Monday, October 18, 2010

Mampukah SADA "Syarikat Air Dato' Azizan" Memberi Kesejahteraan Kepada Rakyat..

Apa dah jadi dengan SADA dan kerajaan Negeri Kedah,sudahla rintihan dan rayuan rakyat tidak dihiaukan,malah tindakan drastik SADA menjalankan operasi memaksa rakyat menjelaskan bil-bil tunggakan memperlihatkan bahawa Kerajaan Kedah sudah hilang pertimbangan untuk menerima suara rakyat .
Temubual dengan beberapa individu yang datang menjelaskan bil tunggakan ,melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan tindakan daripada SADA syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan bekalan air kedah.Sebelum memerintah Kedah, mereka berjanji akan mengkaji dan membuat penstrukturan semula sistem dan perkhidmatan.Wak cuba baca dan faham apa yang terkandong dalam manifesto Pas merujuk kepada "Pembangunan dan Keperluan kemudahan Asas" yang antara lain memuatkan beberapa pendekatan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua".

i.Memperbanyakan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.
ii.Memperbanyakan kemudahan asas untuk rakyat seperti jalanraya,bekalan air bersih dan sistem perparitan dan saliran.
iii.Memantau dan menyelenggara setiap kemudahan asas di negeri ini dengan lebih efisien.

iv.Menilai dan menyusun semula JBAK dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan mengkaji kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat.
v.Menambah semula rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden.
Wak nak tanyala..tindakan SADA memaksa dan membuka kaunter pungutan hasil air ini ..adakah langkah kerajaan Negeri bagi memenuhi tanggungjawabnya kepada Kesejahteraan Rakyat.Itu belum soal pembangunan yang mana wak mendapat banyak rungutan bahawasanya Kerajaan Negeri sehingga kini masih gagal memenuhi apa yang di janjikan kepada rakyat, untuk laksanakan pembangunan sebagaimana yang di sebut di fasa i,ii,iii dan ini jelas kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran PR ( Pas ) tak ubah seperti DAP yang pandai berkata-kata tetapi dalam masa yang sama merampas hak rakyat bagi memenuhi tuntutan mereka .Kata orang tua-tua 2 x 5 = 5 x 2.
Mengapa kita nak menuding jari kepada orang lain semata-mata nak perbetulkan tindakan kita.Sepatutnya kita perlu tegas dan keputusan yang di ambil kita perlu bertanggungjawab .Itulah kata-kata salah seorang lama kepada wak ..satu ketika dulu ..ketika kemuncak krisis air di Kedah.Kalau rumah kita bocor ,perlukah kita salahkan orang lain kerana rumah kita bocor..begitu juga dengan masalah yang berlaku sekarang perlukah kita menyalahkan pihak lain semata-mata nak menegakkan kebenaran tindakan kita ..itu sudah dianggap keterlaluan..siapa yang nak mengaku kalau buang air besar di tengah jalan..
Justeru itu wak melihat ,Kerajaan Kedah perlu mengambil pendekatan bahawa tindakan mereka sebenarnya untuk mengatasi kemelut kekangan kewangan Kerajaan Negeri yang perlu di suntik dan apa salahnya mereka memperbetulkan keadaan..menjelaskan kepada rakyat supaya bersabar bahawa tindakan mereka adalah tindakan yang tidak membebankan rakyat dan rakyat mungkin boleh pertimbang...kalau dahulu mereka terkenal dengan 'road show' seluruh pelusuk daerah ..berceramah menghentam kerajaan Umno BN kononnya tidak telus,dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat...sekarang mengapa mereka tidak lagi berbuat demikian..

Mampukah kerajaan Pas yang memerintah sekarang,mengembalikan kepercayaan rakyat dengan janji yang mereka telah buat ..Bagi wak barisan exco yang satu ketika gah dengan latarbelakang mereka dan berketerampilan dengan ilmu...mengapa sekarang tak berani bersuara...Rakyat bukan menilai kedudukan dan ijazah berjela-jela...tetapi kemampuan mereka memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat ...itu yang rakyat mahukan...Tepuk dada tanya mereka...Apa yang patut mereka lakukan...?
















Sunday, October 17, 2010

Hindraf pembela untuk siapa..?

