Sunday, May 23, 2010

DUN Kedah Bubar...?


Semalam wak berkesempatan hadir di satu rapat umum di Markas Pas Batu 9,bukan apa nak lihat desas desus 4 ADUN yang di dakwa akan melompat parti..antara yang di sebut-sebut ADUN Sidam,Bukit Selambau,Kulim dan Kota Darul Aman.
Keempat-empat ADUN tersebut dijemput hadir,bagi menyatakan pendirian masing-masing...dalam ucaptama ADUN Sidam beliau mendakwa menerima banyak sms dari media dan pihak tertentu bagi menjawab spekulasi tersebut..beliau menegaskan bahawa PR masih relevan lagi dan beliau tetap bersama kepimpinan kerajaan negeri..dan jangan lagi ada pihak tertentu menganggu beliau menghantar sms..
Bagi ADUN Bukit Selambau,S Manikumar yang begitu petah berbahasa melayu turut menjelaskan pendirian yang sama ,akan bersama dengan kepimpinan YAB Ustaz Azizan Abdul Razak..namun beliau tidak menafikan berlaku perselisihan pendapat,tetapi tidaklah sampai membuat keputusan untuk melompat parti..dalam PR bila berlaku perselisihan pendapat,rasa tak puas hati, beliau mengambil keputusan berdepan dengan MB menyatakan apa yang berlaku dan perbincangan secara kolektif adalah pendekatan terbaik merungkai kemelut yang didakwa melanda PR dan ADUN PKR.
Bg ADUN Kulim Bandar Bahru ..wak nampak kenyataanya amat keras ,kerana beliau terus terang menyatakan rasa tidak puas hati 4 ADUN dan menganggap mereka disisihkan dan tidak diperlukan..beliau juga mendakwa rasa tidak puas hati kepada kepimpinan PKR Negeri ..beliau mendakwa ada 2 faktor pergolakan dalaman berlaku antaranya berlaku konsprasi dalaman bagi menjatuhkan PKR dan kedua berlaku kebocoran maklumat palsu dari orang dalam sendiri..yang mana pada andaian beliau boleh melumpuhkan PKR dan PR ..tindakan beliau mendedahkan isu dalam membuatkan beberapa pimpinan PKR dan PR tak senang duduk..pada mereka tidak sepatutnya kenyataan terbuka tersebut di keluarkan pada majlis sebegini...
ADUN Kota Darul Aman juga menyatakan pendirian yang sama tidak akan mengambil tindakan lompat parti ..beliau melihat bahawa spekulasi tersebut dibuat oleh BN/umno yang tidak faham bahawa mereka sebenarnya pembangkang dan perlu banyak belajar dari Pas dan PR sebagai pembangkang..beliau juga melihat bahawa BN/umno tidak mahu menerima realiti bahawa kerajaan negeri sekarang di perintah oleh PR.
Wak tertarik dengan ungkapan dan tpandangan bahawa semua spekulasi tersebut datangnya dari BN/umno..PR ada bukti ka ? melemparkan dakwaan sedemikian..samalah mereka melihat kes yang berlaku kepada ketua umum DSAI dalam kes liwatnya..semua tuduhan di letak dibawah angkara BN/umno..dimana perginya asas, pegangan yang di dakwa berlandaskan Islam..sebagai sebuah parti yang berpaksikan sifat keislaman kenyataan tuduhan yang tidak berasas boleh di anggap memfitnah dan dalam islam hukum fitnah amat dilaknat oleh ALLAH snw..
bagi wak kenyataan 3ADUN PKR sudah di jangka..tetapi wak heran bagaimana mereka boleh di pilih sebagai pemimpin?.. sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang mereka cakap..wak pun tak faham ..cakap melayu pun berbelit-belit bagaimana nak memberi penjelasan kepada rakyat bahawa mereka dilandasan yang betul berjuang untuk rakyat..wak selut dengan S Manikumar beliau faham dan sebagai orang yang diberi amanah beliau boleh menggalas tanggungjawab..tapi wak rasa kenyataan Manikumar juga terdesak..kerana beliau masih berselindung pendirian sebenar ,akan ketidak puasan hati terhadap kepimpinan negeri..
bagi wak PR memang sudah terdesak ...dan kebimbangan ini di suarakan di pentas bagi memastikan kekuatan,PR masih relevan .. hanya isu pokok sahaja yang di jawab tetapi bagaimana isu yang melibatkan ketidak telusan dalam membuat keputusan terutama dalam majlis kerajaan tempatan walaupun sanggup menggadaikan kepentingan bangsa sendiri...itulah PR !!!!! gajah diseberang laut nampak kuman di depan mata tidak nampak...bagaimana nasib orang melayu di P.Pg..apa yang DAP buat...???

No comments:

Post a Comment