Monday, June 22, 2009

pakatan tolak kerajaan perpaduan

pertemuan antara Pas dan Pakatan Rakyat hari ini (Isnin 21 Jun 2009)menolak idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas. Wak memang dah dijangka Pakatan akan menolak idea ini kerana beberapa faktor yang boleh dianalisis secara mudah... antaranya kepentingan pakatan akan tergugat, tidak memberi keuntungan politik kepada pakatan, boleh menjejaskan masa depan politik pakatan untuk berhadapan dengan BN, hnya memberi ruang kepada Pas melebarkan pengaruhnya di dalam kerajaan, dikhuatiri akan memantapkan kembali imej UMNO dan BN dikalangan rakyat. ini adalah antara hipotesis yang boleh dilihat jika kerajaan perpaduan dilaksanakan. pakatan rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun tetap dengan "egonomik" politik mereka yang lebih menjurus kepada kepentingan politik peribadi sejak tahun 1999 lagi. asas ini lah yang menghalang idea kerajaan perpaduan dikongsi bersama oleh Pakatan. Nik Aziz pulak masih dengan dendam lama yang terkesumat sejak terkeluarnya Pas dari BN pada tahun 1978 dan ditambah pula dengan penahanan anaknya dalam ISA selama lebih 2 tahun di Kamunting menguatkan lagi rasa bencinya kepada kerajaan BN. jika mengambilkira BN tidak sehaluan dengan ideologi Pas sebagai faktor Nik Aziz menolak idea ini ia adalah alasan yang masih boleh dipertikaikan...malah ideologi DAP dengan Pas umpama langit dengan bumi...memang tidak ada jalan mudah bagi meralisasikan idea kerajaan perpaduan tetapi wak percaya jika dibuat dengan niaat yang ikhlas demi bangsa Melayu lambat laun ianya akan dapat direalisasikan juga....insyaallah.

2 comments:

  1. itulah masalahnya bila kepentingan parti melebihi kepentingan Melayu...bukan wak saja yang jangka...semua orang tak menaruh harapan bila Pakatan Masuk campur sama...itulah Pakatan yang memang tak suka Pas dok bebaik dengan UMNO..mereka adalah opportunis yang akan merosakkan bangsa melayu sendiri...mereka lebih suka bersekongkol dengan DAP terutamnya PKR daripada untuk mencari titik pertemuan dengan UMNO...

    ReplyDelete
  2. jika dibuat perbandingan, antara UMNO dan PKR atau DAP, Pas lebih memihak dengan kedua-dua parti pambangkang ini untuk meneruskan perjuangan politik mereka terutamanya Nik Aziz...biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya...

    ReplyDelete