Temubual dengan beberapa individu yang datang menjelaskan bil tunggakan ,melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan tindakan daripada SADA syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan bekalan air kedah.Sebelum memerintah Kedah, mereka berjanji akan mengkaji dan membuat penstrukturan semula sistem dan perkhidmatan.Wak cuba baca dan faham apa yang terkandong dalam manifesto Pas merujuk kepada "Pembangunan dan Keperluan kemudahan Asas" yang antara lain memuatkan beberapa pendekatan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua".
i.Memperbanyakan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.
ii.Memperbanyakan kemudahan asas untuk rakyat seperti jalanraya,bekalan air bersih dan sistem perparitan dan saliran.
iii.Memantau dan menyelenggara setiap kemudahan asas di negeri ini dengan lebih efisien.
iv.Menilai dan menyusun semula JBAK dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan mengkaji kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat.
v.Menambah semula rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden.
Wak nak tanyala..tindakan SADA memaksa dan membuka kaunter pungutan hasil air ini ..adakah langkah kerajaan Negeri
bagi memenuhi tanggungjawabnya kepada Kesejahteraan Rakyat.Itu belum soal pembangunan yang mana wak mendapat banyak rungutan bahawasanya Kerajaan Negeri sehingga kini masih gagal memenuhi apa yang di janjikan kepada rakyat, untuk laksanakan pembangunan sebagaimana yang di sebut di fasa i,ii,iii dan ini jelas kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran PR ( Pas ) tak ubah seperti DAP yang pandai berkata-kata tetapi dalam masa yang sama merampas hak rakyat bagi memenuhi tuntutan mereka .Kata orang tua-tua 2 x 5 = 5 x 2.
Mampukah kerajaan Pas yang memerintah sekarang,mengembalikan kepercayaan rakyat dengan janji yang mereka telah buat ..Bagi wak barisan exco yang satu ketika gah dengan latarbelakang mereka dan berketerampilan dengan ilmu...mengapa sekarang tak berani bersuara...Rakyat bukan menilai kedudukan dan ijazah berjela-jela...tetapi kemampuan mereka memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat ...itu yang rakyat mahukan...Tepuk dada tanya mereka...Apa yang patut mereka lakukan...?