Tuesday, June 16, 2009

UMNO dan bina negara

Politik kita mula jadi rapuh dan benteng pertahanan politik mula runtuh. Ada orang kata UMNO tidak lagi dilihat sebagai parti keramat yang mempertahankan kepentingan Melayu. Apabila negara sudah maju dan matang, nilai ukuran pun berbeza,

Berdepan dengan realiti! Kalau kita harap prestasi dalam ekonomi boleh menjadi penyelesai masalah, ia menyimpang jauh dari realiti. Kita sudah berjaya meletak negara di mata dunia. Tetapi kini tuntutan sudah berubah. Jika kita tak sedar dengan pertukaran tuntutan ini, kita akan ketinggalan.

Tugas paling mencabar ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yang kita cakap. Persepsi yang mereka cipta telah dianggap oleh rakyat sebagai realiti. Golongan muda, terutamanya mahu melihat sesuatu yang berlainan dari kita. Mereka mahu melihat imej kita bersih dan tidak dikaitkan dengan skandal dan rasuah. Jika kita tercemar sedikit pun, walaupun kita diterima parti, rakyat menolak. Penerimaan parti mestilah selari dengan kehendak rakyat. UMNO berdepan dengan jurang antara parti dan rakyat sehinggakan pada satu tahap, sekiranya seseorang pegawai kerajaan didapati tidak elok, kerajaan dan parti yang dipersalahkan. UMNO mesti terima hakikat ia mempunyai masalah dalaman. Parti ini masih lena dan tidak mahu perbetulkan kredibiliti dan integriti. Slogan yang digunakan pada zaman Datuk Onn dulu iaitu UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, tidak boleh lagi digunakan sekarang. Rakyat tak fikir UMNO sudah sedar atau insaf. Jadi kita kena betulkan keadaan. Jika tidak, PRU akan datang akan jadi hambatan yang merugikan kita. Kita mengalami banyak kekalahan dalam PRU yang lalu kerana kita letak orang yang rakyat tak mahu.
Kita letakkan orang pilihan parti dan bukan rakyat. Kita melihat orang UMNO sekarang tidak terfikir UMNO boleh hilang kuasa satu hari nanti. Mereka masih merasakan berada dalam zon selesa. Sindrom penafian inilah yang merugikan kita. Bila kita ada sindrom ini apa-apa laporan negatif yang kita perolehi, kita tak mahu percaya. Kita hanya mahu percaya yang elok sahaja. Kita ini sudah jatuh, tetapi masih belum sedar. .
Kita harap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita ada peluang membetulkan persepsi ini. Tapi masanya tak banyak. Dia kena buat cepat. Strategi ekonomi kita sudah ada dan kita juga mesti dilihat mempunyai strategi politik

Institusi Raja adalah sesuatu yang seharusnya tidak boleh disentuh kerana ia adalah lambang kenegaraaan dan sejarah negara ini. Seharusnya ia tidak dilihat sebagai proses politik dalam sistem raja berpelembagaan. Sekarang ini kita melihat adab dan adat sudah terpisah menyebabkan ada golongan tidak menghormati sistem ini

Mereka tidak ada kerapatan dan keakraban dengan tradisi dan sejarah. Di Amerika, kerajaan negara itu menanamkan semangat sayangkan negara sejak kecil menerusi pelbagai kaedah, antaranya menggunakan filem sebagai propaganda.

