Thursday, March 11, 2010

politik baru,politik lama..?

selepas PRU12, banyak pihak memberikan istilah senario yang berlaku dengan keputusan pilihanraya tersebut sebagai ‘politik baru’ sehingga Dato Saifuddin Abdullah menerbitkan buku ‘politik baru: mematangkan demokrasi Malaysia’ malah pemimpin pembangkang juga memilih istilah politik baru untuk mengulas ‘kemenangan’ mereka..
bagi saya dalam politik tidak ada istilah lama dan baru. bagaimana politik lama dan bagaimana pulak politik baru? Semestinya Ia bukan sekadar berkisar seperti baju baru atau baju lama. apa yang berlaku hasil dari keputusan PRU12 adalah satu proses politik dalam mana-mana pilihanraya. jika kita meneliti hasil karya tokoh-tokoh yang banyak menulis tentang politik dan kerajaan seperti Baron de Montesquieu dalam ‘on the spirit of law’, Samuel P Huntington ‘Third Wave: democratization in the late twentieth century’ atau Andrews Heywood ‘political ideologies’. Sebab ‘kekalahan’ BN sebenarnya telah banyak di tulis oleh tokoh-tokoh tersebut dalam buku mereka yang bersandarkan kepada ‘kuasa rakyat’.
Sdr sendiri pernah menulis tentang parti menjual produk. Itu betul.. begitu juga dalam pilihanraya, semua parti yang bertanding akan menjual produk mereka dan parti yang berjaya menawan pengundi ialah parti yang dapat meyakinkan pengundi tentang produk mereka. Di mana lama dan barunya? LEBIH TEPAT LAGI POLITIK ADALAH PERTARUNGAN DI MEDAN PEMIKIRAN UNTUK MEMENANGI HATI PENGUNDIJika di Indonesia, period selepas kejatuhan Sukarno, di namakan sebagai order lama diganti dengan order baru, mereka tidak menggunakan istilah politik baru. Begitu juga dengan period pemerintahan sukarno dinamakan ‘demokrasi terpimpin’, manakala period pemerintahan suharto dinamakan ‘demokrasi otoritarian’ dan period selepas kejatuhan suharto dinamakan ‘demokrasi pancasila’. Semua period ini membawa indonesia mengalami perubahan yang amat besar mengubah lanskap politik negara tersebut. Sekali lagi istilah politik baru tidak digunakan.
Tidak tepat untuk kita menggunakan istilah ‘politik baru’ apabila berlaku tsunami politik selepas PRU12. Yang ada hanyalah perubahan politik atau anjakan dari satu parti ke parti yang lain yang dibuat oleh pengundi. Politik adalah sesuatu yang bergerak, tidak statik dan sentiasa hidup. Ia akan bergerak mengikut sebagaimana yang di acuankan oleh pemilih dalam PRU. Apabila pengundi memilih acuan lain dan meninggalkan acuan sedia ada, itu adalah perubahan…bagaimana pula seandainya dalam PRU13(jangkaan 2012) nanti, BN menang seperti keputusan PRU 11(2004). Apakah istilah yang akan digunapakai? Politik Baru?? Atau kita akan katakan sebagai politik baru telah kembali ke politik lama dan keputusan PRU14(jangkaan 2016) pula keputusan akan menjadi seperti PRU12(2008) dimana pembangkang memenangi banyak kerusi, apakah kita sekali lagi akan istilahkan sebagai politik baru? Apa yang berlaku sebenarnya adalah BUDAYA BARU POLITIK SEMASA (seperti tiga contoh yang sdr utarakan) bukannya POLITIK
BARU.
sedutan dr komen kassim selamat dlm nobisha amat menarik untuk di kongsi bersama..

No comments:

Post a Comment