Monday, November 22, 2010

Siapa Anwar kalau nak disamakan dengan Aung San Suu Kyi

Wak baru-baru ini terbaca satu kenyataan dari pemimpin Umum PKR ,DS Anwar Ibrahim ,bahawa pembebasan Aung San Suu Kyi perlu diiktiraf dunia dan beliau dilihat menyamakan pembebasan Suu Kyi dengan menarik perhatian dunia supaya melihat keadaan yang berlaku keatas diri beliau.
Menurut Rachel Motte dalam artikalnya New Ledger,DS Anwar Ibrahim ,beliau berpandangan DSAI tidak boleh menyamakan keadaaan yang menimpa Suu Kyi dengan beliau kerana Aung San Suu Kyi merupakan pejuang dan perjuangan beliau di iktiraf oleh antarabangsa ,dunia sendiri akui .Dunia bersimpati dengan nasib yang menimpa Suu Kyi kerana beliau orang yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga semata-mata untuk memulihkan demokrasi di Burma.Bagaimana kesudahanya beliau sendiri menerima nasib menderita di tahan bertahun-tahun dalam tahanan rumah.
Wak melihat keadaan DS Anwar berbeza sekali kerana beliau diberi kebebasan bersuara,berpolitik dan beliau di beri ruang untuk mendapat keadilan melalui proses kehakiman yang beliau sendiri boleh menerima.Beliau diberi peluang menghadapi perbicaraan dengan adil,diberi akses kepada media tempatan dan antarabangsa dan yang paling penting beliau diberi peluang untuk berpolitik.
Wak rasa adalah tidak adil untuk DS Anwar bertindak ,dengan menggunakan platfom pembebasan Aung San Suu Kyi sebagai menarik pengaruh dunia untuk bersimpati dengan situasi yang beliau alami.
Wak berpendapat Dato' Seri Anwar perlu,banyak melihat dalam diri sendiri, apakah selama ini demokrasi yang ada di Malaysia sudah tidak relevan lagi pada pandangan beliau.Jangan jadikan masa depan politik Negara hancur denga atas prinsip-prinsip yang diperjuangkan oleh beliau yang sia-sia.Terimalah dengan hati yang terbuka,lihatlah pandangan beberapa tokoh ,supaya beliau menerima situasi bahawa ,zaman telah berubah dan masanya juga telah berlalu.Jangan jadikan politik sempit beliau satu lonjakan kearah perpecahan rakyat.Jadikan point ,bahawa perpecahan yang berlaku dalam PKR memperlihatkan bahawa beliau sebenarnya gagal dalam menterjemahkan dan menjenamakan hala tuju perjuangan sebenar PKR dan wak rasa sudah sampai masa beliau perlu muhasabah diri menerima tranformasi kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Razak bagi menjenamakan Malaysia di mata Antarabangsa dan letakan reformasi yang dah tidak relevan lagi ,mencari pendekata memperbetulkan halatuju PKR supaya lebih jelas dalam lenskap politik Malaysia.

Sunday, November 21, 2010

Banjir..Oh..Banjir.Kedah gagal..tangani isu banjir dengan berkesan..


Sebagai umat Islam dan makluk Allah kita tak dapat lari dari Qada dan Qadar Allah s.n.w.

Namun apa yang boleh kita lakukan ialah bagaimana kita dan kerajaan negeri mengambil langkah menanganinya ,supaya dapat kita mengelak dari bencana tersebut ..


