Monday, March 8, 2010

Maruah,Harga Diri dan Kepartian ?..

deman AP PKR keluar parti ,ekoran perang pendapat yang tidak sehaluan,mulai di rasa.pemerhati politik mula mencongak akan adakah satu titik noktah dalam PR.persoalan ini perlu ,agak rumit dan pahit untuk PKR hadapi dengan situasi penasihat umum yang masih menunggu kesudahan episot yang melanda dalam diri dan kepimpinan beliau..

namun ramai berpendapat dan cuba mentafsir sendiri bibit perpecahan yang berlaku ,antaranya mereka beranggapan apabila memenangi PRU 12, ia merupakan satu tiket bagi PR untuk membentuk satu kerajaan yang konsisten daripada BN tetapi ternyata andaian mereka tersasar dan mereka sendiri akui kegagalan mengurustakbir di sebabkan ketiadaan pengalaman dan kesepakatan antara gabungan PR.

gabungan PR di lihat begitu goyah dan banyak onak dan duri yang terpaksa di kais sehingga menimbulkan berbagai tafsiran dan sinergi ekoran parti seperti DAP dan PKR yang mahu jadi parti yang dominan di setiap negeri yang dimenangi mereka..

wak melihat punca sebenar keretakan dalam PR adalah janji yang di lemparkan kepada rakyat sebagaimana dalam manifesto yang antara lain akan menjadikan negeri berkebajikan .Apakah ini telah PR tunaikan ?..dan apa yang wak nampak situasi ini telah membangkitkan kealpaan pemimpin PR bahawa mereka sebenarnya telah gagal ..

natijahnya sebagai pemimpin yang dipilih dan mempunyai prinsip tidak seharusnya soal diri di letakan di hadapan dan rakyat di letak di saf kedua..di mana letaknya harga diri..?maka tidak salah untuk wak perkatakan bahawa keputusan keluar parti dan mengistiharkan diri bebas adalah satu langkah yang bijak dan bermaruah ..biar apa orang nak kata.yang penting maruah dan perjuangan berteras agama ,bangsa dan tanah air perlu di utamakan..siapalah anda di bumi Malaysia ini jika bangsa sendiri tidak pertahankan..

wak :masih menanti selepas AP Kulim siapa pula selepas ini !!!!

No comments:

Post a Comment