Sunday, February 28, 2010

"double standard' kes Ku Li.....?


masalah dalaman parti perlu diselesikan secara dalaman. kebiasaannya tindakan di ambil kepada ahli parti yang melanggar disiplin parti dibawa ke jawatankuasa disiplin parti. agak pelik apabila kes Tengku Razaleigh Hamzah telah dibawa berbincang dalam mesyuarat tertinggi BN tetapi tiada keputusan di ambil. yang agak peliknya juga apabila Umno akan meminta pandangan daripada ahli-ahli Umno terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas Ku Li..kebimbangan dari langkah ini ialah akan menghilangkan kredibiliti pucuk pimpinan dimata ahli akar umbi.. timbul juga persoalan megapa ada sikap 'double standard' untuk membawa ahli yang melanggar peraturan parti ke jawatankuasa disiplin parti. kes Ku Li akan membawa satu dimensi baru dalam budaya politik dalaman Umno sekiranya tingkah laku beliau yang secara terangan membelakangkan parti yang di anggotainya dibawa kepada ahli untuk memberi pandangan terlebih dahulu...soalnya dimanakah ketegasan pucuk pimpinan Umno? mungkinkah selepas ini semua keputusan untuk menghukum ahli parti yang melanggar peraturan dan etika parti, peringkat kepimpinan akan mengambil pandangan daripada ahli akar umbi terlebih dahulu.

Ku Li pernah keluar daripada Umno dan menubuhkan parti semangat 46 dan diterima kembali ke dalam umno. semasa mengetuai Semangat 46, parti tersebut bukanlah sebuah parti yang kukuh dan mampu mengancam Umno/BN. hanya pada pilihanraya 1990 sahaja semangat 46 berjaya kuasai kelantan, itupun dengan kerjasama Pas dan akhirnya semangat 46 berkbur..

Umno tidak pernah belajar dari penangan yang telah di lakukan oleh Ku Li..sehingga Ku Li merasa ia boleh melakukan apa sahaja kerana ia tidak akan menerima apa-apa hukuman dari Umno sendiri. sesuatu harus dilakukan secara tegas oleh pucuk pimpinan parti dalam kes Ku Li. kalau terpaksa digantung keahliannya atau di pecat dari parti,, lakukanlah kerana kita berpegang kepada semangat parti, disiplin serta peraturan yang kita gubal sendiri..menyerah kepada ahli untuk memberi pandangan mempunyai konotasi bahawa pucuk pimpinan tidak mempuyai kekuatan menghukum Ku Li. malah dikuathirkan bahawa sikap ini sedikit sebanyak akan menghakis kepercayaan ahli akar umbi kepada presiden dan ahli MT.

bagi Wak, kes Ku Li perl dibuat mengikut saluran yang digunakan sebelum ini...bukan secara luar biasa kerana ahli akan menuduh adanya pendakwaan terpilih dalam parti. jangan hanya kerana seorang Ku Li, umno terpaksa kehilangan beratus atau beribu ahli apabila mereka sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin yang gagal menangani Ku Li seorang.

wak: keadilan untuk semua..

Friday, February 26, 2010

Umno Bukan Penentu Jutawan

sudah banyak artikel “klise” yang dipaparkan seperti yang ditulis oleh Rosli Hashim yang dimuatkan dalam Sabahdaily.com, orang yang tidak berpuashati dengan Umno. mengapa harus ada perasaan iri dan dengki hati jika orang lain mendapat kekayaan melimpah ruah. banyak lagi jutawan yang ada di malaysia ini berjaya tanpa bergantung harap kepada sesebuah parti. mengapa harus menuding jari nmenyalahkan Umno kalau ada dikalangan orang Umno yang berjaya. ahli Umno ada 3 juta orang, berapa nisbah jika dibandingkan dengan yang jadi jutawan..terlalu sedikit..banyak lagi yang jadi jutawan di luar sana. malah ahli PAkatan Rakyat pun ada yang bertaraf jutawan..inilah jenis manusia yang hidupnya penuh dengan dengki khianat bila melihat bangsanya berjaya..mengapa tidak ada perasaan dengki bila bangsa lain boleh jadi jutawan??? kerana mereka bukan melayu..
rakan saya dikalangan kontraktor banyak yang berjaya mendapat projek kerajaan walaupun mereka bukan ahli Umno malah menyokong pembangkang secara terangan. kerana apa? kerana mereka berusaha mendapatnya. rakan saya ahli Pas ‘tuli’ (yang setiap kali pilihanraya umum akan menghamburkan wang di kawasannya untuk membantu calon Pas)yang mempunyai syarikat penerbitan menguasai penerbitan di Universiti Malaya kerana pertolongan dari menteri Umno. sekarang dah jadi jutawan. seorang lagi rakan saya seorang ‘developer’ yang bertaraf jutawan telah mendapat projek untuk membangunkan perumahan tentera dan dalam masa yang sama mendapat projek dari kerajaan negeri kedah sedang beliau adalah ahli majlis bandaran yang dilantik oleh kerajaan pakatan rakyat kedah. maknanya beliau adalah seorang ahli Pas tetapi mendapat projek perumahan tentera. ini semua kerana usaha mereka..dan kita berbangga kerana kejayaan mereka walaupun mereka ahli Pas dan saya Umno. tidak ada sedkit pun rasa iri hati..banyak juga pemimpin dan ahli Umno yang hidup secara sederhana berbanding dengan rakan-rakan mereka dikalangan ahli pembangkang yang berjaya mendapat projek kerajaan tetapi mereka tidak berasa iri hati seperti Sdr Roslli Hashim.
Wak: sdr Rosli Hashim perlu bermuhasabah diri dengan berusaha untuk berjaya. persetankan kita ahli Umno atau bukan, kalau berusaha pasti berjaya…

