Monday, November 22, 2010

Siapa Anwar kalau nak disamakan dengan Aung San Suu Kyi

Wak baru-baru ini terbaca satu kenyataan dari pemimpin Umum PKR ,DS Anwar Ibrahim ,bahawa pembebasan Aung San Suu Kyi perlu diiktiraf dunia dan beliau dilihat menyamakan pembebasan Suu Kyi dengan menarik perhatian dunia supaya melihat keadaan yang berlaku keatas diri beliau.
Menurut Rachel Motte dalam artikalnya New Ledger,DS Anwar Ibrahim ,beliau berpandangan DSAI tidak boleh menyamakan keadaaan yang menimpa Suu Kyi dengan beliau kerana Aung San Suu Kyi merupakan pejuang dan perjuangan beliau di iktiraf oleh antarabangsa ,dunia sendiri akui .Dunia bersimpati dengan nasib yang menimpa Suu Kyi kerana beliau orang yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga semata-mata untuk memulihkan demokrasi di Burma.Bagaimana kesudahanya beliau sendiri menerima nasib menderita di tahan bertahun-tahun dalam tahanan rumah.
Wak melihat keadaan DS Anwar berbeza sekali kerana beliau diberi kebebasan bersuara,berpolitik dan beliau di beri ruang untuk mendapat keadilan melalui proses kehakiman yang beliau sendiri boleh menerima.Beliau diberi peluang menghadapi perbicaraan dengan adil,diberi akses kepada media tempatan dan antarabangsa dan yang paling penting beliau diberi peluang untuk berpolitik.
Wak rasa adalah tidak adil untuk DS Anwar bertindak ,dengan menggunakan platfom pembebasan Aung San Suu Kyi sebagai menarik pengaruh dunia untuk bersimpati dengan situasi yang beliau alami.
Wak berpendapat Dato' Seri Anwar perlu,banyak melihat dalam diri sendiri, apakah selama ini demokrasi yang ada di Malaysia sudah tidak relevan lagi pada pandangan beliau.Jangan jadikan masa depan politik Negara hancur denga atas prinsip-prinsip yang diperjuangkan oleh beliau yang sia-sia.Terimalah dengan hati yang terbuka,lihatlah pandangan beberapa tokoh ,supaya beliau menerima situasi bahawa ,zaman telah berubah dan masanya juga telah berlalu.Jangan jadikan politik sempit beliau satu lonjakan kearah perpecahan rakyat.Jadikan point ,bahawa perpecahan yang berlaku dalam PKR memperlihatkan bahawa beliau sebenarnya gagal dalam menterjemahkan dan menjenamakan hala tuju perjuangan sebenar PKR dan wak rasa sudah sampai masa beliau perlu muhasabah diri menerima tranformasi kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Razak bagi menjenamakan Malaysia di mata Antarabangsa dan letakan reformasi yang dah tidak relevan lagi ,mencari pendekata memperbetulkan halatuju PKR supaya lebih jelas dalam lenskap politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment