
Tuesday, December 28, 2010
Mampukah Pas berubah atas perbezaan Prinsip Umno BN

Monday, November 22, 2010
Siapa Anwar kalau nak disamakan dengan Aung San Suu Kyi


Sunday, November 21, 2010
Banjir..Oh..Banjir.Kedah gagal..tangani isu banjir dengan berkesan..


Wak sedih melihat mangsa-mangsa banjir..tidak ada apa yang boleh diselamatkan bila bencana tersebut melanda..wak sendiri 2 hari 2 malam terkandas di Jitra kerana tak dapat pulang kerana datang membantu keluarga wak di Bukit Tinggi dan Taman Darulaman..Alahai..sedih, hanya mampu melihat tetapi tak mampu membantu kerana air naik terlalu pantas.. Tetapi apa yang wak nak paparkan adalah ,sejauhmana rakyat mampu mengharungi keadaan tersebut dan bagaimana Kerajaan Negeri mengambil langkah menangani bencana banjir.. Wak melihat sejak berlaku bencana tersebut Kerajaan Negeri gagal melakukan langkah-langklah perlu bagi usaha membantu mangsa banjir..Rakyat kecewa ,ke mana pergi pimpinan kerajaan negeri ...apa langkah yang diambil untuk membantu mangsa banjir terutama kawasan Kubang Rotan,Anak Bukit ,Kubang pasu ,Padang Terap dll..saban hari rakyat merintih..pusat pemindahan yang diujudkan jauh ..usaha membantu pemindahan mangsa lambat..ada warga emas yang tidak mampu bergerak terpaksa mencari alternatif sendiri ..mengharapkan jiran dan masyarakat sekeliling membantu...ke mana pergi agensi kerajaan negeri yang di tubuhkan..
Wak bertemu dengan beberapa mangsa di DUN Anak Bukit ,mereka kecewa YB Amiruddin gagal membuka pusat pemindahan di pusat khidmat ADUN sedangkan pusat khidmat ADUN tersebut langsung tidak terjejas dengan banjir ..Apa dah jadi?..Tetapi paling mengecewakan bekalan makanan yang di sampaikan oleh JKM di sekat di pertengahan jalan ,kononnya mereka sebagai urusetia bertanggungjawab menguruskan agihan tersebut tetapi ,Mengapa orang merungut tak dapat makanan ..ke mana pergi bantuan tersebut di bawa...semua ini harus di jelaskan oleh Kerajaan Negeri..Wak sempat hadiri sidang DUN Kedah dan wak melihat rata-rata YB Pas mendakwa mereka bertungkus lumus dalam usaha membantu mangsa banjir..Kerajaan Negeri menyalurkan banyak peruntukan untuk bantu mangsa banjir ...tetapi persoalannya ,mengapa rakyat merintih?..Mengapa rakyat dakwa tidak nampak kalibat pimpinan Negeri..ini seharusnya dijelaskan oleh YB Pas ...kemana mereka pergi..Inilah masa untuk membantu rakyat ..bukan lari dari tanggungjawab..dan jangan hanya menumpukan kepada kelumpok tertentu..Wak sedih ,satu kejadian berlaku di pusat pemindahan Sek.Keb.Wan Mohd.Saman di mana berlaku pertikaian sehingga mencetuskan pergaduhan semata2 untuk mendapatkan Hak mengawal bekalan...sedang hakikat semasa pemindahan dibuat mereka langsung tidak ada ,tetapi apabila sudah beberapa hari berlalu mereka muncul seolah2 ,merekalah yang berusaha membantu..wak difahamkan orang Pas ni datang dengan keluarga yang langsung tidak terlibat dengan bencana banjir ..mereka bukan sahaja mengambil bekalan yang bukan hak mereka tetapi cuba menimbulkan kekacauan..Apakah yang nak cuba di ketengahkan oleh pimpinan Pas Kedah ,dakwaan bahawa mereka orang bersungguh-sungguh berusaha membantu mangsa banjir..Kita sedar musibah banjir bukan rencana manusia tetapi musibah dari Allah snw..tetapi dalam usaha untuk membantu mereka ,tidak perlu ada pihak mendabik dada mengatakan mereka sahaja yang membantu, orang lain tidak..dan jangan menyalahkan pihak kerajaan pusat untuk mencari publisiti ..yang pasti kalau betul kerajaan negeri dan jenteranya menjalankan usaha bersepadu untuk membantu mangsa banjir..sudah pasti DS Azizan Abdul Razak tak perlu melenting dalam menjawab soalan dari wartawan Samad majid ..
Tunjukkan imej Kerajaan Kedah ,dengan imej yang berteraskan Islam...tak perlu berdolak dalih..dan tak perlu cetuskan kemarahan..tugas wartawan melapor..dan tugas Kerajaan Negeri mencari kaedah untuk membantu mangsa banjir..Dalam Islam pun,Islam tidak pernah menyuruh umatnya menyalahkan orang lain semata-mata nak menegakkan kelemahan sendiri..Jelas Kerajaan Negeri GAGAL ..
Wak ..bangga dengan sikap beberapa jentera Umno ..terutama Pemuda,Puteri,Putera yang di ketuai oleh Dat' Azeez Rahim...
Tak kira apa fahaman politik..turun padang ..bantu..peluh keringat membasah tubuh..tak dihiraukan..yang pasti mangsa banjir harus dibantu..inilah masa kita perlu bersatu dalam erti kata Melayu dan Islam...Jangan ada sikap di kalangan pimpinan 'kera di hutan disusukan,anak dikendong mati kelaparan'..Yang penting Bangsa yang bermaruah adalah bangsa yang mendahulukan Agama,Bangsa dan Tanah Air..
Monday, October 18, 2010
Mampukah SADA "Syarikat Air Dato' Azizan" Memberi Kesejahteraan Kepada Rakyat..
i.Memperbanyakan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.
ii.Memperbanyakan kemudahan asas untuk rakyat seperti jalanraya,bekalan air bersih dan sistem perparitan dan saliran.
iv.Menilai dan menyusun semula JBAK dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan mengkaji kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat.
Sunday, October 17, 2010
Hindraf pembela untuk siapa..?


