PRK P 94 Hulu Selangor,adakah ia memberi impak kepada pengundi atau sebaliknya.Pertembungan dua penjuru yang pada awalnya menampilkan empat penjuru yang mana BN di wakili oleh P Kamalanathan ,PKR bekas menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim dan dua calon bebas..apa yang menarik ramai melihat percaturan politik di P94 ,sebagai medan adakah BN dan PR diterima sebaliknya..Bagi BN sudah tentu trek rekod yang berlaku di Bagan Pinang yang di menangi oleh Isa Samad akan menjadi pertaruhan BN meraih sokongan padu dari rakyat begitu juga dengan 1malaysia d perkenalkan oleh DS Najib .Bagi PKR dengan menampilkan Zaid Ibrahim mungkinkah rakyat dapat menerimanya,dengan pengalaman dan kewangan mungkinkah dapat menambat hati pengundi Hulu Selangor..
Wak melihat walau apa yang di tonjolkan oleh PKR dan BN ..BN ada sedikit masalah jika di lihat dari segi kepentingan melayu ..kerana bagi penyokong chandran yang menarik diri mungkin akan berlaku perpecahan undi dengan ada yang menyokong dan ada yang menolak dengan alasan peringkat awal calon bebas begitu bersemangat untuk bertanding dengan alasan masalah kaum india yang tidak di pedulikan..tetapi bila ada usaha memujuk dan ura-ura untuk menarik keahlian mic dan mungkin ada tawaran menarik maka beliau menarik balik keputusan bertanding..di sini kita melihat akan berlaku perpecahan undi ..begitu juga Johan Md Diah penarikan diri beliau mungkin dilihat bersebab dan penyokong akan menilai apakah motif beliau menarik diri..mungkin andaianda tawar-menawar yang menjadi persepsi kepada pengundi untuk menilai..disini kita melihat akan berlaku juga pecahan undi bagi kaum melayu...dengan majoriti 198 yang dimenangi olehAllahyarham Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad (PKR)apakah memungkinkan kekuatan kepada BN..kita juga perlu melihat pengundi orang asli juga perlu diberi perhatian ..berbalik kepada PKR yang mana pengundi mereka agak konsisten dengan rangkaian sokongan PR yang terdiri dari PAS,DAP mungkin kedudukan mereka lebih selesa...
dari sudut peribadi kita berpendapat P Kamalanathan dan Zaid Ibrahim,memperlihatkan bahawa P Kamalanathan merupakan orang baru dan merupakan ketua penerangan mic Hulu Selangor manakala Zaid sudah tidak asing ...tetapi dengan pertembungan dua penjuru ramai meramalkan bahawa kekuatan seimbang...bergantung isu yang diketengahkan...dan harapan kita dengan jumlah undi 47,622,melayu 53.94 peratus,cina 26.67 peratus,india18.98 peratus dan lain-lain bangsa0.41 peratus memungkinkan membuka minda rakyat sebagaimana arus yang melanda PKR seorang demi seorang calon PKR keluar parti akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengundi walaupun bukan merupakan isu yang besar dalam PR...
wak:SPR perlu bertindak tegas kepada parti yang tidak bertanding supaya menurunkan postermereka yang berunsur hasutan dan fitnah ,kerana ini juga memberi kesan kepada pengundi ..