Sunday, June 19, 2011

BERSIH kah..Himpunan Bersih 2.0..?

Salam,
Lama juga wak tak menulis ,tetapi akhir-akhir ini isu Himpunan Bersih 2.0 telah terpanggil untuk wak berbicara apa relevannya HB 2.0 .


Wak berkesempatan hadir dalam ceramah yang di anjurkan oleh Angkatan Muda Pas dan PKR,dan dalam ceramah tersebut beberapa tokoh tampil menyatakan sokongan HB 2.0 dan mengajak rakyat bersama-sama mengadakan demontrasi jalanan yang akan di adakan pada 09 Julai 2011 di dataran Kuala Lumpur.


Persoalannya siapa pengerusi penganjuran HB 2.0?Dan apa tujuan HB 2.0 diadakan?Timbalan Presiden Pas Md Sabu,dalam ceramahnya menyatakan bahawa HB 2.0 bertujuan untuk ,menyampaikan isi hati rakyat kepada pemerintah berhubung ketidakpuasan dalam mengendalikan urusan pilihanraya.Terdapat lapan perkara yang akan dikemukakan kepada kerajaan yang antara lain mendesak supaya kerajaan tunai janji tuntutan pada pru 12 2008.Tuntutan itu termasuklah Daftar yang bersih,penggunaan dakwat kekal,undi pos ,masa kempen,ekses media yang adil dan kukuhkan institusi awam.Siapa yang nak suarakan tuntutan tersebut.Jawapannya tentulah rakyat.


Yang menjadi persoalan siapa Ambiga Sreenevasan?Difahamkan ia merupakan orang yang bertanggungjawab penganjuran demontrasi HB 2.0.Ambiga pernah mendapat anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009 bersama dengan Dr Musdah Mulia dari Indonesia.Beliau juga merupakan penyokong fahaman pluralisme dan telah melobi kepada PBB supaya mendapat tempat di Malaysia sebagai pemantau ?


Beliau juga dilihat orang yang bertanggungjawab sebagai teraju utama dalam kes Lina Joy dan mempertikaikan perkara 121(1A) menafikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.


Jika inilah orang yang berperanan dalam demontrasi jalanan HB 2.0 ,Pas sewajarnya sedar bahawa mereka hanya di perkuda supaya memenuhi impian orang yang sememangnya menentang Islam.


Contoh yang wak utarakan seperti Lina Joy jelas bahawa Ambiga sebenarnya akan pertahan orang yang sanggup perlekehkan Islam dan Pas perlu sedar ,HB 2.0 yang di adakan sesuatu yang menguntungkan pihak lain.

Wak melihat jika Pas benar-benar mahu menjadikan Negera Berkebajikan,pendekatan yang mudah penuhi impian rakyat,mengapa nak berdemontrasi ,mendesak kepada kerajaan.?Buatlah sendiri ,rancangkanlah sesuatu untuk rakyat .Wak pun hairan mengapalah dalam pemilihan Pas pada 4 jun yang lalu Md Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden.Apakah tidak ada muka lain .Balik balik yang itu juga...Mengapa dan kenapa..Pas perlu ada karisma dalam memenuhi tuntutan rakyat kepimpinan yang bersih ,sesuai dengan imej yang perlu ada sebagai sebuah Parti Islam..ini tidak pemimpin yang pernah di tangkap basah juga di pilih...rakyat akan pertikai sejauhmana kemampuan Md Sabu untuk membawa Pas sebagaimana yang dikehendaki oleh Allahyarham Ustaz Fazil Noor (Presiden Pas) sebelum Dato'Hj.Hadi Awang mengambil alih.Wak masih ingat dalam satu temubual khas bersama pengarang akhbar bacaria yang polpular satu ketika dahulu,antara lain beliau amat berharap kepimpinan yang akan mengambil alih pimpinan selepas beliau perlu jadikan Islam sebagai wadah perjuangan Pas.Jika ini dijadikan ukuran ,apakah Md Sabu tergolong dalam kelompok yang digambarkan oleh Ustaz Fazil Noor.


Bagi wak satu persoalan yang tak dapat wak terima ,Pas sanggup gadaikan maruah dan harga Parti sebagai usaha penuhi tuntutan politik tetapi dalam masa yang sama sanggup jadi kuda tunggangan pihak lain untuk mencapai cita-cita mereka.Bagaiman pula dengan DAP ? Parti yang sentiasa mencari jalan atas keperitan dan jerih orang lain..yg akhirnya menguntungkan mereka?PKR juga dilihat banyak menggunakan Pas sebagai landasan untuk mencapai impian ke Putrajaya.Jika ini semua di ambil kira Pas hanya di peralat untuk agenda politik parti lain ..wak tak sanggup ...perjudikan Agama ..????

No comments:

Post a Comment