Minggu ini wak nak sentuh ,sikap setengah-setengah rakyat Malaysia yang tidak mempunyai jati diri dan buta sejarah apabila membangkitkan sesuatu isu.Bagi mereka apa yang mereka lakukan bertujuan untuk memenuhi inspirasi dan impian .
Wak maksudkan adalah baru-baru ini satu kenyataan yang di buat oleh Waythamoorthy dalam Free Malaysia Today yang antara lain beliau cuba membangkitkan sentimen supaya rakyat membenci Institusi Raja-Raja Melayu.Dakwaanya bahawa Raja Johor mempertahankan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan agak kurang jelas.
"He ( Sultan Johor ) has tainted the doctrine of separation of powers and parliamentary democracy" kenyataan dalam Free Malaysia Today.
Bagi wakla sebagai rakyat Malaysia,beliau tidak sepatutnya mempertikai sesuatu yang telah dipersetujui oleh semua kaum di Malaysia lebih-lebih lagi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai pemimpin Hindraf yang telah di haramkan ,beliau patut sedar bahawa kenyataan yang dibuat telah mengguris hati ramai pihak.
Sebagai sebuah Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum ,beliau tidak seharusnya melahirkan suara hati dengan mengambil tindakan mengkritik soal-soal yang berkait dengan institusi raja-raja dan yang boleh membangkitkan sensitiviti kaum .
Jangan jadi boneka kepada mereka yang suka menimbulkan provokasi dan lebih lagi kepada sebuah parti yang dilihat masih lagi tidak konsisten dan yang tidak mempunyai halatuju.Wak rasa tindakan Waythamoorthy mungkin didalangi oleh pihak tertentu .Sedarlah peristiwa 13 mei 1969 perlu dijadikan ingatan bahawa perbalahan bukan sesuatu penyudah kepada segala keputusan kerana kita sekarang mempunyai misi menuju Negara Maju.
Kepada pemimpin berhaluan kiri ,janganlah kerana nak sesuatu jawatan penting maka maruah Negara di percacaikan untuk bahan santapan rakyat.Apa untungnya mereka berbuat demikian kerana rakyat akhirnya tahu juga bahawa mereka yang suka membangkitkan isu sensitif adalah mereka yang di katogari orang yang tamak kuasa,hipokrit,sombong dan pentingkan diri sendiri.
Wak rasa rakyat harus menilai pemimpin sedemikian tidak harus berada dalam saf kepimpinan bagi memperjuangkan nasib rakyat.Tak kira apa parti sekali pun.
Wak berharap jangan jadikan "nila setitik rosak susu sebelanga".Fikir-fikirkan...




Sunday, October 10, 2010

"Alu sama Alu belaga,ayam dogiang yang kenyang"...

Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pas ( PR ) masih lagi berdolak dalih mengenai isu kenaikan tarif air..Rakyat masih menanti ,sampai bila Kerajaan Negeri nak berdolak dalih..Bila kerajaan BN mendesak supaya kerajaan negeri menimbang kembali kenaikan tarif air,Dato' Azizan Abdul Razak melenting , mengeluarkan kenyataan ,mengugut akan membongkar segala maklumat kemungkaran yang dilakukan oleh BN..
Wak melihat kenyataan berupa ugutan,bukan persoalan isu yang perlu kerajaan Pas pertahankan ..Isunya tarif air yang dikenakan sebanyak 0.95 sen bagi 35 meterpadu dan 1.30 bagi peniaga membebankan pengguna..itu persoalannya mengapa Pas cuba mengalih perhatian rakyat yang memberontak, kepada kerajaan Umno BN terdahulu..
Dato'Ir Nawawi bekas Exco, yang dikatakan lebih maklum mengenai perkara tersebut tampil menempelak beliau dengan menyatakan bahawa beliau tidak berani berdepan dengan isu yang menjadi rungutan rakyat Kedah dan sengaja mengugut kerajaan terdahulu BN kononya akan mendedahkan semua kemelut yang berlaku kepada SPRM sekiranya ,isu ini masih lagi menjadi mainan politik Umno BN.