Sunday, October 10, 2010
"Alu sama Alu belaga,ayam dogiang yang kenyang"...

Thursday, October 7, 2010
Masih relevankah "KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"..

Bberapa pemimpin PKR telah dengan terangnya mendakwa bahawa mereka sebenarnya tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan Pendirian oleh Kerajaan Negeri lebih-lebih lagi dalam soal pembahagian kerusi dan pengagihan peruntukan dan pingat.Juga mereka mendakwa bahawa selama ini Pas tidak pernah mempertimbangkan apa yang di suarakan oleh beberapa exco PKR .Seolah-olah PKR di pinggirkandan didakwa tidak pernah ada disaf exco pimpinan Pas Kedah.Dengan demikian adalah lebih baik mereka keluar dari barisan kepimpinan Kerajaan Kedah.Difahamkan juga beberapa pertemuan yang di adakan tidak mendatangkan hasil sedangkan Pas war-war bahawa sebarang kemelut yang berlaku dalam PR mestilah di bawa berbincang .Tetapi jelas Pas hanya bersandiwara sahaja dan mengambil sikap meminggirkan pandangan exco dari PKR dan DAP .Pernah satu ketika dari sumber pejabat MB sendiri ada suara-suara yang mendakwa Pas tidak perlu tunduk dengan segala desakan dari PKR dan Dap kerana Pas menganggap mereka merupakan parti serpihan dan sekiranya mereka mengambil keputusan untuk keluar dari PR pun Pas masih lagi boleh memerintah Kedah.Pandangan ini sedikit sebanyak telah memberi implikasi besar kepada PR dan mereka dilihat begitu kecewa dengan apa yang di dakwa itu.

Wednesday, October 6, 2010
Siapa 'Rasis' Perkasa atau ( PKR )

Wahai pemimpin PKR ingatlah bahawa kamu dipilih sebagai pemimpin rakyat dan kamu perlu memikul tanggungjawab kamu untuk Bangsa dan Negara tetapi kamu juga kena ingat bahawa kita semua mempunyai agama yang menjadi pegangan hidup kita, bagi semua kaum dan bagi kamu sdr Azmin Ali ,bercakap biarlah beralas..jangan jadikan diri mu kuda tungangan ..dan menjadi lilin yang membakar dirimu untuk kepentingan orang lain..jika itu agenda kamu maka tunggulah ..bahawa kamu tidak akan kekal ..tunggulah

Apa sebenarnya muslihat DSAI dengan sikap berdiam diri beliau apabila orang kanannya bersikap seperti anjing tersepit..Adakah untuk mengalih isu yang melanda dirinya (liwat) yang masih belum selesai atau untuk mencari populariti ...wak tunggu kenyataan DSAI ...
Monday, August 23, 2010
Kes Pembuangan Bayi..Siapa yang perlu dipersalahkan.! 'Ibubapakah..gurukah..masyarakatkah atau kerajaankah..?