Kita pula tidak mahu menulis sejarah dengan betul kerana mahu menjaga hati orang. Kita kena ajar perkara sebenar supaya orang tahu menghayati. Sesetengah orang ingat negara ini timbul begitu sahaja. Dalam politik sekarang, Pemuda UMNO tidak dapat menghayati golongan muda. Mereka perlu ingat, menjelang PRU akan datang, kita akan mempunyai dua juta pengundi baru. Golongan ini harus didekati dan difahami. Ada pemimpin pula bila sudah menjadi YB, gaya berjalan pun dah berubah. Satu macam aja. Kekuatan UMNO selama ini terletak kepada kreativiti. Gunakanlah kreativiti. UMNO lebih bersifat Malaysia daripada parti-parti komponen BN yang lain. Parti komponen BN yang lain memang tak relevan. Mereka tidak buat apa-apa untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu terutama di kawasan di mana undi mereka menjadi undi penentu.
Jika berlaku kesilapan, mereka asyik menyalahkan UMNO sahaja, walhal mereka yang lebih banyak hilang kerusi. Jika UMNO tidak membuat pendekatan baru, saya takut nanti UMNO akan diheret oleh parti komponen ke kancah kejatuhan. UMNO terlalu defensive . Dalam keadaan sekarang kita kena offensive. Parti komponen semakin menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ada kesepakatan dan kesetiaan. Bagi saya, seharusnya ada mekanisma, di mana parti yang bermasalah patut digantung Apa yang jelas ialah UMNO memerlukan perubahan yang radikal bagi mendapat penerimaaan rakyat, dan rakan kongsi dalam BN juga perlu berubah. Selain dari perubahan bentuk dan struktur, kita juga harus memerangi persepsi terhadap UMNO oleh rakyat jelata. Kita mesti memulihkan UMNO supaya jurang di antara UMNO dan rakyat tidak terus melebar. Kita harus memaparkan wibawa dan integiriti untuk menjadikan rakyat percaya kepada kita. .
Yang paling penting, orang UMNO sendiri mesti yakin terhadap parti mereka sendiri. Mereka mesti ada sikap kasih dan setia. Di mana kita perlu tegas, kita perlu dilihat tegas. Jika kita berdiam diri kita akan kehilangan kekuatan dan harapan orang Melayu.
Kita kena buat semua orang faham secara bersama. Saya khuatir, ada golongan yang cuba menyamakan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia . Golongan ini melihat 1Malaysia seolah-olah merombak sejarah dan persetujuan-persetujuan yang terkandung di dalam perlembagaan. 1Malaysia bertujuan melahirkan bangsa yang bersatupadu berdasarkan kemajmukannya. Malaysian Malaysia pula adalah satu konsep yang bertujuan mengembalikan Malayan Union bahawa rakyat Malaysia tidak beza dan mempunyai hak yang sama. Kita bukan kata tak boleh, tapi kita kena terima hakikat sejarah Malaysia ada keindukannya. Kita tidak boleh menolak kehadiran orang Melayu sebagai bangsa Induk

petikan dari agenda daily memerlukan pengertian yang mendalam berkaitan semua aspek yang membelenggu pemikiran masyarakat sekarang terutamanya apabila menyentuh hala tuju UMNO dan 1malaysia.
penilaian yang konstraktive mesti menjurus kepada kekuatan bangsa. masyarakat perlu mempunyai wadah dalam membangunkan bangsa dan wadah yang diperlukan mestilah yang mempunyai asas atau fundamental yang kukuh. kalau tidak pembinaan bangsa akan terbantut. selain umno adakah alternatif lain yang boleh kita harapkan untuk memimpin bangsa mencapai tahap ketamadunan yang tinggi.
1malaysia bukan ilusi, tetapi ia menjadi satu stigma baru kepada masyarakat untuk menstrukturkan semula hegemoni bangsa agar kuat dan kukuh. 1malaysia perlu dilihat dalam ruang lingkup yang luas dan bukan hanya dari perspektif dan untuk kepentingan berasaskan satu-satu kaum sahaja.
1malaysia adalah kesepakatan bersama berdasarkan kontrak sosial tanpa menidakkan apa yang termaktub dalam perlembagaan. 1malaysia juga perlu kepada persefahaman yang telah dimeterai antara kaum dan apa yang penting persetujuan antara kaum sejak dahulu tidak terhapus melelui 1malaysia. 1malaysia perlu dilihat sebagai satu aliran pemikiran serta konsep yang di gagaskan untuk melengkapkan institusi masyarakat. memang ia bukan satu asimilasi budaya antara kaum kerana 1malaysia akan diterjemahkan seperti contoh kaum cina masih boleh bercheong sam manakala india masih bersari dan melayu berbaju kurung......1malaysia adalah adunan ketiga-tiga tradisi ini. begitu juga dalam hal bahasa ibunda masing-masing semuanya akan dimantapkan dalam satu 1malaysia.....artikel ini akan disambung lagi......

No comments:

Post a Comment