Thursday, February 25, 2010

Sinergi politik angsa ?


menurut ahli falsafah perancis Baron de Montesqueue, politik sesuatu yang hidup, sentiasa berkembang, ianya tidak statik. politik di malaysia berkembang pada jajaran mengikut rentak pelakunya. ianya tidak konsisten. disesetengah negara pelaku politik mencipta isu dan mereka mempertahankan isu mereka dengan apa cara sekali pun tapi di negara ini pelaku mengikut apa isu yang timbul dan mereka mengambil isu tersebut untuk menaikkan nama mereka. mereka menjuarai isu tersebut untuk mendapat ‘political mileage’ bagi diri sendiri. mereka mengambil keuntungan dan ketentuan kehebatan mereka terserlah apabila isu yang diperjuangkan menjadi perhatian ramai.Guan Eng dan Mahfuz antara segelintir yang sanggup masuk penjara kerana perjuangkan isu yang bukan mereka cipta tapi mereka mengambil isu tersebut untuk mereka. inilah politik malaysia..
dalam politik pendirian adalah subjektif, mengikut keadaan dan tidak konsisten. ia boleh menaik, menurun atau tidak ada sama sekali. kematangan perjuangan politik mereka masih pada tahap minimal, ada yang seperti itik angsa malah ada yang seperti kura-kura, mengeluarkan kepala pada masa tertentu dam memasukkan semula kepala bila keadaan boleh memudaratkan diri.
Sedutan daripada komen wak :apa relevennya politik malaysia kini...

No comments:

Post a Comment