Tuesday, June 30, 2009

perlukah debat Umno-Pas?

debat Umno-Pas kembali bergema setelah tidak kedengaran sejak debat Umno-Pas 23 tahun dahulu tidak menjadi. mengimbas kembali debat yang diuar-uarkan pada waktu itu, isunya tidak sama dengan isu yang nak didebatkan oleh Nik Aziz. pada ketika itu muncul isu Amanat Hj Hadi, isu sembahyang dua imam, Umno Kafir dan isu sembelihan orang Umno haram dimakan. orang yang menjuarai isu pada waktu itu ialah DS Hj Hadi Awang. semua persiapan telah diatur, ahli penal kedua-dua belah pihak telah dipilih. wak masih ingat seorang ahli panel yang dipilih bagi pihak Umno ialah Datuk Paduka Ibrahim Azmi Hasan( bekas MP Kuala Nerus). menjelang 2 hari debat nak diadakan dan RTM setuju nak buat siaran langsung melalui TV 1, Yang Di Pertuan Agong menitahkan debat dibatalkan. hampalah harapan rakyat malaysia untuk nak tengok pendebat kedua-dua belah pihak berhujah. isu debat pun hilang ditelan zaman.
kini isu debat muncul kembali, tetapi topik perdebatan kata Nik Aziz untuk nak tengok siapa sebenarnya yang menjuarai asas perjuangan bangsa dan agama...Pas atau Umno. fokus lebih kepada sikap tidak suka Nik Aziz kepada Umno yang bersekongkol dengan parti-parti lain dalam komponen BN.
wak tak pasti apakah isu ini perlu didebatkan.
kalau Nik Aziz masih berpegang dengan idealisme perjuangan Pas yang ingin mendaulatkan perjuangan bangsa dan Islam, agak melucukan apabila Nik Aziz mempertikaikan kerjasama antara Umno dengan parti lain dalam BN. Wak pun tertanya-tanya...apa yang nak didebatkan? pasai perjuangan dan arah tuju parti adalah hak masing-masing. Umno ada prinsipnya sendiri, ada perlembagaan dan halatuju parti yang telah disepakati sesama ahli. begitu juga dengan Pas, ada agenda sendiri. wak percaya semuanya adalah untuk kebaikan bangsa melayu. untuk kebaikan bangsa melayu bermakna untuk kebaikan Islam. Nik aziz perlu faham bahawa beliau tidak boleh memberi tunjuk ajar kepada parti lain selain kepada partinya sendiri. wak pun hairan, semakin tua Nik Aziz nampaknya seperti suka cari gaduh macam budak2..ajak untuk bersatu dalam kerajaan perpaduan di tolaknya idea itu walaupun idea tu datang dari partinya sendiri. dah tolak perpaduan dicadangkan pula debat...mungkin bagi beliau berdebat lebih baik dari bersatu...
wak nak cadangkan kepada Nik Aziz, beliau boleh teruskan agenda berdebat ni tapi bukan dengan Umno, berdebatlah dengan "rakan kongsi" Pas iaitu DAP atau pun dengan PKR. itu lebih afdal...debat sesama rakan kongsi ni boleh lah Pas kira untung rugi dia dalam bisnes politik ni...Umno bolehlah jadi perantara dalam debat tu.

wak: selalu berdebat dengan isteri....

No comments:

Post a Comment