Sunday, May 23, 2010

DUN Kedah Bubar...?


Semalam wak berkesempatan hadir di satu rapat umum di Markas Pas Batu 9,bukan apa nak lihat desas desus 4 ADUN yang di dakwa akan melompat parti..antara yang di sebut-sebut ADUN Sidam,Bukit Selambau,Kulim dan Kota Darul Aman.
Keempat-empat ADUN tersebut dijemput hadir,bagi menyatakan pendirian masing-masing...dalam ucaptama ADUN Sidam beliau mendakwa menerima banyak sms dari media dan pihak tertentu bagi menjawab spekulasi tersebut..beliau menegaskan bahawa PR masih relevan lagi dan beliau tetap bersama kepimpinan kerajaan negeri..dan jangan lagi ada pihak tertentu menganggu beliau menghantar sms..
Bagi ADUN Bukit Selambau,S Manikumar yang begitu petah berbahasa melayu turut menjelaskan pendirian yang sama ,akan bersama dengan kepimpinan YAB Ustaz Azizan Abdul Razak..namun beliau tidak menafikan berlaku perselisihan pendapat,tetapi tidaklah sampai membuat keputusan untuk melompat parti..dalam PR bila berlaku perselisihan pendapat,rasa tak puas hati, beliau mengambil keputusan berdepan dengan MB menyatakan apa yang berlaku dan perbincangan secara kolektif adalah pendekatan terbaik merungkai kemelut yang didakwa melanda PR dan ADUN PKR.
Bg ADUN Kulim Bandar Bahru ..wak nampak kenyataanya amat keras ,kerana beliau terus terang menyatakan rasa tidak puas hati 4 ADUN dan menganggap mereka disisihkan dan tidak diperlukan..beliau juga mendakwa rasa tidak puas hati kepada kepimpinan PKR Negeri ..beliau mendakwa ada 2 faktor pergolakan dalaman berlaku antaranya berlaku konsprasi dalaman bagi menjatuhkan PKR dan kedua berlaku kebocoran maklumat palsu dari orang dalam sendiri..yang mana pada andaian beliau boleh melumpuhkan PKR dan PR ..tindakan beliau mendedahkan isu dalam membuatkan beberapa pimpinan PKR dan PR tak senang duduk..pada mereka tidak sepatutnya kenyataan terbuka tersebut di keluarkan pada majlis sebegini...
ADUN Kota Darul Aman juga menyatakan pendirian yang sama tidak akan mengambil tindakan lompat parti ..beliau melihat bahawa spekulasi tersebut dibuat oleh BN/umno yang tidak faham bahawa mereka sebenarnya pembangkang dan perlu banyak belajar dari Pas dan PR sebagai pembangkang..beliau juga melihat bahawa BN/umno tidak mahu menerima realiti bahawa kerajaan negeri sekarang di perintah oleh PR.
Wak tertarik dengan ungkapan dan tpandangan bahawa semua spekulasi tersebut datangnya dari BN/umno..PR ada bukti ka ? melemparkan dakwaan sedemikian..samalah mereka melihat kes yang berlaku kepada ketua umum DSAI dalam kes liwatnya..semua tuduhan di letak dibawah angkara BN/umno..dimana perginya asas, pegangan yang di dakwa berlandaskan Islam..sebagai sebuah parti yang berpaksikan sifat keislaman kenyataan tuduhan yang tidak berasas boleh di anggap memfitnah dan dalam islam hukum fitnah amat dilaknat oleh ALLAH snw..
bagi wak kenyataan 3ADUN PKR sudah di jangka..tetapi wak heran bagaimana mereka boleh di pilih sebagai pemimpin?.. sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang mereka cakap..wak pun tak faham ..cakap melayu pun berbelit-belit bagaimana nak memberi penjelasan kepada rakyat bahawa mereka dilandasan yang betul berjuang untuk rakyat..wak selut dengan S Manikumar beliau faham dan sebagai orang yang diberi amanah beliau boleh menggalas tanggungjawab..tapi wak rasa kenyataan Manikumar juga terdesak..kerana beliau masih berselindung pendirian sebenar ,akan ketidak puasan hati terhadap kepimpinan negeri..
bagi wak PR memang sudah terdesak ...dan kebimbangan ini di suarakan di pentas bagi memastikan kekuatan,PR masih relevan .. hanya isu pokok sahaja yang di jawab tetapi bagaimana isu yang melibatkan ketidak telusan dalam membuat keputusan terutama dalam majlis kerajaan tempatan walaupun sanggup menggadaikan kepentingan bangsa sendiri...itulah PR !!!!! gajah diseberang laut nampak kuman di depan mata tidak nampak...bagaimana nasib orang melayu di P.Pg..apa yang DAP buat...???

