Monday, August 23, 2010

Kes Pembuangan Bayi..Siapa yang perlu dipersalahkan.! 'Ibubapakah..gurukah..masyarakatkah atau kerajaankah..?

Salam,agak lama wak tidak menulis ,ini ekoran wak pindah pejabat, dan tempat baru wak masih belum lengkap ,dengan kemudahan internet.Bagaimana pun wak melihat sejak akhir-akhir ini banyak isu panas dipapar di dada akhbar untuk tatapan umum.Apa yang menjadi perhatian wak untuk wak papar adalah isu pembuangan bayi yang saban hari berlaku.Seperti yang dilaporkan sehingga Julai 2010 sejumlah 75 kes pembuangan bayi telah dilaporkan dan daripada jumlah tersebut hanya 13 yang dapat diselamatkan ..melihat kepada perangkaan kes yang berlaku timbul di fikiran wak, kepada siapa yang patut disalahkan..adakah remaja yang terlanjur perlu di persalahkan?..ibubapakah.?.gurukah?pemimpin masyarakatkah?..atau kerajaankah yang patut di salahkan.

wak nak ceritalah sikit zaman wak dahulu..ibubapa beri penekanan yang mendalam kepada pendidikan agama,pengaruh media kurang,adap sopan dibentuk ,budaya menghormati orang lebih dewasa ditekankan..tetapi apa yang wak gambarkan itu tidak lagi relevan pada masa sekarang..pegangan agama di ketepikan..sikap hormat sudah tidak wujud lagi ..hubungan anak-anak dengan ibubapa sudah jauh...masing-masing sibuk dengan hal sendiri..tidak ada masa untuk meluangkan masa untuk anak-anak..meterial diletak dihadapan, melampaui batas agama..tidak hairanlah ada anak-anak yang tidak tahu hukum hakam agama..lelaki perempuan duduk serumah tampa ikatan..sumbang mahram berleluasa..bapa tidak kenal anak..subhanallah..Jauh di sudut hati wak..apalah kesalahan kepada bayi yang tak berdosa ,dibuang..
Melihat situasi yang nampak tidak terkawal,kerajaan dipersalahkan..sebenarnya semua pihak perlu di pertanggungjawabkan..

Wak lebih bersetuju dengan langkah Ketua Menteri Melaka,Dato'Seri Mohamad Ali Rustam ,Ketua Menteri Melaka, dengan memberi kelonggaran kepada remaja untuk berkahwin awal bagi mengelak dari terjebak ( zina) dan penyediaan sekolah , tempat remaja bermasalah.Ini lebih baik dari mengenakan tindakan undang-undang seperti hukuman mati kepada lelaki perempuan yang terlanjur dan atas tindakan mereka membuang bayi..

Bagi wak peranan media juga penting,dalam menyampaikan maklumat..dan sikap menjaga tepi kain orang perlu diwujudkan semula ,agar masalah remaja dapat dipantau..konsep kejiranan juga perlu dipraktikan semula dalam masyarakat terutama yang wak nampak penghuni di flet awam..taman-taman dan perumahan awam..sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan semula, Insyaallah gejala sosial,remaja berpeleseran,dan lain-lain dapat dikawal..JAKIM juga perlu memainkan peranan menyampai maklumat ilmu di media eletronik seperti TV, radio dan lain-lain media..dan pendekatan yang dibuat seharusnya menarik 'rambut dalam tepong ,rambut tidak putus,tepong juga tidak rosak'..wak bimbang sekiranya pendekatan secara rakus remaja akan hilang pertimbangan ,mereka perlu bimbingan sebagi langkah membentuk mereka kelandasan yang betul..
Wak doakan semoga kerajaan yang ada sekarang dapat melakukan tanggungjawab yang berkesan bagi menangani masalah pembuangan bayi ...dalam masa yang sama wak juga berpesan semua pihak perlu bekerja sama..masyarakat,warga pendidik,ibubapa,Ngos' ,media agar kita semua sama-sama bertanggungjawab memastikan masalah dan musibah tidak berlaku ..sama-sama kita doakan..