Saturday, January 30, 2010

PAS DI PERALAT

kenyataan Datuk Azizan MB Kedah dalam Harian Sinar yang menjawab dakwaan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah bahawa kerajaan negeri tidak membawa apa2 pembangunan sejak memerintah Kedah agak melucukan. malah MB Kedah itu sebenarnya tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Dato shafie Afdal sebaliknya mendakwa BN dan Umno telah memperalatkan agensi kerajaan untuk menentang kerajaan Pakatan Rakyat. pepatah melayu lama pernah berkata "kita boleh menipu seorang dalam satu masa, tetapi kita tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa". wak agak sedih bila seorang ketua kerajaan negeri yang sepatutnya menjaga kredibiliti pegawai kerajaan di negerinya telah membuat tuduhan yang agak liar dan boleh mengguris hati pihak berkenaan.


setahu wak kakitangan kerajaan sangat komited dalam tugas mereka, yang menjadi hambatan kepada kemajuan dalam sesebuah negeri ialah kerana sikap kerajaan negeri itu sendiri yang seolah-olah tidak memberi sepenuh komitmen kepada arus pembangunan negeri. keasyikan bermain politik melekakan tuntutan membangunkan negeri. sementelahan pula kurang kearifan tentang konsep pembangunan juga menjadi penghalang kepada usaha memajukan rakyat. itulah realiti politik di Kedah sekarang ini.


wak sebenarnya bercadang untuk mengulas tentang pembangunan negeri kedah sejak Pakatan rakyat ambilalih kerajaan negeri tetapi memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Dato Shafie bahawa tak ada pembangunan yang dilaksanakan jadi tak ada isu sangat untuk di bahaskan. jadi wak nak ulas sikit berkenaan dengan dakwaan Ust Azizan yang BN/Umno peralat agensi kerajaan untuk kepentingan BN. wak rasa kalau ada pun itu satu tindakan yang baik...peralat untuk kebaikan dan kemajuan..tetapi yang menyedihkan wak ialah Pas juga selama ini telah diperalatkan oleh parti-parti yang sewaktu dengannya...lihat saja di perak, semasa pakatan memerintah, walaupun MB Perak dari Pas tetapi yg memerintah sebenarnya ialah DAP. bila Pakatan jatuh, yg paling lantang mengkritik raja ialah orang2 Pas hingga ada yang berbaring di jalan menghalang kenderaan raja muda ialah orang Pas, yang memaki hamun sultan adalah orang Pas...
wak sedih bila Pas sanggup memperagakan diri demi kepentingan politik orang lain..dimana pendirian yang sebenar pas..berceramah merata tempat ,bercakap mengenai kepentingan melayu islam tetapi pentas pas menjadi medan untuk DAP bercakap dan memaki pemimpin islam ..itukah yang dikatakan rakan Pakatan Rakyat yang dilihat boleh tidur sebantal dengan pas ...wak rasa kadanglaka tidur sebantal pun tapi mimpi lain-lain..itu hakikat yang perlu di renung oleh pas supaya soal-soal agama jangan dibiarkan oleh DAP bercakap sewenang-wenangnya..wak pernah mendengar ceramah pas di Alor Ibus yang mana ADUN Teja (Perak) menggunakan ayat-ayat Al Quran dan mentafsir kalimah Allah ..itu pun penyokong pas mengiakan tafsiran tersebut walaupun segala tafsiran yang di buat tidak tepat..jika ini pas sanggup biarkan dimana nilai harga diri pas untuk menegakan agama Allah ...sesungguhnya wak berpendapat pas perlu mencari haluan sendiri demi maruah ,harga diri dan jangan nanti pas dianggap parti yang tidak lagi releven untuk memperjuangkan maruah bangsa melayu,islam ..
wak:menanti masih adakah pemimpin pas yang berani kedepan sebagai pembela maruah islam dan melayu..

No comments:

Post a Comment