Wednesday, May 19, 2010

Betul kah Pas parti Islamik...?

ekoran kerajaan membenarkan pertaruhan sempena bolasepak piala dunia ,di afrika selatan pada bulan jun nanti ..banyak reaksi pendapat kedengaran baik individu,persatuan NGOs' dan parti PR..
wak terbaca komen yang di lemparkan bahawa kerajaan tidak peka dengan hukum yang mengharamkan unsur-unsur perjudian dan mereka menganggap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian kepada Berjaya Group. (Vinsent Tan) adalah tindakan menghalalkan yang haram..pandangan wak penjudi ni dia orang bukan kira halal haram.kerajaan menyekat supaya tidak boleh adakan perjudian ,mereka akan buat juga..sebagai negara majmuk dan berbilang kaum kita patut melihat dari sudut pandangan kaum-kaum lain yang mana budaya mereka sedemikian, kita benarkan tetapi dalam bentuk kawalan dan pemantauan supaya orang islam tidak ikut sama..Tetapi yang peliknya wak heran bin ajaib mengapa pemimpin pas suka melihat tepi kain orang sedang tepi kain sendiri tidak terlihat..
wak melihat di kedah sendiri sejak pas ambil alih kerajaan negeri bukan nak kata kurang, pusat perjudian,bertambah lagi ada , begitu juga dengan pusat hiburan yang dalamnya ada bermacam-macam arak ,dari yang ringan sehingga yang berat..pas tak nampak ka.siapa yang beri kelulusan lesen ekor,siapa yang lulus lesen rumah tumpangan,siapa yang lulus lesen pusat hiburan ..kalau ini di jadikan ukuran jelas pas mengatuk dulang paku serpih ,mengata orang ....?
wak :pernah lihat dikedai kopi siapa menang kena belanja kopi..apa pulak pas nak kata.. halal ka haram...?

Sunday, May 16, 2010

PR perlu petunjuk...?

akhir-akhir ini kita melihat perkembangan politik kedah begitu panas di perkatakan oleh segenap lapisan masyarakat baik penyokong PR maupun Umno BN..yang pasti sinergi ini terus mewarnai rencah politik khasnya kepada negara..bagi wak situasi ini mendambarkan bahawa PR begitu resah dan seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri..
Isu lompat parti bukan perkara baru ,ianya sudah menjadi trend bagi AP maupun DUN dalam PR ..yang terbaru Soo Keong PKR wangsa maju keluar parti istihat menjadi calon bebas..apa sebenar motif beliau berbuat demikian..bagi wak mudah saja tak lain kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan yang di lihat sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan PR..cuba kita lihat sebelum ini dengan kekalahan 5 negeri kepada PR kedah,p.pinang,selangor ,kelantan dan perak..isu yang di ketengahkan adalah reformasi dan asas perjuangan yang jelas
membawa perubahan rakyat kepada keadilan yang mutlak..bagi PR itu asas perjuangan yang cuba di tonjolkan oleh mereka..tetapi asas tersebut telah berubah apabila PR telah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam PRK baik di Bagan Pinang,Hulu Selangor dan lanskap ini telah merubah asas dan perjuangan sebenar PR..maka dengan ini pimpinan peringkat AP dan DUN tercari-cari kemana arah sebenar perjuangan yang hendak di tonjolkan..apakah reform PKR berlandaskan perjuangan kepada pimpinan peringkat tertinggi parti atau untuk pembelaan kepada rakyat..ini menjadi tandatanya..?????
bagi wak mudah saja sekarang kekangan terhadap PR dan khas kepada PKR,Pas dan Dap sebenarnya perjuangan mereka berbeza ideologi dan kita melihat Pas mahu jadikan negara ini di perintah berlandaskan Islam,Dap terang-terang menolak pendekatan yang di ambil oleh Pas dan PKR masih tercari-cari rentak sekejab reformasi dan berbagai lagi agenda di ketengahkan dan akhirnya mereka sendiri tidak pasti apakah agenda yang mereka perjuangkan untuk membawa perubahan kepada rakyat atau membawa perubahan kepada seoranmg pimpinan yang di lingkari dengan pelbagai skandal dan situasi ini supaya rakyat tenggelam dengan apa sebenarnya yang harus di titik beratkan bagi memastikan PR teguh dan pembela rakyat...persoalan ini sukar diterjemahkan oleh mana-mana pimpinan PR kerana mereka sedar ianya hanya boleh di warnai oleh BN/Umno bukan PR.
Kita bimbang cetusan minda rakyat perlu di terjemahkan supaya rakyat betul-betul memahami apa erti kebebasan,kesejahteraan..jangan jadi seperti politik di Thailand ,hancur musnah akibat terlampau taksuk dengan perjuangan pemimpin yang tamak dan tidak menghagai asas-asas kebebasan dan keamanan..adakah kita mahu melihat perkara sedemikian berlaku di Malaysia..wak berharap negera kita tidak akan berlaku sepertimana Thailand ...jangan ulangi lagi peristiwa 13 mei ,kerana banyak masa kita habiskan untuk memulih kembali kedaulatan negara...