Thursday, March 15, 2012

Azizan yakin PR kekal tadbir Kedah..Betoi ka?

Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan kepada media yakin Pakatan Rakyat mampu mengekalkan pemerintahan kedah pada PRU 13?
Keyakinan itu digambarkan berdasar kepada kononnya sokongan rakyat kian bertambah setelah kemelut Exco berjaya di selesaikan.
Bagaimana pula dengan kritikan yang dilemparkan kepada kepimpinan Kedah yang di lihat gagal memenuhi janji -janji yang ditaburkan pada PRU 12 (2008) ,adakah rakyat akan menutup mata?
Bagaimana pula dengan isu KUIN di Kuala Ketil yang pada anggapan MB adalah hasil perjuangan mereka sedangkan rakyat umum tahu ia adalah hasil dari kerajaan terdahulu Barsan Nasional.Begitu juga dengan isu projek gas di Yan dahulunya gah diperkatakan bahawa kerajaan akan menjadikan meneruskan projek tersebut bagi menjana ekonomi negeri Kedah.
Apa pula jawapan yang hendak diberi atas pendedahan penyelewengan dana kerajaan pusat sebanyak RM 154 juta ,untuk pembangunan Kedah.
Bagi PR semua yang dilakukan oleh kerajaan BN ,semuanya dianggap tidak betul..Habis mereka betul?
Wak.amat berterima kasih kepada kerajaan BN kerana mengotakan janjinya kepada rakyat berbanding PR yang manis dimulut sahaja..

Thursday, February 2, 2012

Pakatan Rakyat dalam dilemma...

Salam,

Sudah lama wak tidak up date dan rasanya banyak isu yang perlu dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat untuk renungan bersama.

Wak nak menarik perhatian isu yang berlaku di kedah.Konvensyen Pakatan Rakyat baru shj berlalu tetpi banyak perkara yang disentuh oleh perwakilan samaada dari parti Pas,PKR maupun DAP.Apa yang menariknya isu AUKU yang dibentang oleh wakil pelajar ,mendesak supaya sistem AUKU di mansuhkan.Bunyi menarik kerana ia dianggap menyekat kebebasan pelajar untuk bercakap.Berbeza dengan apa yang berlaku di Kedah ,apabila 5 pelajar KUIN di gantung pengajian kerana dianggap melanggar disiplin dan dijatuhi hukuman penggantungan .Penderian pemimpin kerajaan Kedah juga berbeza dengan pendirian yang disuarakan oleh pemimpin pelajar di Konvensyen PR yang di buat di Stadium Suka Menanti yang secara jelas mahu AUKU dimansuhkan terus oleh Kerajaan kerana dianggap sudah tiba masanya ianya dimansuhkan dianggap menyekat kebebasan bersuara .Pendirian Kedah ternyata tidak selari dengan pendangan PR dan ini membuatkan Presiden Pas Hadi Awang terhimpit samada mahu membela Ustaz Azizan atau bersetuju dengan pendirian PR.

Tekanan ini juga membuatkan beliau membuat kenyataan untuk tidak lagi mahu mengekalkan jawatan Presidan Pas .Kenyataan ini amat mengejudkan semua pihak terutama pemimpin kanan Pas .

tetapi penganalisa politik melihat ia ekoran tekanan yang hebat melanda Pas .Sebagaimana contoh pemecatan Dato'Dr Hasan Ali ,Pesuruhjaya Pas Selangor yang menjadi titik tolak ,bagaiman pendirian Pas selama ini.Dr Hasan Ali telah mendedahkan berbagai persoalan bagaimana beliau di desak untuk tutup mulut ekoran tindakan beliau merampas arak,dan mengarahkan jabatan agama Islam Selangor menyerbu Gereja Methodis kerana didakwa cuba mengkristiankan Orang Islam.

Bagi Azizan pula Kedah sebenarnya menghadapi dua situasi .Pertama Pergolakan antara Dato' Ir Phahrolrazi dengan Dato' Ir Amiruddin Hamzah,yang didakwa tidak sebulu ekoran beberapa pendekatan yang diambil tidak mendapat persetujuan beberapa pihak.Dan keadaan ini bertiap kencang apabila Kepimpinan Kedah ,jelas tidak mengambil langkah bijak dalam situasi kedah ditekan dengan masalah peruntukan pembangunan yang disediakan oleh pusat sebanyak RM 150 juta sebaliknya di disimpan dalam tabung dana .

Sikap pemimpin Pas yang gagal menyelesaikan beberapa isu berbangkit seperti tuntutan Dap berhubung kerusi Parlimen dan DUN juga punca Pas dan PR Kedah mula menuntuk haluan masing-masing.

Pas sebenarnya menghadapi dilemma berikutan keputusan Konvensyen PR ,secara jelas mahu kerajaan dibawah PR senada dalam melaksanakan cadangan 13 perkara dalam Buku Jingga tetapi pendirian Kedah mahu ia disesuaikan dengan keadaan semasa.Ini menunjukkan ianya tidak selari dengan persetujuan PR .Ini mungkin sedikit sebanyak membuat Hadi Awang mengubah pendirian untuk mengundur diri kerana takut di katakan mendapat tekanan dari PKR dan DAP.

Itulah politik Pas dan Pakatan Rakyat.

Wak nak lihat apa pendirian Exco Agama Selangor yang dipegang oleh Dato'Khalid Ibrahim...

terutama isu yang menyentuh hal agama dan hukum...bolehkah beliau hadapi desakan DAP ...