Saturday, January 22, 2011

Jampi serakah Pas ,pertahan Kerajaan PR Kedah..?

Minggu ini ,wak agak sibut sikit dan dikesempatan ini wak nak paparkan beberapa info buat rakyat,bahawa Pas dan Kerajaan PR begitu bimbang dengan gelombang kebangkitan rakyat dan penerimaan rakyat terhadap beberapa perubahan besar yang dilakukan oleh kerajaan BN kepada rakyat.Dengan demikian Pas mengadakan beberapa program besar di Kedah bertujuan untuk menyekat dan memberi pendedahan akan tindakan BN adalah bersifat politik.

Antara program yang di buat oleh PR adalah membawa pemimpin besar mereka DSAI ,ketua pembangkang yang di gantung pada Dewan Rakyat yang lalu ,penuh dengan kontroversi ke Stadium Suka Menanti,bagi memperjelaskan beberapa isu penting,yang pada pemerhatian wak,pemimpin Negeri tidak mampu untuk menjawabnya.

Beberapa pemimpin Pas dan PKR berucap ,antara isu yang diutarakan ialah sikap dan peranan media yang dianggap berat sebelah dalam melaporkan sesuatu isu.Sebagai contoh isu banjir dan isu air.

Bagi wak ,PR Kedah begitu terdesak,dan beranggapan PRU 13 sudah dekat dan mereka perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa semasa kerajaan negeri memerintah Kedah tidak berlaku sedikitpun penyelewengan dan rasuah.Wak nak tanya,jika sekiranya tidak berlaku sebagaimana yang diutarakan ,bagaimana anak syarikat Kerajaan ,Kedah Sato mengalami kerugian dan Pengerusinya Dato'Mahfus Omar ,mengambil keputusan meletak jawatan,ekoran rasa tak puas hati cara agihan kontrak dan campurtangan pegawai khas kepada YAB MB dalam urusan agihan kontrak.Ini diakui sendiri oleh Dato'Mahfus...

Satu lagi kes ,mengapa dana yang diperuntukan oleh kerajaan pusat kepada Bandaraya Alor Setar (MBAS ) sering tidak mencukupi,sehingga kerajaan pusat terpaksa menampung perbelanjaan tambahan kepada MBAS untuk membayar segala tunggakan kepada E idaman,syarikat yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan sampah di Kedah.Pas perjelas bahawa mereka untung RM 53 juta hasil negeri berbanding sebelumnya RM 8 juta, tetapi bagaimana dengan jalan kg yang rosak sudahkah diperbaiki,rakyat masih menagih sehingga kini,yang mereka tahu skim kafalah RM 500/= kepada warga miskin yang berpendapatan bawah RM 750.00 ,layak menerima tetapi wak pernah tanya salah seorang penerima skim kafalah di satu majlis di Alor Ibus,katanya nak dapatkan duit ni pun tunggu 2 tahun.Apa sebab,katanya banyak sangat birokrasi berlaku kononnya kita orang umno tak layak,kena daftar dengan e sinar dan perlu kepastian dari MKK bahawa adakah kita betul-betul layak..Apa semua ini ,bukannya besar mana pun wang RM 500/= sehingga terpaksa tunggu sehingga dua tahun.Ini jelas bahawa skim yang mereka anjurkan ini ,bukan untuk rakyat tetapi untuk penyokong mereka sahaja.Dimana keadilan yang diwar-war oleh Pemimpin Pas dan PR sebagai 'Negara berkebajikan'.

Wak sedih dulu Pas pernah berkata'Kita akan berlaku adil kepada rakyat,tidak ada diskriminasi' tetapi dalam ceramah mereka di Taman Bersatu baru-baru lalu,mereka mendakwa bahawa Bangunan umno yang dibina semasa BN memerintah,adalah bangunan orang ramai,dan mereka pergunakan dewan tersebut untuk berceramah dan mereka mengeluarkan kata-kata kesat keatas umno,dan rela membiarkan DAP Cheng Lik Kang ADUN Teja ,menjadi ustaz dengan mengulas beberapa ayat Al Quran yang tidak tepat.Apa tidak ada lagikah ulamak Pas yang nak ditonjolkan sehingga membawa ulamak DAP untuk bercakap tentang Islam.

Pandangan wak ,pada hari ini Pas PKR dan DAP,tidak seharusnya duduk dalam satu bumbung kerana ,jelas Pas perjuangannya berdasarkan perinsip Islam sedangkan dua Parti lagi tidak jelas dan mereka dilihat membawa perjuangan mereka berteraskan sikap dendam dan ingin menjadikan Negara ,ini dalam keadaan yang tidak stabil.Mereka mahu dasar DEB tidak diteruskan,Hak kesamarataan di peraktikkan,Isu pendidikan juga perlu diseimbangkan,Kedaulatan Raja-Raja Melayu di perkotak katikan,Undang-undang disanggah.Apakah hasilnya yang rakyat terima ,jika mereka memerintah dan inikah yang nak di bawa oleh PR .

Lihatlah sekarang kemana perlu di bawa para Belia.Sebagai negara yang bermaruah kerajaan sekarang tidak pernah meminggirkan golongan ini yang rata-rata kita semua maklum bahawa pada hari ini ,orang melayu masih lagi tercorot dibawah dan perlukan pembelaan.Kerajaan sekarang telah mengambil beberapa pendekatan untuk melakukan perubahan.Kerajaan telah memperuntukan gran RM 20 juta untuk pembangunan Belia.RM I.6 bilion diperuntukkan kepada peneroka yang mana PR mengatakan Felda akan bengkrap.

Wak bukan apa,biarlah kita beradap dalam melakukan sesuatu kerja dan biarlah rakyat menilai tetapi sikap memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat,bukan disuruh oleh Allah snw.