Wak sedih melihat mangsa-mangsa banjir..tidak ada apa yang boleh diselamatkan bila bencana tersebut melanda..wak sendiri 2 hari 2 malam terkandas di Jitra kerana tak dapat pulang kerana datang membantu keluarga wak di Bukit Tinggi dan Taman Darulaman..Alahai..sedih, hanya mampu melihat tetapi tak mampu membantu kerana air naik terlalu pantas.. Tetapi apa yang wak nak paparkan adalah ,sejauhmana rakyat mampu mengharungi keadaan tersebut dan bagaimana Kerajaan Negeri mengambil langkah menangani bencana banjir..
Wak melihat sejak berlaku bencana tersebut Kerajaan Negeri gagal melakukan langkah-langklah perlu bagi usaha membantu mangsa banjir..Rakyat kecewa ,ke mana pergi pimpinan kerajaan negeri ...apa langkah yang diambil untuk membantu mangsa banjir terutama kawasan Kubang Rotan,Anak Bukit ,Kubang pasu ,Padang Terap dll..saban hari rakyat merintih..pusat pemindahan yang diujudkan jauh ..usaha membantu pemindahan mangsa lambat..ada warga emas yang tidak mampu bergerak terpaksa mencari alternatif sendiri ..mengharapkan jiran dan masyarakat sekeliling membantu...ke mana pergi agensi kerajaan negeri yang di tubuhkan..
Wak bertemu dengan beberapa mangsa di DUN Anak Bukit ,mereka kecewa YB Amiruddin gagal membuka pusat pemindahan di pusat khidmat ADUN sedangkan pusat khidmat ADUN tersebut langsung tidak terjejas dengan banjir ..Apa dah jadi?..Tetapi paling mengecewakan bekalan makanan yang di sampaikan oleh JKM di sekat di pertengahan jalan ,kononnya mereka sebagai urusetia bertanggungjawab menguruskan agihan tersebut tetapi ,Mengapa orang merungut tak dapat makanan ..ke mana pergi bantuan tersebut di bawa...semua ini harus di jelaskan oleh Kerajaan Negeri..Wak sempat hadiri sidang DUN Kedah dan wak melihat rata-rata YB Pas mendakwa mereka bertungkus lumus dalam usaha membantu mangsa banjir..Kerajaan Negeri menyalurkan banyak peruntukan untuk bantu mangsa banjir ...tetapi persoalannya ,mengapa rakyat merintih?..Mengapa rakyat dakwa tidak nampak kalibat pimpinan Negeri..ini seharusnya dijelaskan oleh YB Pas ...kemana mereka pergi..Inilah masa untuk membantu rakyat ..bukan lari dari tanggungjawab..dan jangan hanya menumpukan kepada kelumpok tertentu..Wak sedih ,satu kejadian berlaku di pusat pemindahan Sek.Keb.Wan Mohd.Saman di mana berlaku pertikaian sehingga mencetuskan pergaduhan semata2 untuk mendapatkan Hak mengawal bekalan...sedang hakikat semasa pemindahan dibuat mereka langsung tidak ada ,tetapi apabila sudah beberapa hari berlalu mereka muncul seolah2 ,merekalah yang berusaha membantu..wak difahamkan orang Pas ni datang dengan keluarga yang langsung tidak terlibat dengan bencana banjir ..mereka bukan sahaja mengambil bekalan yang bukan hak mereka tetapi cuba menimbulkan kekacauan..Apakah yang nak cuba di ketengahkan oleh pimpinan Pas Kedah ,dakwaan bahawa mereka orang bersungguh-sungguh berusaha membantu mangsa banjir..Kita sedar musibah banjir bukan rencana manusia tetapi musibah dari Allah snw..tetapi dalam usaha untuk membantu mereka ,tidak perlu ada pihak mendabik dada mengatakan mereka sahaja yang membantu, orang lain tidak..dan jangan menyalahkan pihak kerajaan pusat untuk mencari publisiti ..yang pasti kalau betul kerajaan negeri dan jenteranya menjalankan usaha bersepadu untuk membantu mangsa banjir..sudah pasti DS Azizan Abdul Razak tak perlu melenting dalam menjawab soalan dari wartawan Samad majid ..


Tunjukkan imej Kerajaan Kedah ,dengan imej yang berteraskan Islam...tak perlu berdolak dalih..dan tak perlu cetuskan kemarahan..tugas wartawan melapor..dan tugas Kerajaan Negeri mencari kaedah untuk membantu mangsa banjir..Dalam Islam pun,Islam tidak pernah menyuruh umatnya menyalahkan orang lain semata-mata nak menegakkan kelemahan sendiri..Jelas Kerajaan Negeri GAGAL ..


Wak ..bangga dengan sikap beberapa jentera Umno ..terutama Pemuda,Puteri,Putera yang di ketuai oleh Dat' Azeez Rahim...


Tak kira apa fahaman politik..turun padang ..bantu..peluh keringat membasah tubuh..tak dihiraukan..yang pasti mangsa banjir harus dibantu..inilah masa kita perlu bersatu dalam erti kata Melayu dan Islam...Jangan ada sikap di kalangan pimpinan 'kera di hutan disusukan,anak dikendong mati kelaparan'..Yang penting Bangsa yang bermaruah adalah bangsa yang mendahulukan Agama,Bangsa dan Tanah Air..