Saturday, June 20, 2009

Terminologi Kerajaan Perpaduan..dimana?

walaupun PAS tidak memperincikan gagasan kerajaan perpaduan sama ada dari segi konsep mahu pun strategi pelaksanaannya tetapi ia menjadi perbincangan yang hangat dikalangan pemimpin dan ahli parti yang terlibat. belum pun pembentangan skima dan strategi dibuat oleh PAS, menambah kecelaruan lagi apabila pas memberi syarat baru kepada UMNO iaitu kerajaan perpaduan mesti dilibatkan juga dengan parti pembangkang yang lain termasuk PKR dan DAP. kita tinggalkan syarat baru yang dibuat oleh pas, wak tumpukan perbincangan kita berkaitan model apa yang nak di bawa oleh pas tentang kerajaan perpaduan ini. kebimbangan wak ialah pas sendiri masih samar tentang apakah bentuk model yang nak ditampilkan. mungkin pas sendiri masih tercari-cari bentuk kerajaan perpaduan ini.

wak nak imbaskan kembali apakah ada di dunia ini satu bentuk kerajaan perpaduan yang pernah wujud. jika diambil kira istilah "perpaduan" agak sukar untuk kita mengkategorikan tentang kerajaan perpaduan yang pernah berlaku kerana kebanyakan kerajaan yang pernah dibentuk dalam sejarah politik moden antara parti ialah apabila tidak ada parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan. antaranya seperti di Thailand, Israel, India dan Nepal. tetapi kerajaan gabungan seperti ini tidak bertahan lama. jika di ambil kira pembentukan kerajaan islam madinah pada zaman nabi dengan memasukkan penyertaan kaum yahudi dalam kerajaan sebagai salah satu bentuk kerajaaan perpaduan agak sukar juga ditafsirkan kerana kemasukan mereka tidak berasaskan parti tetapi berpandukan kepada perlembagaan/piagam madinah.


wak nak berbalik kepada kerajaan perpaduan cadangan PAS, presiden PAS berkata kewujudan kerajaan perpaduan bukan bermakna Pas akan masuk BN. berpandukan kenyataan ini, Pas hendak mengwujudkan kerajaan perpaduan tetapi dalam masa yang sama Pas masih lagi terus menjadi parti pembangkang. hakikatnya bagaimana nak mengwujudkan kerajaan perpaduan jika Pas ingin terus menjadi pembangkang? kalau ini yang dikehendaki oleh Pas maka ia sama seperti apa yang berlaku di negara lain yang di sebutkan tadi iaitu pembentukan sesebuah kerajaan kerana majoriti tidak mencukupi. ini kerana parti pembangkang yang menyertai kerajaan masih lagi berfungsi sebagai pembangkang walaupun berada dalam kerajaan. persoalan yang wak ingin bangkitkan ialah mampukah Pas mempertahankan dasar partinya sekali pun mereka berada dalam kerajaan perpaduan. sekali lagi ditegaskan kerajaan sebegini tidak bertahan lama.
jika perpaduan menjadi fokus utama kenapa Pas inginkan kerajaan perpaduan, ianya boleh dilakukan melalui kesepakatan, persefahaman dan perkongsian bijak{smart partnership) dengan didokong oleh semangat ingin melihat kesepaduan sesama Melayu dicapai. tetapi bolehkah parti lain dalam komponen BN merestui hasrat ini. lupakan dulu apa kata mereka kerana sehingga kini mereka sendiri tidak pernah berkata apa-apa....hanya Tun Mahathir yang agak gusar tentang perkara ini iaitu nanti apa pulak perasaan parti komponen lain.... kesepakatan dan persefahaman tidak sukar untuk dicapai jika perpaduan melayu menjadi sandaran kedua-dua parti utama melayu ini. lebih-lebih lagi akar umbi memberi reaksi yang positif walaupun terdapat percanggahan di peringkat tertinggi Pas. ini bermakna akar umbi lebih memahami bahawa perpaduan menjadi tunjang utama sesuatu bangsa untuk maju. pemimpin yang menentang idea ini perlu menurunkan sedikit keegoan mereka supaya menerima hakikat sesuatu yang baik itu perlu disegerakan. wak pun sependapat dengan akar umbi kerana wak percaya dalam menongkah arus kemajuan sekarang ini agenda perpaduan perlu diutamakan dulu.
wak akan berhenti di sini buat sementara, wak akan ulas lagi terminologi kerajaaan perpaduan ini dalam blog wak.......

No comments:

Post a Comment