wak nak ceritalah sikit zaman wak dahulu..ibubapa beri penekanan yang mendalam kepada pendidikan agama,pengaruh media kurang,adap sopan dibentuk ,budaya menghormati orang lebih dewasa ditekankan..tetapi apa yang wak gambarkan itu tidak lagi relevan pada masa sekarang..pegangan agama di ketepikan..sikap hormat sudah tidak wujud lagi ..hubungan anak-anak dengan ibubapa sudah jauh...masing-masing sibuk dengan hal sendiri..tidak ada masa untuk meluangkan masa untuk anak-anak..meterial diletak dihadapan, melampaui batas agama..tidak hairanlah ada anak-anak yang tidak tahu hukum hakam agama..lelaki perempuan duduk serumah tampa ikatan..sumbang mahram berleluasa..bapa tidak kenal anak..subhanallah..Jauh di sudut hati wak..apalah kesalahan kepada bayi yang tak berdosa ,dibuang..
Melihat situasi yang nampak tidak terkawal,kerajaan dipersalahkan..sebenarnya semua pihak perlu di pertanggungjawabkan..

Sunday, May 23, 2010
DUN Kedah Bubar...?

Keempat-empat ADUN tersebut dijemput hadir,bagi menyatakan pendirian masing-masing...dalam ucaptama ADUN Sidam beliau mendakwa menerima banyak sms dari media dan pihak tertentu bagi menjawab spekulasi tersebut..beliau menegaskan bahawa PR masih relevan lagi dan beliau tetap bersama kepimpinan kerajaan negeri..dan jangan lagi ada pihak tertentu menganggu beliau menghantar sms..
Bagi ADUN Bukit Selambau,S Manikumar yang begitu petah berbahasa melayu turut menjelaskan pendirian yang sama ,akan bersama dengan kepimpinan YAB Ustaz Azizan Abdul Razak..namun beliau tidak menafikan berlaku perselisihan pendapat,tetapi tidaklah sampai membuat keputusan untuk melompat parti..dalam PR bila berlaku perselisihan pendapat,rasa tak puas hati, beliau mengambil keputusan berdepan dengan MB menyatakan apa yang berlaku dan perbincangan secara kolektif adalah pendekatan terbaik merungkai kemelut yang didakwa melanda PR dan ADUN PKR.
Bg ADUN Kulim Bandar Bahru ..wak nampak kenyataanya amat keras ,kerana beliau terus terang menyatakan rasa tidak puas hati 4 ADUN dan menganggap mereka disisihkan dan tidak diperlukan..beliau juga mendakwa rasa tidak puas hati kepada kepimpinan PKR Negeri ..beliau mendakwa ada 2 faktor pergolakan dalaman berlaku antaranya berlaku konsprasi dalaman bagi menjatuhkan PKR dan kedua berlaku kebocoran maklumat palsu dari orang dalam sendiri..yang mana pada andaian beliau boleh melumpuhkan PKR dan PR ..tindakan beliau mendedahkan isu dalam membuatkan beberapa pimpinan PKR dan PR tak senang duduk..pada mereka tidak sepatutnya kenyataan terbuka tersebut di keluarkan pada majlis sebegini...
ADUN Kota Darul Aman juga menyatakan pendirian yang sama tidak akan mengambil tindakan lompat parti ..beliau melihat bahawa spekulasi tersebut dibuat oleh BN/umno yang tidak faham bahawa mereka sebenarnya pembangkang dan perlu banyak belajar dari Pas dan PR sebagai pembangkang..beliau juga melihat bahawa BN/umno tidak mahu menerima realiti bahawa kerajaan negeri sekarang di perintah oleh PR.
Wak tertarik dengan ungkapan dan tpandangan bahawa semua spekulasi tersebut datangnya dari BN/umno..PR ada bukti ka ? melemparkan dakwaan sedemikian..samalah mereka melihat kes yang berlaku kepada ketua umum DSAI dalam kes liwatnya..semua tuduhan di letak dibawah angkara BN/umno..dimana perginya asas, pegangan yang di dakwa berlandaskan Islam..sebagai sebuah parti yang berpaksikan sifat keislaman kenyataan tuduhan yang tidak berasas boleh di anggap memfitnah dan dalam islam hukum fitnah amat dilaknat oleh ALLAH snw..
bagi wak kenyataan 3ADUN PKR sudah di jangka..tetapi wak heran bagaimana mereka boleh di pilih sebagai pemimpin?.. sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang mereka cakap..wak pun tak faham ..cakap melayu pun berbelit-belit bagaimana nak memberi penjelasan kepada rakyat bahawa mereka dilandasan yang betul berjuang untuk rakyat..wak selut dengan S Manikumar beliau faham dan sebagai orang yang diberi amanah beliau boleh menggalas tanggungjawab..tapi wak rasa kenyataan Manikumar juga terdesak..kerana beliau masih berselindung pendirian sebenar ,akan ketidak puasan hati terhadap kepimpinan negeri..
