Tuesday, December 28, 2010

Mampukah Pas berubah atas perbezaan Prinsip Umno BN

Apa dah jadi dengan pemimpin PAS,dan Pakatan Rakyat ..gementer tak tentu pasal...ini cerita yang baru wak dengar ,Pas mula mengatur langkah ceramah sana sini ..perbetul tuduhan kononnya dilemparkan oleh Umno BN...Terbaru Wak berkesempatan ikuti ceramah di kawasan Alor Mengkudu..Kawasan YB Dr Ismail Salleh dan antara penceramah yang dijemput termasuklah Hj.Md Sabu..wak terkejut juga sapa yang dijemput berceramah kerana yang hadir begitu ramai termasuklah YB. Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan,YB. AP Kuala Kedah Hj.AhmadKassim,Hj.Ahmad Sabu,Hj.Anuar Tahir AJK Kerja Pusat Pas,Hj.Adnan ..
Wak pada mula beranggapan mereka semua dijemput untuk berceramah ,rupa-rupanya hanya Md Sabu dan YB Dr.Ismail Salleh sahaja yang berucap..YB.Dr Ismail Salleh, beliau menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Umno kononnya berlaku di satu Kg Alor Selut bahawa beliau memberi bantuan kepada mangsa banjir kemudian beliau dituduh mengambil kembali pemberian tersebut..Beliau mendakwa media telah putar belitkan fakta sebenar dan memfitnah beliau..Sebagai orang yang waras, sewajarnya media mendapat maklumat dan melapor dengan tepat dan telus ,media mendapat maklumat secara terus dari orang yang mengalami masalah tersebut ,bagaimana pula fakta tersebut boleh dinafikan...sebagai Wakil Rakyat tak seharusnya WR bersikap sedemikian... atas sifat sebagai WR dan dipilih oleh rakyat sikap pilih kasih sewajarnya dihindarkan ..dan perbezaan politik perlu diketepikan tambahan di saat darurat dan di timpa musibah...mengapalah hal sedemikian nak dijadikan alasan untuk menidakkan yang Hak...
Wak pernah melihat sendiri berlaku di pusat perpindahan di Sek.Keb.Dato'Wan Mohd Saman Tandop,di mana berlaku perebutan untuk menjadi urusetia agihan barang bantuan sehingga tercetus provokasi dari orang Pas sendiri yang mendakwa diri mereka dilantik untuk menguruskan hal-hal urusan bantuan kepada mangsa banjir..Soalnya siapa yang melantik mereka..semua yang datang hanya sukarela untuk menyumbang tenaga ,tidak timbul soal siapa yang berhak atau sebaliknya...tetapi itulah yang berlaku ..dan yang menyedihkan bantuan diagihkan kepada seluruh sanak saudara mereka yang langsung tidak terlibat dengan banjir...Apa maknanya ini..Inikah yang dikatakan Pas itu Islam dan Islam itu Pas..Wak keliru dengan apa yang berlaku..
Berbalik soal si Md Sabu yang mendakwa kerajaan mengambil kesempatan atas kelemahan dan kegagalan Kerajaan Kedah untuk menangani isu banjir..wak sendiri pun keliru..beliau hanya pandai bercakap yang menanggung herdikan dan cemuhan adalah kerajaan Umno..bantu pun salah tak bantu pun salah..Bila kerajaan pusat hulur bantuan berupa tilam ,dapur gas dan wang RM 500/.. mereka kata pulak kerajaan nak ambil kesempatan ..itu bukan persoalan pokok ..yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa kerajaan negeri minta bantuan dari kerajaan Pusat..setelah gagal untuk menyelesaikan isu berbangkit...
