ini. sudah semesti program ini diharap mampu melonjakkan kembali keyakinan rakyat terhadap umno/BN yang merudum selepas pilihanraya umum yang lalu.Apa yang penting, berapa banyak pun program yang dirancangkan oleh Umno mestilah dibuat secara holistik dan bukannya retorik semata-mata. Umno Kedah baru saja melancarkan wadah baru "ideologi" mereka iaitu "BN menang, Kedah Senang" tetapi apa yang dimuskilkan sejauh manakah program tersebut memberi impak kepada kebangkitan semula Umno di negeri Kedah. sebaik mana program sekalipun ianya tidak membawa apa-apa makna kepada massa sekiranya para pemimpin yang mengendalikan Umno Kedah tidak mempunyai keikhlasan dalam arah perjuangan mereka.
Apa yang dibimbangkan program juara rakyat yang akan dilancarkan ini kelak juga akan menerima nasib yang sama seperti program "BN Menang Kedah Senang". Umno Kedah perlu menggunakan peluang ini untuk menunjukkan kesungguhan mereka kepada rakyat negeri Kedah bahawa mereka telah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negeri dari tangan Pakatan Rakyat. jika tidak UMNO Kedah akan terus berada dalam saat yang sukar dan agak mustahil mereka dapat menawan semula hati rakyat. sikap lalai, abai dan cuai perlu di asingkan dari minda setiap pemimpin negeri dan menuding jari menyalahi orang lain tidak akan menyelesaikan masalah. sambil itu pemimpin negeri dan bahagian perlu berusaha keras sepanjang masa. sikap turun padang hanya apabila ada program baru dilancarkan menunjukkan para pemimpin umno negeri ketandusan idea dan kehilangan semangat serta arah tujuan yang kabur seperti kata bidalan orang yang berjaya " bertahun kemenyan disimpan tidak akan berasap jika tidak dibakar"
Selepas program "Umno Juara Rakyat" di lancarkan, penduduk negeri kedah akan melihat, memerhati dan menilai kemana hala tuju Umno Kedah... kita tunggu dan lihat.

Thursday, January 14, 2010

Kera di hutan disusukan anak dikendong mati kelaparan..!

Saya baru selesai bermesyuarat dengan Jab.Pembangunan Persekutuan,semua JKKKP di jemput ...perjumpaan itu lebih memfokos kepada isu prasarana kg,dan sebarang isu yang berbangkit dalam JKKKP Kg...saya rasa ini pertama kali di adakan saya ucap syabas kepada JPP khasnya bagi Parlimen Kuala Kedah..
Banyak isu yang di bangkitkan oleh JKKKP Kg yang antaranya berkisar kepada masalah dewan yang tidak sempurna,jalan dan benteng laut dan isu kupon subur..tetapi apa yang saya nak utarakan bukan isu tersebut sebaliknya isu yang melibatkan pendatang pati ..yang mana saya fikir harus diberi keutamaan kerana ia melibatkan ..
Pertama petempatan..kedua masalah ekonomi penduduk nelayan ..ketiga masalah sosial..saya berpendapat penghormatan MB kedah kepada petempatan Burma memperlihatkan bahawa mereka di beri sokongan moral..pada hakikatnya mereka banyak mendatangkan masalah kepada masyarakat Kuala Sala..
Tersiarnya dalam akhbar "Pendatang digempur"saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan membendung pendatang dari datang dengan tiada kad pengenalan tetapi di beri keutamaan menyebabkan ramai kecewa ..Apa pun langkah kerajaan mesti tegas dan dalam menangani isu pati tiada kompromi ,kedaulatan undang-undang mesti ditegakan sama isu yang melibatkan agama..
Saya cukup sedih dengan keluhan masyarakat Kuala Sala ...JKKKP say lihat masih tidak mendalami masalah ini kerana ia melibatkan persempadanan kawasan..apapun pihak penguatkuasaan perlu tegas dalam membenteras pendatang PATI..
Wak:Sedih melihat punca pendapatan diraih orang lain...