Tapi wak bukan nak menidakan perkara yang berlaku kerana kenaikan tarif air yang tinggi amat dirasai oleh rakyat.Kenaikan sebanyak 27 peratus bagi pengguna domestik ( rakyat )amat dirasai , terutama bagi rakyat berpendapatan rendah dan rata-rata adalah perduduk yang kerja harian mereka hanya sebagai petani dan nelayan, berapa kerat yang bekerja makan gaji dan bagi peniaga mereka tidak menghadapi masalah kerana mereka akan menaikan harga barangan dan impaknya kepada pengguna.
Bukan sahaja tekanan dari Kerajaan Negeri yang sengaja berdegil ,masih mempertahankan kenaikan tarif air adalah masih relevan tetapi bagaimana pula dengan tindakan drastik dari pihak SADA yang telah mengeluarkan arahan supaya rakyat menjelaskan seberapa segera bil air bagi mengelak tindakan menyita bekalan air.Ini wak rasa bukan lagi menjadi bebanan rakyat tetapi lebih kepada tindakan kejam dari pihak Kerajaan Negeri dengan memaksa rakyat menyegerakan pembayaran untuk mengelak dari tindakan,semata-mata bagi mengalih beban yang Kerajaan Negeri tanggung kepada rakyat .Ini jelas bahawa kerajaan Pas telah gagal melaksanakan apa yang mereka janjikan dam manifesto 'Kedah Sejahtera'.
Wak pernah di hampiri oleh seorang warga emas ,katanya beliau orang miskin ,tidak bekerja kerana kesihatan tidak mengizinkan ,nak harapkan anak,anak pun susah, bekerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang,bilangan anak ramai dan bekerja sebagai nelayan.Bagaimana nak bayar bil air dengan sepenuhnya nak makan pun tak cukup.Wak cukup sedih ,sebagai sebuah kerajaan yang perihatin dengan masalah rakyat tentunya rintihan dan masalah rakyat perlu di utamakan bukan menambah bebanan kepada rakyat.
Entahlah bagi wak ..Kerajaan di bawah pentadbiran Pas ( PR ) perlu menjelaskan sejauhmana janji mereka bagi memenuhi 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'..

Thursday, October 7, 2010

Masih relevankah "KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"..


Hari ini wak nak cerita bagaimana Pas Negeri Kedah merialisasikan isu didakwanya berpunca dari Umno,sedang hakikat Pas atau PR sudah tidak mampu lagi mengelak beberapa isu yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menanganinya.Tetapi mereka gagal.Pernah wak hadiri satu majlis di Kompleks Pas Kedah kononya untuk memanggil beberapa ADUN PKR yang didakwa tidak berapa setuju dengan pendekatan Kerajaan pimpinan Pas dan bertindak untuk keluar dari PR.Pada majlis tersebut wak juga menghadiri sessi sidang akhbar yang dihadiri oleh beberapa ADUN termasuk ADUN DAP Koata Darulaman,ADUN Bukit Selambau ,ADUN Kulim dan ADUN Sidam,dan dalam masa yang sama juga di hadiri oleh YB Pengerusi PKR Negeri En.Ahmad Kassim.
Bberapa pemimpin PKR telah dengan terangnya mendakwa bahawa mereka sebenarnya tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan Pendirian oleh Kerajaan Negeri lebih-lebih lagi dalam soal pembahagian kerusi dan pengagihan peruntukan dan pingat.Juga mereka mendakwa bahawa selama ini Pas tidak pernah mempertimbangkan apa yang di suarakan oleh beberapa exco PKR .Seolah-olah PKR di pinggirkandan didakwa tidak pernah ada disaf exco pimpinan Pas Kedah.Dengan demikian adalah lebih baik mereka keluar dari barisan kepimpinan Kerajaan Kedah.Difahamkan juga beberapa pertemuan yang di adakan tidak mendatangkan hasil sedangkan Pas war-war bahawa sebarang kemelut yang berlaku dalam PR mestilah di bawa berbincang .Tetapi jelas Pas hanya bersandiwara sahaja dan mengambil sikap meminggirkan pandangan exco dari PKR dan DAP .Pernah satu ketika dari sumber pejabat MB sendiri ada suara-suara yang mendakwa Pas tidak perlu tunduk dengan segala desakan dari PKR dan Dap kerana Pas menganggap mereka merupakan parti serpihan dan sekiranya mereka mengambil keputusan untuk keluar dari PR pun Pas masih lagi boleh memerintah Kedah.Pandangan ini sedikit sebanyak telah memberi implikasi besar kepada PR dan mereka dilihat begitu kecewa dengan apa yang di dakwa itu.
Bagi wak ia sesuatu yang bukan luar biasa kerana Pas Kedah pada hari ini sudah menggelabah dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat terutama janji-janji mereka semasa PRU 12 yang lalu.Wak boleh utarakan beberapa isu yang rakyat cukup marah dengan Kerajaan Pas hari ini seperti isu kenaikan tarif air.Beberapa bulan lalu seluruh Kedah mengalami masalah kekurangan air dan bekalan air yg di bekalkan juga mengalami pencemaran yang teruk ,air berwarna .Alasan mereka kerana kekanganbekalan air di ampangan di tiga buah mengalami kesusutan ,ini menyebabkan bekalan air terputus.Juga didakwa oleh Pas musim kemarau dan ini merupakan takdir ALLAH snw.
Tetapi apa yang rakyat dakwa bagaimana kerajaan boleh membekalkan air kepada dua negeri seperti P.Pinang dan Perlis seandainya 3 ampangan iaitu Ampangan Pedu,Ampangan Nami dan Sg Ahning Dam tiada air.Rakyat mahu Kerajaan Kedah perjelaskan apa motif sebenar ,ia ibarat 'kera di hutandisusukan anak dirumah mati kelaparan'.Rakyat P Pinang dan Perlis enak-enak mendapat bekalan yang cukup ,rakyat di Kedah menderita kekurangan air.Dalam manifesto Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua ,mereka menyatakan bahawa kerajaan akan menilai dan menyusun semula JBAK dengan tujuan "meningkatkan kualiti perkhidmatandan kecekapan dan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat."Semua janji -janji adalah palsu dusta,mereka ingat rakyat kedah boleh lupa dengan apa yang telah mereka janjikan sebelum mereka menang PRU12.

