Sunday, March 27, 2011

Benarkah Pas / PR pembela nasib rakyat ?......

Salam.


Agak lama juga wak tidak menulis,maaflah kepada rakan taulan yang masih setia,bukan apa wak diberi tugas pemantau prgram anjuran Pas dan PR.Jadi banyak juga program Pas dan PR yang wak ceroboh.

Antara yg menarik bulan lepas tentu tuan-tuan pun tahu,heboh seluruh pelusuk Kedah mengenai kebangkitan PR di ulang tahun 3 tahun PR Perintah Kedah.Banyak perkara yg menarik untuk dikongsi bersama tuan-tuan semua.Antaranya di majlis perasmian oleh YAB MB DS Azizan Abdul Razak.Dalam ucapannya ,beliau menyentuh mengenai bagaimana Kedah boleh maju sehingga mencapai perolehan yang begitu membanggakan..Beliau menyatakan bahawa Kedah sejak diambil alih oleh PR,sudah banyak berubah,kalau dahulu peningkatan hasil cuma RM 8 juta setahun tetapi bila Kedah di bawah PR ianya telah meningkat dari RM 19 juta,kemudian RM 35 juta kemudian pada 2010 dan pada 2011 ,hasilnya telah mencecah RM 53 juta.Ini menunjukkan kebanggaan kerajaan PR.

Bagi wak banyak persoalan yang bermain di otak wak yang bodoh ni.Selama 3 tahun PR perintah ,wak tidak nampak pun apa pembangunan yang mereka buat,malah jalan kg yang rosak masih berlubang tidak bertar.Masih ramai rakyat yang daif perlukan pembelaan ,di abaikan.Yang wak kecewa AP Kuala Kedah Hj Ahmad Kassim ,langsung tidak nampak muka hidung,tidak pernah turun menjenguk rakyat sehingga masih ramai yang tidak kenal siapa AP Kuala Kedah.Inikah yang dikatakan Wakil Rakyat.Wak pernah hadir pada majlis pelancaran pusat komunit DUN Kubang Rotan,yang mana wak ketawa seorang..apa tidaknya ..AP Kuala Kedah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat dengan memanjangkan masalah kepada pihak agensi yang terlibat ,sebagai contoh MADA,Jabatan Pertanian,JKM dan lain-lain.Itu saja ka...Wak ingin tahu apa tugas sebenar AP.Sebagai orang perantara saja ka...Bagaimana pula dengan pembangunan rakyat,ekonomi dan sosial ,apa yang dibuat..Pembangunan apa yang dibuat,jalan,rumah kena ribut ,apa yang di bantu,banjir apa yang dibuat,muka hidung pun tak nampak...para nelayan ..apa bantuan yang diusahakan bagi meringankan para nelayan ,supaya taraf hidup mereka dapat pembelaan..kalau wak nak bercakap banyak...Sedih wak ,bila kita silap memilih WR..inilah padahnya silap perhitungan..rakyat sewajarnya mendapat pembelaan dan orang yang bertanggungjawab utk menyampaikan keluhan dan harapan rakyat adalah AP ..tetapi hampa kerana org yg diharap tidak mampu...Berbalik kita kepada Pas ,wak heran mengapa mereka menuding jari kepada Umno BN atas kelemahan mereka..rakyat masih mengharapkan ,supaya Pas PR dapat tunaikan ,sebagaimana mereka janji dalam manifesto 2008 dahulu..nak jadikan negeri berkebajikan..nak bela rakyat yang susah,nak bantu warga emas/ibu tunggal,nak bela peniaga kecil melayu ,nak ujudkan prasarana lengkap bagi peniaga terutama golongan ibu tunggal yg mahu berniaga..kemana perginya janji manis itu...sayang buah kepayang,habis manis sepah dibuang...sekarang Pas bukan seperti dahulu ,yg gah menjana tranformasi utk rakyat...yg wak nampak sekarang mereka begitu bimbang dan tertekan kerana masih belum mampu memenuhi janji yg mereka sendiri buat...Wak melihat mereka sering menyalahkan pihak lain akan kelemahan mereka..BN yg membuat hutang sehingga PR terpaksa berusaha menampong...Itu bukan persoalannya...cakap berdekah-dekah ,kita mampu berdiri atas kaki sendiri dan tidak pernah melutut kepada Kerajaan Pusat utk bantuan...apa dah jadi dengan mangsa banjir,bantulah dengan RM 53 juta tu...ini tak lepas dengan pusat juga....tak malu...

YB.Ir.Phahrolrazi Zawawi orang kanan..MB org yg bertanggungjawab dalam pengstrukturan pembangunan,tetapi asyek berckp saja,kemalangan yg kerap berlaku di persimpangan Simpang Empat Kangkong pun dia tak mampu berfikir,bagaimana nak tanggani maslah itu..Wak mendapat rungutan dan cadangan ,bahawa kemalangan tersebut adalah di sebabkan tiadanya lampu jalan..kawasan tersebut gelap diwaktu malam...jika lampu di pasang ...masalah tersebut dapat dikurangkan...wak tentu dikritik kerana ,berckp tidak berlandaskan Al Quran dan Hadis..Wak tahu qada dan qadar Allah yg tentukan,semua akan mati...tetapi Allah juga tidak mengharapkan hambanya berdoa semata-mata,perlu juga beriktiar dan berusaha ,kemudian baru menyerahkan kepada Allah snw...Wak juga lihat longkang di Pekan Simpang Emapt dari 2008 sehingga kini tak berganti...bkn besarmana belanja nak buat pagar...habis kemana perginya wang rakyat...jika itu pun tak mampu di selesaikan....sedih wak dengan YB Ir Phahrolrazi ni...