Mengapa kita nak nafikan bantuan ,apabila orang sudi memberi..tak kira apa bentuk bantuan yang di hulurkan dan melalui saluran mana ..yang penting rakyat terima ..Wak ada terbaca isu yang berlaku di Selangor ,peruntukan dari kerajaan pusat untuk pembangunan ..masih tidak mencukupi ..kemana perginya peruntukan tersebut..bila disiasat kerajaan negeri cuba membahagikan peruntukan pembangunan kepada urusan pentadbiran kerajaan negeri..itu yang menyebabkan kerajaan negeri telah gagal melaksanakan pembangunan sebagaimana yang di peruntukkan oleh kerajaan pusat...mereka masih nak mengharapkan kepada kerajaan pusat untuk mentadbir negeri...Mereka yang berkuasa ,dan mereka jugalah yang sepatutnya mencari dana untuk menyelesaikan masalah kerajaan negeri...wak cukup hairan dan bimbang akan situasi ini akan berlaku di Kedah seandainya kerajaan pusat akan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk tadbir urus hal bantuan banjir...
Berbalik soal si kitol Md Sabu cuba menjadi jaguh membela nasib rakyat...wak nak tanya dia beliau pernah menjadi Ahli Parlimen di Kuala Kedah,pada tahun 1999 ,cuba tunjuk apa yang beliau buat untuk rakyat Kuala Kedah semenjak beliau diangkat menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah...habuk pun tak ada...kalau dah tanggungjawab itu pun tak mampu di laksanakan ,inikan pula nak persoal tindakan orang lain untuk kebaikan rakyat...cermin diri dulu ...
Wak cukup kecewa dengan ungkapan beliau antara lain katanya"siapa yang buat sekolah di Pendang,orang jawab umno,aku geli sungguh dengar orang kata umno"katanya lagi siapa yang buat jalan,orang kata umno,beliau kata bukan umno tapi Banglades,Indonesia"rakyat sudah celik IT mereka sudah tahu ...antara intan dan permata..soalnya si kitol Md Sabu..Kalau tak ada umno ,mungkin sekarang Md Sabu pun entah dimana...Celik sejarah sama sdr Md Sabu ,jangan semborono apabila bercakap..Jika nak banding jasa umno dengan jasa beliau "antara langit dan bumi"inikan pula nak mengajak rakyat membenci umno..Pas pun dulu dalam umno jangan menafi perkara sebenar..
Kadang-kadang wak terfikir sendiri,mengapa Pas sering mengupah Md Sabu untuk bercakap dan persoal kredibiliti Umno..sejauh mana kebolehan beliau untuk meletak Pas sebagai parti pilihan rakyat..sedang diri beliau sendiri tidak mampu bertahan dimana-mana beliau bertanding..kemenangan yang beliau capai bukan atas kekuatan beliau sendiri tetapi atas kelemahan BN Umno dan ini Umno sendiri akui ..tetapi mengapa Pas tidak mahu mengakui kelemahan mereka dan menyalahkan pihak Umno BN atas kegagalan mereka menangani isu tertentu ..ini tidak adil ..
Wak pun hairan Pas dari dulu hingga sekarang masih menadah uncang minta sedekah kepada rakyat untuk menyumbang kewangan,sedangkan mereka pemerintah..soalnya kemana pergi wang yang disumbang oleh rakyat...sebagai pemimpin yang menerima elaun dan peruntukan sebagai WR sewajarnya soal menadah bakul untuk minta sedekah dari rakyat sewajarnya tidak berlaku lagi...Negara sedang menuju ke Negera Maju ..soal negara jakun yang di ucapkan oleh Md Sabu seharusnya tidak timbul dan ianya disifat hanya berlaku dalam pentadbiran Pas dan PR sahaja..sebabnya contoh di Kelantan rakyat masih menagih simpati kerajaan dibawah tadbiran Nik Aziz sejak 20 tahun memerintah..rakyat masih dibelenggu dengan masalah air bersih,pembangunan ,pendidikan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan tapi sampai bila hakikat ini akan berhenti sekiranya Kerajaan Negeri masih tidak mampu mengorak langkah untuk memacu pembangunan untuk rakyat...Inikah yang diinginkan oleh Pas....
Wak tak mahu ,sebab pijat, kelambu hendak dibakar...














No comments:

Post a Comment