Thursday, January 7, 2010

Tarif Air? rakyat setujuka...!

Tahun 2009 telah melabuhkan tirai,banyak cerita -cerita di tahun 2009 menjadi perbualan masyarakat khasnya warga Kedah Sejahtera..Bagi kerajaan negeri tak banyak cerita yang kita mahu cakapkan kerana memang mereka tak buat apa pun..Masalah sampah cthnya kerana ketiadaan kontraktor punca sampah berlonggok di serata pelusuk terutama kawasan perumahan..Bila e-idaman di lantik sebagai syarikat yang menguruskan pungutan sampah maka isu tersebut dapat di redakan..begitu juga dengan pusat hiburan dan pusat perjudian haram tumbuh bagai cendawan ..bila kerajaan PR bertindak merobohkan pusat hiburan Bari-Bari di jalan kuala kedah ..maka isu tersebut reda buat sementara..
Wak melihat isu yg menjadi renungan masyarakat kedah ..ura-ura kerajaan negeri bercadang nak naikan tarif air ..Dengar kata MB telah memilih syarikat SADA (Syarikat Air Darul Aman )untuk memungut bayaran air di seluruh kedah.Bekas pegawai daerah Sik En Azmi Din dilantik sebagai pengarah urusan dan MB sendiri bertindak sebagai Pengerusi Sada.
Tarif air yang di cadangkan sebyk 0.40 sen.semeterpadu.Bagi wak apapun tindakan yg kerajaan negeri lakukan niat mestilah baik untuk sejahtera rakyat...jangan pula membebankan rakyat..apa yang wak dengar raky at masihmengeluhkerana ada di setengah daerah bekalan air terputus sebagaimana yang di laporkan oleh akhbar sinar harian di daerah kota setar ..
Pendekatan kerajaan PR harus mengambilkira rungutan rakyat ..paip yang bocor harus di perbetukan dan difahamkan di daerah kota setar masih lagi menggunakan paip yang dah lama dan usang ..Apakah ini dikatakan Rakyat Sejahtera..Kedah sejahtera bereti rakyat di beri keutamaan segala aspek kehidupan...jangan sampai memankan rakyat ..Jangan jadikan isu air sebagai benteng bagi melindungi kelemahan kerajaan PR...wak nak tahu apa jadi dengan isu penyelewengan balak di bukit kachi sintok...apa langkah PR apabila 3 pegawai Perhutanan di dakwa atas penyelewengan balak..apa sudah jadi dengan syarikat yang di tubuhkan di KL yang melibatkan orang kanan MB...semua ini perlu di rungkai...krn rakyat kedah sedar bahawa PR sudah ketandusan idea untuk menangani isu ini sebab ia melibatkan kroni MB...
Wak sedar bahawa PR bercakap berdekah-dekah bahawa BN dan Umno sengaja menutup isu kehilangan enjin pesawat F-5E dengan hanya mendakwa pegawai berpangkat rendah sahaja terlibat bkn pegawai atasan...wak pun nak tahu siapa yang bagi kelulusan pembangunan di tanah rezab melayu (TOL) yang membolehkan warga asing memilikinya..tanah pertanian tidak seharusnya di cagar atau di gadai semata-mata untuk memenuhi kedah sejahtera...
Bagi wak PR tidak seharusnya menuding jari kepada pihak lain semata-mata menegak benang basah kerana beban terpikul di bahu rakyat...cukuplah carilah pendekatan lain bagi pembangunan rakyat ..
Wak: nak tengok kot-kot tarif air kedah lebih rendah dari p pg.

