Thursday, June 11, 2009

Manhaj politik dan pembangunan fiqh Islami

Sudah menjadi ketetapan ilmiah dan sejarah bahawa politik Islam merupakan suatu manhaj yang jitu, padu dan berkesan dalam proses pembangunan umat. Sarjana politik mengatakan siasah itu adalah pusat kegiatan hidup manusia dan masyarakat. Dalam sejarah Islam, politik telah merangka berbagai prasarana yang memungkinkan berlakunya perkembangan fiqh. Sebab itu umat Islam sentiasa mendapat tenaga hayat yang sangat baik dan mantap melalui gabungan padu antara golongan umara dan ulama. Mereka berjaya menghidangkan umat Islam dan tamadunnya dengan kesegaran hukum fiqh yang berkhasiat tinggi, sehingga menimbulkan selera yang baik kepada masyarakat untuk menikmati keenakan hukum fiqh tanpa jemu-jemu, terutama sebagai undang-undang yang dapat menyelesaikan permasalahan umat. Ini dapat dilihat melalui peranan fiqh yang membuka ruang kepada para ulama untuk melakukan ijitahad berterusan. Dengan kata lain proses ijtihad tidak pernah berhenti dalam berbagai situasi politik Islam yang subur, malah ia menyediakan ruang sokongan dan dokongan yang memberansangkan sebagaimana yang dicatitkan dalam zaman Khulafa al-Rasyidin, Umawiyyin dan Abbasiyyin (terutama diperingkat awal, sebelum zaman kelemahannya).
tetapi politik di dalam negara pada hari ini menyaksikan berlakunya pertembungan di medan pemikiran antara golongan yang menganggap bahawa manhaj mereka melebihi golongan yang lain. pelbagai nas dan dalil diberikan oleh kedua-dua pihak yang memperjuangkan ideologi masing-masing. dalam melahirkan hamlah sepadu kedua-dua golongan ini, masyarakat akhirnya menjadi medan terakhir dalam merealisasikan hasrat masing-masing....wak latah menanti reaksi pembaca.......

No comments:

Post a Comment