Wak melihat senario politik Pas dan PKR sudah berubah ..w/pun DAP hanya 1 kerusi,tetapi realitinya mereka sudah tidak sehaluan lagi....wak boleh lihat bagaimana YB Manikumar ADUN Bukit Selambau,sendiri mengakui bahawa Pas sekarang tidak lagi mempeduli pendapat dan pandangan mrk...ini diakui sendiri ..rakan wak yg paling rapat dengan YB Manikumar...begitu juga DAP ..pernah dalam sidang dewan negeri mengkritik Pas ,krn tidak memperduli suara DAP...Apa dah jadi ...kalau org dah tak suka buat apa lagi tunggu...Hidung tak mancung,pipi pula tersorong-sorong...

Berbalik soal prinsip yg di tegakan oleh Pas ,mrk sebenarnya masih ingin berkuasa..oleh kerana masa tidak berapa lama ,mkr mencari ruang untk menghimpunkan rakyat dan menjawab dakwaan rakyat ,Apa yg mrk buat selama 3 tahun lepas...mrk sanggup berbelanja besar sehingga RM 230,000 ,semata-mata nak jelas kpd rakyat apa yg mereka buat selama 3 th memerintah Kedah...Bagi wak banyak persoalan yg perlukan jawapan mrk...Dahulu mrk menuding jari kononnya pemimpin Umno BN,tidak bersih,tidak amanah dan mcm-mcm...mengetuk dulang paku serpih,mengata orang mrk yg lebih...dah tak bersih..Pas buat apa ...Bagaimana dengan GLC yg rugi,sehingga Dato'Mahfus Omar sendiri letak jawatan...kalau tak ada masalah takan la Dato'Mahfus nak letak jawatan kot...dengar kata semua projek diberi kepada kroni..jadi Dato'Mahfus jadi tukang tengok saja...

Pada mlm penutup 3th ualg tahun PR perintah Kedah,wak nampak MB betoi-betoi marah kepada RTM sehingga mengeluarkan kata-kata yg tak sewajarnya dikeluarkan oleh seorg Ketua Kerajaan'Tolong beritahu depa yg duduk kat Telok Kechai,jangan nanti kepala hampa berkechai macam laksa Telok Kechai"begitulah lebih kurang ucapan beliau...pasai apa MB nak melenting ,mrk buat kerja ,melapor apa yang rakyat suarakan ..Tak kan tak boleh tegur kot...tak betol ,takan nak ckp betoi...tentula kena ckp tak betoi...Kata pulak RTM sebenarnya suara rakyat..mengapa tak jemput Kerajaan Negeri ckp...nak bagi tau MB RTM ,betoi suara rakyat tetapi rakyat yg mcm mana nak di tampilkan..jika kerajaan negeri bersikap pilih bulu..dan pentingkan Parti Pas PR bagi menjahanamkan rakyat..wak rasa kurang wajar..lagi pun tidak nampak ,faedah satu pun,jika Kerajaan Negeri diberi peluang utk ckp..Contohnya dlm satu keluarga ,ketua keuarga adalah bapa dan ibu sebagai PM..bila tak ada duit,minta tolong pada ibu bapa,bila bantu dikatakan mcm-mcm,itu tak kena..ini tak kena...habis siapa yg kena..

PKR pula lain pula ..rakyat perlu sedar..wak pernah ditanya..jika diberi pilihan Kerajaan Pusat dgn PKR(Anuar) ,siapa yg wak pilih..wak pilih dalam kontek masyarakat wak tentu pilih Anwar...tetapi ,Anuar perjuang kesamarataan..wak bagi cth ada 100 biji buah nak diberi kpd 15 orang kaum cina,15 org kaum India dan 70 kaum Melayu...jika konsep kesamarataan diambilkira ,adakah kita perlu agihkan satu kaum 33.3 biji buah sedang kaum melayu majoritinya lebih , sudah tentu ini tidak adil kerana kaum Melayu ramai...maka mereka berpendapat Anwar ni pandai berckp tetapi tak pandai dalam soal menjaga kebajikan rakyat..tentulah yg byk mendapat lebih dan yg kurang mendapat kurang...itu baru adil...Lagi pun semasa kemerdekaan dahulu YTM TunkuAbdul Rahman ,Tan Cheng Lok dan Sambantan ,dijemput utk ddk sama-sama dlm komuniti dan sama-sama mentadbir Negara,dan mereka berjanji akan patuh pada prinsip Perlembagaan Persekutuan...mengapa pula sekarang tak boleh...Kepada pemimpin politik ,jangan jadikan rakyat sebagai mainan politik sendiri...rakyat masih berkuasa dlm erti kata setiap lima tahun mereka akan mengundi..dan pastinya akan mengubah segalanya...


Wak ..masih menanti bila ,depa nak ubah nasib bangsa Melayu sebagai bangsa yg dihormati dan disanjung tiggi bkn sahaja di dalam Negara tetapi di Luar Negara...Tak kan Melayu hilang di dunia....

No comments:

Post a Comment