baru-baru ini Pas mengeluarkan satu kenyataan bahawa kerajaan berjaya meningkatkan peratusan 205 peratus hasil kerajaan negeri katanya hasil dari cukai yang dipungut dan hasil-hasil yang lain .Tetapi beliau tidak mendakwa bahawa sebenarnya mereka juga rakus menebang balak di beberapa daerah di Padang Terap,Sik sehingga menjejaskan punca air.Mereka cuba menyalahkan kerajaan sebelum ini BN kerana meluluskan kawasan penebangan balak sehingga menjejaskan kawasan tadahan air dan hutan simpan.Jika dakwaan mereka BN salah'mengapa mereka selama 3 tahun memerintah tidak mengambil tindakan mengawal kawasan pembalakan dan mengapa mereka masih meneruskan penebangan.Wak pernah mendekati penduduk di kawasan Sik salah satunya di kawasan DM Durian Burung,rakyat merintih dan amat mengharapkan kerajaan Pas tidak melakukan pencerobohan di kawasan tadahan air di Bukit Durian Burung kerana ia menjadi punca air bersih di seluruh penduduk disekitar kawasan tersebut.Pas tidak pernah mendengar rintihan dan rayuan dari rakyat sebaliknya mereka bertindak meluluskan kawasan penebangan lebih banyak lagi sehingga menjejaskan kawasan tadahan mengakibatkan punca air terjejas teruk.Inikah yang dikatakan 'Kedah Sejahtera'.
Wak..nak tahu sampai bila kerajaan PR nak menuding jari kepada orang lain..dan apa yang mereka dah buat selama 3 tahun mereka tadbir Kedah..dan wak nak tahu juag mengapa anak syarikat (GLC) Kedah mengalami difisit yang berkurangan...
Wak bukan apa..teringat kata perpatah mengetuk dulang paku serpih mengata orang mereka yang lebih...



Wednesday, October 6, 2010

Siapa 'Rasis' Perkasa atau ( PKR )

