Wednesday, June 24, 2009

keutuhan bangsa...siapa peneraju?

setelah episod sedih kegagalan idea kerajaan perpaduan yang diidam-idamkan oleh ramai pihak telah berkubur kini status quo bangsa melayu berjalan seperti biasa. macam dulu juga..orang melayu yerus membawa haluan masing-masing mengikut ideologi politik yang dipegang. perpecahan agak ketara yang bermula pada era 1980an tidak dapat dirungkaikan apabila berakhir idea kerajaan perpaduan. cumanya mungkin sekarang ini sudah tidak kedengaran lagi isu sembahyang dua imam, daging sembelihan orang UMNO haram di makan, pasangan yang di nikahkan oleh imam UMNO akan dinikahkan semula, boikot kenduri kahwin orang UMNO dan yang masih diperkatakan sehingga sekarang mungkin undi Pas masuk syurga, UMNO sama seperti yahudi dan negara Malaysia adalah negara sekular.
wak bukan sengaja untuk mengungkit sejarah silam tetapi inilah realiti yang telah berlaku dalam senario politik bangsa Melayu. bila bercakap tentang politik, melayulah juaranya, mereka boleh berbincang dari pagi sampai malam walaupun topik perbincangan belum tentu membawa faedah kepada mereka atau bangsa sendiri. memang benar Baron d Montesquiue berkata bahawa politik adalah sesuatu yang hidup dan ia perlu terus di hidupkan oleh pelaku-pelaku politik. tetapi orang melayu semua nak jadi aktor politik sehingga apa yang diperkatakan tentang politik jawapannya masih samar samar.
wak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, politik penuh dengan persepsi. ini bermakna jika wujud persepsi baik ianya akan menjadi baik begitu pulak sebaliknya. nak bincang tentang persepsi dalam politik memang satu topik yang luas dan boleh diulas dari pelbagai sudut.
wak nak fokus kepada tajuk wak kali ini...keutuhan bangsa. siapa yang akan menjadi peneraju selepas kegagalan kerajaan perpaduan. UMNO, PAS atau siapa?
peneraju adalah yang mengetuai atau yang memimpin. soalnya siapa? sukar bagi wak untuk memberi jawapan yang boleh memuaskan semua. bila wak kata UMNO, pembaca akan buat kesimpulan wak adalah orang Umno.begitu juga sebaliknya bila wak kata PAS sebagai peneraju. orang akan kata wak ni orang Pas. inilah persepsi... mungkin ada yang melihat mengapa tidak NGO's sbagai peneraju. wak bukan sinikal tetapi bagi wak badan nak jadi peneraju mesti badan yang ada kuasa. sekuat dan sebesar mana NGO's mereka tidak ada kuasa. sukar bagi mereka menjadi peneraju. ini pandangan wak...kerana nak mengutuhkan bangsa ia perlu meliputi semua aspek kehidupan orang melayu termasuk ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kesihatan dan sbagainya.
bagi wak yang patut menjadi peneraju adalah yang memegang tampok kuasa. buat masa sekarang yang memegang kuasa adalah UMNO melalui BN. merekalah yang harus menjadi peneraju. kita perlu memberi kepercayaan kepada UMNO kerana mereka yang menang dalam perebutan kuasa melalui pilihanraya. beri peluaang kepada pemimpin kita merangka, menyusun, mereka bentuk apa-apa gagasan yang boleh mengutuhkan bangsa Melayu. kita sebagai rakyat biasa pun ada peranan juga. kalau mereka peneraju kita lah penggeraknya. kita perlu turut serta mengembling usaha ke arah itu. kalau Pas dah tersekat untuk menertai kerajaan perpaduan, apa boleh kita buat, Pas juga perlu akur dan kalau sudah tidak berjaya bersama Umno untuk menjadi peneraju, mereka boleh menjadi penggerak dan peserta kepada keutuhan bangsa. tetapi sanggupkah mereka untuk bersama-sama orang Melayu lain berganding bahu sebagai peserta kepada peneraju sekarang untuk sama-sama mengukuhkan bangsa melayu.. tak tercapai akal wak untuk mengulas kesanggupan Pas dalam hal ini. mungkin pembaca ada ulasannya.....wak tunggu..

No comments:

Post a Comment