Sunday, January 3, 2010

Jangan Konflikkan "ALLAH"sinonim dengan islam

Tahun 2009 telah pergi meninggalkan kita dan 2010 menggamit kita dengan menadahkan berbagai cerita ...Apa yang wak nak fokoskan pada lembaran 2010 adalah kisah yang harus umat islam ambil peranan dan menjadikan ia sebagai isu sejagat kepada umat islam seluruh dunia..
Kuasa ( power ) menjadi rebutan pada insan yang di namakan manusia..tetapi yang nak wak ketengahkan adalah kuasa Allah snw sudah di cemar kesuciannya dengan keputusan mahkamah meluluskan penggunaannya kepada sebuah majalah terbitan Herald the Catolic weekly iaitu sebuah majalah terbitan agama kristian..
Pada 7 Jan 09 KDN telah meluluskan penerbitan dengan syarat menggugurkan kalimat 'ALLAH 'dan menggunakan perkataan 'terhad' pada muka hadapan dan edaran hanya kepada ahli yang beragama kristian sahaja..Pada 16 Feb 09 ketua paderi katolik kuala lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan kes di mahkamah berhubung penggunaan 'Allah' ..Mahkamah Tinggi dalam keputusan telah mengenepikan tindakan KDN menghalang Herald the catolic weekly menggunakan perkataan 'Allah' dengan memberi kemenangan kepada mereka dan dengan keputusan tersebut akhbar mingguan tersebut boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam terbitan mereka..
Wak nak menarik perhatian dalam atikal 153 ..Majlis raja-raja dan Islam Agama Rasmi Persekutuan..Hal Ehwal Islam tidak boleh di cabar di Mahkamah..
Soalnya mengapa Hak berkaitan agama islam telah berani di cabar di mahkamah..kerana dalam perlembagaan persekutuan telah jelas bahawa Agama Islam adalah agama rasmi dan diletakan di satu tahap yang hanya majlis raja-raja saja yang berhak membuat keputusan sebagai ketua agama.. wahai orang islam mari lah kita bersatu ,bangun menentang sebarang tindakan pihak prejudis yang mahu mencampuri urusan berkaitan penggunaan kalimah 'ALLAH' dalam sebarang penerbitan kerana ia boleh memesongkan akidah umat islam khususnya jenerasi muda ..
Wak nak lihat mana perginya NGO's yang bercakap berdekah-dekah menentang yang mungkar dan menegakkan yang batil..Mana perginya pemimpin politik yang berlatarbelakang agama yang dalam untuk bersuara..katakan bahawa penggunaan kalimah 'ALLAH 'hanya kepada umat islam tidak kepada kristian..Lontarkan dalil-dalil yang menjurus kekuatan kalimah Allah kepada orang yang berpegang kepada agama islam agama Allah yang Esa.
Wak berpendapat tahun baru 2010 ini kita sama-sama rapatkan saf tak kira apa fahaman politik bahawasanya dalam soal hak sensetiviti umat islam jangan ada sesiapa berani menyentuh mahupun mencabar di mahkamah..Wak rasa pelik juga kerana mengapa soal agama, mereka boleh bawa ke mahkamah sedangkan dalam 'perlembagaan persekutuan sudah jelas Kepercayaan Kepada Tuhan..dalam ertikata semua bangsa di Malaysia di beri hak menganut agama masing -masing,maka agama lain boleh di anuti tetapi dalam kes berkaitan Islam kita ada Majlis Raja-Raja sebagai ketua Agama dan kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan dalam memikul tanggungjawap memperbetulkan akidah umat islam ...mengapa pula agama lain nak memandai mengubah bahawa kalimah 'Allah' mereka pun boleh menggunanakan..Dalam kitab injil wak banya ketemu perkataan " God " bereti tuhan dan tidak ada perkataan "Allah" digunakan ..
Wak berharap umat islam yang bergelar ulamak,bangun memperjelaskan bahawa sekiranya ini dibiarkan digunakan oleh Harald The Catolic Weelky dalam terbitan nya ..wak kuatir akan berlaku perkara yang tidak diingini..kerana soal agama bukan perkara yang boleh di permainkan...
Wak..masih menunggu ada lebih ramai badan NGO's tampil membantah atas keputusan mahkamah...