Wednesday, May 19, 2010

Betul kah Pas parti Islamik...?

ekoran kerajaan membenarkan pertaruhan sempena bolasepak piala dunia ,di afrika selatan pada bulan jun nanti ..banyak reaksi pendapat kedengaran baik individu,persatuan NGOs' dan parti PR..
wak terbaca komen yang di lemparkan bahawa kerajaan tidak peka dengan hukum yang mengharamkan unsur-unsur perjudian dan mereka menganggap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian kepada Berjaya Group. (Vinsent Tan) adalah tindakan menghalalkan yang haram..pandangan wak penjudi ni dia orang bukan kira halal haram.kerajaan menyekat supaya tidak boleh adakan perjudian ,mereka akan buat juga..sebagai negara majmuk dan berbilang kaum kita patut melihat dari sudut pandangan kaum-kaum lain yang mana budaya mereka sedemikian, kita benarkan tetapi dalam bentuk kawalan dan pemantauan supaya orang islam tidak ikut sama..Tetapi yang peliknya wak heran bin ajaib mengapa pemimpin pas suka melihat tepi kain orang sedang tepi kain sendiri tidak terlihat..
wak melihat di kedah sendiri sejak pas ambil alih kerajaan negeri bukan nak kata kurang, pusat perjudian,bertambah lagi ada , begitu juga dengan pusat hiburan yang dalamnya ada bermacam-macam arak ,dari yang ringan sehingga yang berat..pas tak nampak ka.siapa yang beri kelulusan lesen ekor,siapa yang lulus lesen rumah tumpangan,siapa yang lulus lesen pusat hiburan ..kalau ini di jadikan ukuran jelas pas mengatuk dulang paku serpih ,mengata orang ....?
wak :pernah lihat dikedai kopi siapa menang kena belanja kopi..apa pulak pas nak kata.. halal ka haram...?

No comments:

Post a Comment