bagi wak PR memang sudah terdesak ...dan kebimbangan ini di suarakan di pentas bagi memastikan kekuatan,PR masih relevan .. hanya isu pokok sahaja yang di jawab tetapi bagaimana isu yang melibatkan ketidak telusan dalam membuat keputusan terutama dalam majlis kerajaan tempatan walaupun sanggup menggadaikan kepentingan bangsa sendiri...itulah PR !!!!! gajah diseberang laut nampak kuman di depan mata tidak nampak...bagaimana nasib orang melayu di P.Pg..apa yang DAP buat...???
Wednesday, May 19, 2010
Betul kah Pas parti Islamik...?
Sunday, May 16, 2010
PR perlu petunjuk...?
Monday, April 19, 2010
Sinergi PR di Hulu Selangor...?
Thursday, March 11, 2010
politik baru,politik lama..?
bagi saya dalam politik tidak ada istilah lama dan baru. bagaimana politik lama dan bagaimana pulak politik baru? Semestinya Ia bukan sekadar berkisar seperti baju baru atau baju lama. apa yang berlaku hasil dari keputusan PRU12 adalah satu proses politik dalam mana-mana pilihanraya. jika kita meneliti hasil karya tokoh-tokoh yang banyak menulis tentang politik dan kerajaan seperti Baron de Montesquieu dalam ‘on the spirit of law’, Samuel P Huntington ‘Third Wave: democratization in the late twentieth century’ atau Andrews Heywood ‘political ideologies’. Sebab ‘kekalahan’ BN sebenarnya telah banyak di tulis oleh tokoh-tokoh tersebut dalam buku mereka yang bersandarkan kepada ‘kuasa rakyat’.
Sdr sendiri pernah menulis tentang parti menjual produk. Itu betul.. begitu juga dalam pilihanraya, semua parti yang bertanding akan menjual produk mereka dan parti yang berjaya menawan pengundi ialah parti yang dapat meyakinkan pengundi tentang produk mereka. Di mana lama dan barunya? LEBIH TEPAT LAGI POLITIK ADALAH PERTARUNGAN DI MEDAN PEMIKIRAN UNTUK MEMENANGI HATI PENGUNDIJika di Indonesia, period selepas kejatuhan Sukarno, di namakan sebagai order lama diganti dengan order baru, mereka tidak menggunakan istilah politik baru. Begitu juga dengan period pemerintahan sukarno dinamakan ‘demokrasi terpimpin’, manakala period pemerintahan suharto dinamakan ‘demokrasi otoritarian’ dan period selepas kejatuhan suharto dinamakan ‘demokrasi pancasila’. Semua period ini membawa indonesia mengalami perubahan yang amat besar mengubah lanskap politik negara tersebut. Sekali lagi istilah politik baru tidak digunakan.
Tidak tepat untuk kita menggunakan istilah ‘politik baru’ apabila berlaku tsunami politik selepas PRU12. Yang ada hanyalah perubahan politik atau anjakan dari satu parti ke parti yang lain yang dibuat oleh pengundi. Politik adalah sesuatu yang bergerak, tidak statik dan sentiasa hidup. Ia akan bergerak mengikut sebagaimana yang di acuankan oleh pemilih dalam PRU. Apabila pengundi memilih acuan lain dan meninggalkan acuan sedia ada, itu adalah perubahan…bagaimana pula seandainya dalam PRU13(jangkaan 2012) nanti, BN menang seperti keputusan PRU 11(2004). Apakah istilah yang akan digunapakai? Politik Baru?? Atau kita akan katakan sebagai politik baru telah kembali ke politik lama dan keputusan PRU14(jangkaan 2016) pula keputusan akan menjadi seperti PRU12(2008) dimana pembangkang memenangi banyak kerusi, apakah kita sekali lagi akan istilahkan sebagai politik baru? Apa yang berlaku sebenarnya adalah BUDAYA BARU POLITIK SEMASA (seperti tiga contoh yang sdr utarakan) bukannya POLITIK BARU.
Monday, March 8, 2010
Maruah,Harga Diri dan Kepartian ?..

Sunday, February 28, 2010
"double standard' kes Ku Li.....?

Friday, February 26, 2010
Umno Bukan Penentu Jutawan
Thursday, February 25, 2010
Sinergi politik angsa ?

dalam politik pendirian adalah subjektif, mengikut keadaan dan tidak konsisten. ia boleh menaik, menurun atau tidak ada sama sekali. kematangan perjuangan politik mereka masih pada tahap minimal, ada yang seperti itik angsa malah ada yang seperti kura-kura, mengeluarkan kepala pada masa tertentu dam memasukkan semula kepala bila keadaan boleh memudaratkan diri.
Sedutan daripada komen wak :apa relevennya politik malaysia kini...
Friday, February 19, 2010
sinergi baru politik kepartian
