Saturday, July 4, 2009

apa disebalik cadangan wacana pemuda Pas

Sejuk hati wak bila lihat gambar ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nashruddin Hasan Tantawi bersalam dengan Naib Ketua pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dalam akhbar baru-baru ini. Ketua Pemuda Pas itu jumpa Datuk Razali untuk jemput nak buat wacana dengan pemuda Umno..bagi wak ini satu idea yang baik dan tajuknya juga mengikut wak agak sensasi sikit iaitu "Benarkah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam" wacana ini akan dikupas secara ilmiah oleh kedua-dua pihak. maknanya akan ada huraian yang merujuk kepada buku-buku, pendapat tokoh-tokoh serta di selang selikan dengan teori-teori oleh kedua-dua pihak. perkara yang membingungkan wak ialah mengapa tajuk ini diberikan oleh pemuda Pas? jika Pas benar-benar ikhlas untuk merungkai apa yang terkusut difikiran mereka, sebenarnya sejak dulu lagi PAS melaungkan slogan yang bukan-bukan kepada Umno.. apa hak Pas untuk menetapkan tajuk yang seperti ingin menjerat leher Umno, walaupun sememangnya Umno sejak dulu lagi memperjuangkan Islam di negara ini. . mengapa persetujuan tajuk tidak dibawa dalam perbicangan oleh sekretariat yang bakal ditubuhkan nanti.. bila pemuda Pas menetapkan tajuk yang sebegitu rupa bererti dalam akal fikiran pemuda Pas serta ahli Pas keseluruhannya menganggap UMNO tidak perjuang Islam. bila agaknya orang-orang PAS hendak mengubah persepsi mereka bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam..wak sendiri pun tidak tahu.
wak boleh terima jika wacana ini diadakan hanya untuk bercambah fikiran, menukar-nukar pandangan serta mencari titik pertemuan ke arah kesepaduan daripada untuk berbincang tentang arah tuju perjuangan parti lain. bagaimana kalau tajuk itu ditukar kepada " PAS telah jauh terpesong dari konsep memperjuangkan Islam apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR" atau tajuk berikut "benarkah Pas telah menuju ke arah parti sekular apabila menyertai Pakatan Rakyat"
apabila PAS membawa tajuk itu untuk diwacanakan bermakna hanya perbincangan berkaitan dengan Umno sahaja yang menjadi fokus perbincangan. apakah akan rela ahli Umno melihat partinya menjadi fokus perbincangan suatu tajuk yang sudah semestinya tidak benar sama sekali.
mengapa Pemuda PAS tidak membawa tajuk "siapa yang memperjuangkan Islam di negara ini, PAS atau Umno" tajuk ini agak terbuka dan boleh diperbincangkan secara timbal balas antara panel PAS dan Umno. begitu juga dengan cadangan pemuda Pas yang wacana ini mesti di buka untuk tontonan umum...wak percaya pemuda Umno bukanlah takut untuk berwacana dengan Pas tetapi kadang-kadang niat untuk berwacana oleh Pas juga perlu diambilkira oleh pemuda Umno..
Wak percaya, secara realistiknya wacana ilmu cadangan Pas ini tidak membawa apa-apa makna besar kepada kedua-dua pihak dan ianya juga tidak banyak mengubah asas perjuangan parti yang didokong selama ini. tajuk yang diberi juga bukan tajuk yang sesuai untuk mengadakan wacana. tajuk seperti itu hanya sesuai untuk dibawa masuk dalam debat atau pun pertandingan perbahasan. pemuda Pas perlu memahami makna wacana yang sebenarnya sebelum mengadakan majlis ini. memang, wacana sesuai untuk dibuat dalam bentuk majlis ilmu dan melalui wacana kita berbincang, bertukar pandangan, mengkaji, meneliti dan melahirkan pandangan yang bernas serta membina. bagi wak tajuk yang sesuai dengan majlis yang dipanggil wacana ini ialah "Wacana Minda Budaya Melayu: memantapkan politik umat Islam dalam dunia kontemporari".

wak: niat selalunya tidak disertai dengan tindakan tetapi tindakan disertai dengan niat. pemuda Umno perlu berhati-hati disebalik niat pemuda Pas ini....

No comments:

Post a Comment