Friday, February 26, 2010

Umno Bukan Penentu Jutawan

sudah banyak artikel “klise” yang dipaparkan seperti yang ditulis oleh Rosli Hashim yang dimuatkan dalam Sabahdaily.com, orang yang tidak berpuashati dengan Umno. mengapa harus ada perasaan iri dan dengki hati jika orang lain mendapat kekayaan melimpah ruah. banyak lagi jutawan yang ada di malaysia ini berjaya tanpa bergantung harap kepada sesebuah parti. mengapa harus menuding jari nmenyalahkan Umno kalau ada dikalangan orang Umno yang berjaya. ahli Umno ada 3 juta orang, berapa nisbah jika dibandingkan dengan yang jadi jutawan..terlalu sedikit..banyak lagi yang jadi jutawan di luar sana. malah ahli PAkatan Rakyat pun ada yang bertaraf jutawan..inilah jenis manusia yang hidupnya penuh dengan dengki khianat bila melihat bangsanya berjaya..mengapa tidak ada perasaan dengki bila bangsa lain boleh jadi jutawan??? kerana mereka bukan melayu..
rakan saya dikalangan kontraktor banyak yang berjaya mendapat projek kerajaan walaupun mereka bukan ahli Umno malah menyokong pembangkang secara terangan. kerana apa? kerana mereka berusaha mendapatnya. rakan saya ahli Pas ‘tuli’ (yang setiap kali pilihanraya umum akan menghamburkan wang di kawasannya untuk membantu calon Pas)yang mempunyai syarikat penerbitan menguasai penerbitan di Universiti Malaya kerana pertolongan dari menteri Umno. sekarang dah jadi jutawan. seorang lagi rakan saya seorang ‘developer’ yang bertaraf jutawan telah mendapat projek untuk membangunkan perumahan tentera dan dalam masa yang sama mendapat projek dari kerajaan negeri kedah sedang beliau adalah ahli majlis bandaran yang dilantik oleh kerajaan pakatan rakyat kedah. maknanya beliau adalah seorang ahli Pas tetapi mendapat projek perumahan tentera. ini semua kerana usaha mereka..dan kita berbangga kerana kejayaan mereka walaupun mereka ahli Pas dan saya Umno. tidak ada sedkit pun rasa iri hati..banyak juga pemimpin dan ahli Umno yang hidup secara sederhana berbanding dengan rakan-rakan mereka dikalangan ahli pembangkang yang berjaya mendapat projek kerajaan tetapi mereka tidak berasa iri hati seperti Sdr Roslli Hashim.
Wak: sdr Rosli Hashim perlu bermuhasabah diri dengan berusaha untuk berjaya. persetankan kita ahli Umno atau bukan, kalau berusaha pasti berjaya…

No comments:

Post a Comment