Thursday, February 25, 2010

Sinergi politik angsa ?


menurut ahli falsafah perancis Baron de Montesqueue, politik sesuatu yang hidup, sentiasa berkembang, ianya tidak statik. politik di malaysia berkembang pada jajaran mengikut rentak pelakunya. ianya tidak konsisten. disesetengah negara pelaku politik mencipta isu dan mereka mempertahankan isu mereka dengan apa cara sekali pun tapi di negara ini pelaku mengikut apa isu yang timbul dan mereka mengambil isu tersebut untuk menaikkan nama mereka. mereka menjuarai isu tersebut untuk mendapat ‘political mileage’ bagi diri sendiri. mereka mengambil keuntungan dan ketentuan kehebatan mereka terserlah apabila isu yang diperjuangkan menjadi perhatian ramai.Guan Eng dan Mahfuz antara segelintir yang sanggup masuk penjara kerana perjuangkan isu yang bukan mereka cipta tapi mereka mengambil isu tersebut untuk mereka. inilah politik malaysia..
dalam politik pendirian adalah subjektif, mengikut keadaan dan tidak konsisten. ia boleh menaik, menurun atau tidak ada sama sekali. kematangan perjuangan politik mereka masih pada tahap minimal, ada yang seperti itik angsa malah ada yang seperti kura-kura, mengeluarkan kepala pada masa tertentu dam memasukkan semula kepala bila keadaan boleh memudaratkan diri.
Sedutan daripada komen wak :apa relevennya politik malaysia kini...

Friday, February 19, 2010

sinergi baru politik kepartian

"...zulkifli nordin membuat laporan polis terhadap khalid samad, guan eng bertelagah dengan zahrain hashim, Ku Li berucap atas pentas pembangkang di kelantan (walaupun dakwanya anjuran NGO's), Tun M tenggelam timbul sokong Umno,....."
itu hanya beberapa rentetan peristiwa yang berlaku dalam kancah politik dalam negara sekarang. semua peristiwa itu tidak banyak di paparkan atau mungkin tidak ada gelagat dari pelaku politik sebelum ini. sukar untuk dibuat kesimpulan, malah sukar juga untuk membaca sinergi yang berlaku..dari satu sudut, apakah ini politik baru ala malaysia.. malah lebih parah lagi bila melihat situasi begini untuk dikaitkan dengan sebarang teori politik yang ada.wak terfikir, sukar rasanya masyarakat membuat tafsiran apa sebenarnya yang berlaku ke atas politik negara..semuanya menjadi kacau bilau, haru biru dan tonggang langgang....apa yang menakutkan wak juga ialah sinergi ini akan membuat masyarakat menjadi semakin tidak faham dengan politik...buntu, tak habis fikir, fikiran berkecamuk...melihat rentetan peristiwa yang berlaku ini..
apa yang lebih menakutkan wak juga ialah sinergi yang berlaku ini membuat masyarakat semakin muak dan sukar menyokong mana-mana parti politik...mereka "give up"..bercelaru..dan akhirnya yang ada dalam kancah politik negara aktor-aktor politik yang terus-terusan bercakaran sesama sendiri....FIKIR-FIKIRKAN LAH...