Tuesday, January 26, 2010

Program "Umno Juara Rakyat" Kedah: Holistik atau Retorik

Program "Umno Juara Rakyat" peringkat negeri Kedah akan dilancarkan pada pada 8 Feb ini. sudah semesti program ini diharap mampu melonjakkan kembali keyakinan rakyat terhadap umno/BN yang merudum selepas pilihanraya umum yang lalu.Apa yang penting, berapa banyak pun program yang dirancangkan oleh Umno mestilah dibuat secara holistik dan bukannya retorik semata-mata. Umno Kedah baru saja melancarkan wadah baru "ideologi" mereka iaitu "BN menang, Kedah Senang" tetapi apa yang dimuskilkan sejauh manakah program tersebut memberi impak kepada kebangkitan semula Umno di negeri Kedah. sebaik mana program sekalipun ianya tidak membawa apa-apa makna kepada massa sekiranya para pemimpin yang mengendalikan Umno Kedah tidak mempunyai keikhlasan dalam arah perjuangan mereka.
Apa yang dibimbangkan program juara rakyat yang akan dilancarkan ini kelak juga akan menerima nasib yang sama seperti program "BN Menang Kedah Senang". Umno Kedah perlu menggunakan peluang ini untuk menunjukkan kesungguhan mereka kepada rakyat negeri Kedah bahawa mereka telah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negeri dari tangan Pakatan Rakyat. jika tidak UMNO Kedah akan terus berada dalam saat yang sukar dan agak mustahil mereka dapat menawan semula hati rakyat. sikap lalai, abai dan cuai perlu di asingkan dari minda setiap pemimpin negeri dan menuding jari menyalahi orang lain tidak akan menyelesaikan masalah. sambil itu pemimpin negeri dan bahagian perlu berusaha keras sepanjang masa. sikap turun padang hanya apabila ada program baru dilancarkan menunjukkan para pemimpin umno negeri ketandusan idea dan kehilangan semangat serta arah tujuan yang kabur seperti kata bidalan orang yang berjaya " bertahun kemenyan disimpan tidak akan berasap jika tidak dibakar"
Selepas program "Umno Juara Rakyat" di lancarkan, penduduk negeri kedah akan melihat, memerhati dan menilai kemana hala tuju Umno Kedah... kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment