Sunday, January 3, 2010

Jangan Konflikkan "ALLAH"sinonim dengan islam

Tahun 2009 telah pergi meninggalkan kita dan 2010 menggamit kita dengan menadahkan berbagai cerita ...Apa yang wak nak fokoskan pada lembaran 2010 adalah kisah yang harus umat islam ambil peranan dan menjadikan ia sebagai isu sejagat kepada umat islam seluruh dunia..
Kuasa ( power ) menjadi rebutan pada insan yang di namakan manusia..tetapi yang nak wak ketengahkan adalah kuasa Allah snw sudah di cemar kesuciannya dengan keputusan mahkamah meluluskan penggunaannya kepada sebuah majalah terbitan Herald the Catolic weekly iaitu sebuah majalah terbitan agama kristian..
Pada 7 Jan 09 KDN telah meluluskan penerbitan dengan syarat menggugurkan kalimat 'ALLAH 'dan menggunakan perkataan 'terhad' pada muka hadapan dan edaran hanya kepada ahli yang beragama kristian sahaja..Pada 16 Feb 09 ketua paderi katolik kuala lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan kes di mahkamah berhubung penggunaan 'Allah' ..Mahkamah Tinggi dalam keputusan telah mengenepikan tindakan KDN menghalang Herald the catolic weekly menggunakan perkataan 'Allah' dengan memberi kemenangan kepada mereka dan dengan keputusan tersebut akhbar mingguan tersebut boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam terbitan mereka..
Wak nak menarik perhatian dalam atikal 153 ..Majlis raja-raja dan Islam Agama Rasmi Persekutuan..Hal Ehwal Islam tidak boleh di cabar di Mahkamah..
Soalnya mengapa Hak berkaitan agama islam telah berani di cabar di mahkamah..kerana dalam perlembagaan persekutuan telah jelas bahawa Agama Islam adalah agama rasmi dan diletakan di satu tahap yang hanya majlis raja-raja saja yang berhak membuat keputusan sebagai ketua agama.. wahai orang islam mari lah kita bersatu ,bangun menentang sebarang tindakan pihak prejudis yang mahu mencampuri urusan berkaitan penggunaan kalimah 'ALLAH' dalam sebarang penerbitan kerana ia boleh memesongkan akidah umat islam khususnya jenerasi muda ..
Wak nak lihat mana perginya NGO's yang bercakap berdekah-dekah menentang yang mungkar dan menegakkan yang batil..Mana perginya pemimpin politik yang berlatarbelakang agama yang dalam untuk bersuara..katakan bahawa penggunaan kalimah 'ALLAH 'hanya kepada umat islam tidak kepada kristian..Lontarkan dalil-dalil yang menjurus kekuatan kalimah Allah kepada orang yang berpegang kepada agama islam agama Allah yang Esa.
Wak berpendapat tahun baru 2010 ini kita sama-sama rapatkan saf tak kira apa fahaman politik bahawasanya dalam soal hak sensetiviti umat islam jangan ada sesiapa berani menyentuh mahupun mencabar di mahkamah..Wak rasa pelik juga kerana mengapa soal agama, mereka boleh bawa ke mahkamah sedangkan dalam 'perlembagaan persekutuan sudah jelas Kepercayaan Kepada Tuhan..dalam ertikata semua bangsa di Malaysia di beri hak menganut agama masing -masing,maka agama lain boleh di anuti tetapi dalam kes berkaitan Islam kita ada Majlis Raja-Raja sebagai ketua Agama dan kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan dalam memikul tanggungjawap memperbetulkan akidah umat islam ...mengapa pula agama lain nak memandai mengubah bahawa kalimah 'Allah' mereka pun boleh menggunanakan..Dalam kitab injil wak banya ketemu perkataan " God " bereti tuhan dan tidak ada perkataan "Allah" digunakan ..
Wak berharap umat islam yang bergelar ulamak,bangun memperjelaskan bahawa sekiranya ini dibiarkan digunakan oleh Harald The Catolic Weelky dalam terbitan nya ..wak kuatir akan berlaku perkara yang tidak diingini..kerana soal agama bukan perkara yang boleh di permainkan...
Wak..masih menunggu ada lebih ramai badan NGO's tampil membantah atas keputusan mahkamah...

No comments:

Post a Comment