Sunday, February 28, 2010

"double standard' kes Ku Li.....?


masalah dalaman parti perlu diselesikan secara dalaman. kebiasaannya tindakan di ambil kepada ahli parti yang melanggar disiplin parti dibawa ke jawatankuasa disiplin parti. agak pelik apabila kes Tengku Razaleigh Hamzah telah dibawa berbincang dalam mesyuarat tertinggi BN tetapi tiada keputusan di ambil. yang agak peliknya juga apabila Umno akan meminta pandangan daripada ahli-ahli Umno terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas Ku Li..kebimbangan dari langkah ini ialah akan menghilangkan kredibiliti pucuk pimpinan dimata ahli akar umbi.. timbul juga persoalan megapa ada sikap 'double standard' untuk membawa ahli yang melanggar peraturan parti ke jawatankuasa disiplin parti. kes Ku Li akan membawa satu dimensi baru dalam budaya politik dalaman Umno sekiranya tingkah laku beliau yang secara terangan membelakangkan parti yang di anggotainya dibawa kepada ahli untuk memberi pandangan terlebih dahulu...soalnya dimanakah ketegasan pucuk pimpinan Umno? mungkinkah selepas ini semua keputusan untuk menghukum ahli parti yang melanggar peraturan dan etika parti, peringkat kepimpinan akan mengambil pandangan daripada ahli akar umbi terlebih dahulu.

Ku Li pernah keluar daripada Umno dan menubuhkan parti semangat 46 dan diterima kembali ke dalam umno. semasa mengetuai Semangat 46, parti tersebut bukanlah sebuah parti yang kukuh dan mampu mengancam Umno/BN. hanya pada pilihanraya 1990 sahaja semangat 46 berjaya kuasai kelantan, itupun dengan kerjasama Pas dan akhirnya semangat 46 berkbur..

Umno tidak pernah belajar dari penangan yang telah di lakukan oleh Ku Li..sehingga Ku Li merasa ia boleh melakukan apa sahaja kerana ia tidak akan menerima apa-apa hukuman dari Umno sendiri. sesuatu harus dilakukan secara tegas oleh pucuk pimpinan parti dalam kes Ku Li. kalau terpaksa digantung keahliannya atau di pecat dari parti,, lakukanlah kerana kita berpegang kepada semangat parti, disiplin serta peraturan yang kita gubal sendiri..menyerah kepada ahli untuk memberi pandangan mempunyai konotasi bahawa pucuk pimpinan tidak mempuyai kekuatan menghukum Ku Li. malah dikuathirkan bahawa sikap ini sedikit sebanyak akan menghakis kepercayaan ahli akar umbi kepada presiden dan ahli MT.

bagi Wak, kes Ku Li perl dibuat mengikut saluran yang digunakan sebelum ini...bukan secara luar biasa kerana ahli akan menuduh adanya pendakwaan terpilih dalam parti. jangan hanya kerana seorang Ku Li, umno terpaksa kehilangan beratus atau beribu ahli apabila mereka sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin yang gagal menangani Ku Li seorang.

wak: keadilan untuk semua..

No comments:

Post a Comment