Sepanjang minggu ini kita disajikan pemanis yang cukup panas..kebiasaan wak bila waktu pagi akan menatap beberapa keratan akhbar yang memaparkan berita mengenai pembunuhan Datuk Sosilawati ,jutawan kosmatik yang mati dibunuh dengan kejam bersama tiga lagi rakan beliau..sedih dan pilu dan tergamak mereka melakukan, semata-mata untuk mendapatkan sesuatu...kita mengharapkan hukuman yang seadil-adilnya dijatuhi keatas mereka yang melakukan jenayah tersebut..
Tapi yang wak nak paparkan adalah berkaitan dengan pemilihan pemimpin PKR peringkat cabang dan sikap budak higusan yang cukup "celupar" Azmin Ali mencari publisiti muurahan semata-mata nak meraih sokongan .Cerita ini menenggelamkan buat sementara cerita pembunuhan Datuk Sosilawati..Wak sempat meninjau perkembangan beberapa mesyuarat pemilihan peringkat cabang PKR ..dan wak beranggapan parti PKR tidak lagi relevan sebagai perjuang nasib rakyat..Mengapa wak beranggapan sedemikian..Melihat kepada suasana pemilihan ..wak rasa umno sebuah parti tertua di Malaysia pun tidak pernah mendidik ahlinya menjadi kurang ajar dan tidak berdisiplin semasa pemilihan berjalan..jika berlaku perebutan jawatan , ahli akan menjalankan tanggungjawab dengan bijak, berdisiplin tampa berlaku kekecohan sehingga tercetus perkara seperti membaling kerusi meja dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah..
Wak juga hairan untuk meraih sokongan ,sanggup pemimpin yang dianggap berkeupayaan untuk diletak sebagai pemimpin ,melakukan perkara yang merendahkan bukan saja emej tetapi telah meletakan dirinya di satu hiraki paling bawah..menuding jari mendakwa Perkasa sebagai talibarut umno dan mengeluarkan kenyataan kepada seorang Tokoh Negarawan sebagai "pemimpin yang tersungkur "..dan bagi wak ia tidak langsung mencerminkan beliau sebagai pemimpin..benarlah kata orang PKR tidak mempunyai halatuju,dan sikap pemimpinnya berpolitik bagi memenuhi tuntutan dan impian peribadi saja..
Wahai pemimpin PKR ingatlah bahawa kamu dipilih sebagai pemimpin rakyat dan kamu perlu memikul tanggungjawab kamu untuk Bangsa dan Negara tetapi kamu juga kena ingat bahawa kita semua mempunyai agama yang menjadi pegangan hidup kita, bagi semua kaum dan bagi kamu sdr Azmin Ali ,bercakap biarlah beralas..jangan jadikan diri mu kuda tungangan ..dan menjadi lilin yang membakar dirimu untuk kepentingan orang lain..jika itu agenda kamu maka tunggulah ..bahawa kamu tidak akan kekal ..tunggulah akibatnya..wak akan menunggu ...
Wak melihat Pakatan Rakyat dibawah pentadbiran DS Azizan Abdul Razak menghadapi satu delima yang retak menanti belah..di Kedah selama hampir tiga tahun PR memerintah Kedah apa yang PR buat malah rakyat merintik ,menanti dan perubahan yang dijanjikan oleh PR untuk merubah Politik Kedah ke satu era yang mencerminkan lonjakan kemajuan sebagaimana dalam Manifesto "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"..hanya retorik .. habuk pun tidak ada..malah pembangunan pun tidak mampu dilaksanakan..sebaliknya yang wak nampak mereka pergunakan setiap ruang dan kesempatan yang ada untuk memperkukuhkan parti..wak juga di fahamkan 'Majlis Ketua Kampong' dikerah supaya menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapat sokongan sehingga urustadbir Jawatankuasa Masjid pun mereka akan pergunakan kesempatan sehingga berlaku perpecahan..kerana tidak setuju dengan beberapa pendekatan yang MKK kemukakan...Apa erti semua ini..Wak juga sempat berhubung dengan beberapa rakan melalui FB di seluruh Negara..meninjau perkembangan PR ..jawapannya sama PKR (PR) tidak seharusnya diletakan dalam satu kelompok Parti yang boleh dipertaruhkan untuk menjadi pembela dan memperjuangkan nasib Bangsa dan Negara .
Apa sebenarnya muslihat DSAI dengan sikap berdiam diri beliau apabila orang kanannya bersikap seperti anjing tersepit..Adakah untuk mengalih isu yang melanda dirinya (liwat) yang masih belum selesai atau untuk mencari populariti ...wak tunggu kenyataan DSAI ...

Wak bukan apa ,teringat kata-kata teman sekerja wak katanya..kalau nak jolok buah, biarlah buah yang kena ,jangan tersalah jolok sarang tebuan..nanti digigitnya..